Monday, May 2, 2011

KAK WAN AZIZAH....JADILAH SERIKANDI NEGARA..PECAT LAH ANWAR!

Thursday, April 28, 2011

KAK WAN AZIZAH....JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK JADI SERIKANDI NEGARA! PECAT ANWAR KAK WAN!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SELAMAT SEJAHTERA
SALAM 1 MALAYSIA.

Selamat bertemu lagi ! semoga anda semua di rahmati Allah!

Kita masih dengan DSAI! nampaknya ribut ni takkan reda dalam masa yang terdekat ni di Malaysia...! Walau pun hakikatnya ramai masyarakat dah jemu dan mual dengan berita-berita tak bermoral DSAI ni dan di kalangan bukan melayu pula ramai yang sudah tentu ketawa berdekah-dekah sampai berguling-guling dalam kandang babi sebab melihat makin melayu jadi celaru,,,celaru sampai yang berserban pun sampai tak keruan di buatnya!

Hari ni pulak Datuk T melalui sidang media yang di war warkan oleh datuk eskay sampai mencabar DSAI untuk sama-sama ke masjid besok selepas jumaat untuk sama-sama bersumpah untuk membenarkan kenyataan masing-masing....datuk T sanggup bersumpah untuk membenarkan bahawa apa yag mereka lakukan adalah bukan satu fitnah dan DSAI pula perlu bersumpah bahawa orang dalam video tu bukan lah dirinya,,,!

Aku tak nak campur dalam hal sumpah sumpah ni sebab bapak aku ngajar aku jangan sampai bersumpah-sumpah dalam apa-apa hal pun dan dalam erti kata yang sebenarnya bapak aku ajar aku supaya jangan tak senonoh lah..!

kalau negara-negara lain dan tak payah pergi jauh sampai ke benua antartika lah...! cuma Thailand , Korea dan Jepun saja...kalau ada berita-berita tak bermoral macam ni keluar di media arus perdana negara mereka...pemimpin-pemimpin yang berkenaan tanpa perlu tunggu perbicaraan pun dah pakat letak jawatan dah sebab pemimpin ni semua ikhlas dalam perjuangan politik mereka...di mana mereka tak mahu rakyat berpecah-belah dan menjadi celaru dek kerana hal moral mereka samada benar atau tidak..! Pemimpin negara jiran ini letak jawatan ni kerana mereka tahu kalau mereka berkeras sekali pun sudah tentu akan berlaku porak peranda dalam negara dan yang pasti tentunya moral mereka tersebut akan terus dicungkil sampai tahi gigi yang terakhir..!

pada aku dan mungkin sebilangan besar rakyat Malaysia yang lain mudah saja...! kalau angin tak ada takkan pokok bergoyang..! walau pun ada jin yang bergayut atas pokok tu tapi pokok jelas dah bergoyang...ambik jalan mudah sajalah...lupakan saja pemimpin tu sebab hal negara bukan boleh di buat percaturan! kesilapan yang sedikit tu akan membawa bala bencana yang sangat besar yang pasti lukanya akan mengambil masa dan pengorbanan yang sangat besar! Itu jalan yang paling mudah untuk selamatkan negara....lupakan DSAI dan letakkan dia sebagai satu sejarah hitam yang perlu kita buang jauh-jauh...! kalau dia tak mahu mengalah maka kita rakyat lah yang kena buat bagi dia kalah..!

dalam PR ni nampaknya yang paling mengaut keuntungan ialah parti DAJAL DAP! PAS rugi rugi rugi! silap-silap kena siap kain putih untuk di bacakan talkin..PKR..huh akan macam ni lah untuk seterusnya kerana akan bergerak sebagai anjing DAP yang juara salak!...yang boleh memastikan PKR sebagai parti politik yang kekal dalam sejarah politik Malaysia ialah kak Wan Azizah iaitu presiden parti PKR yang macam bukan presiden tapi hanya sekadar p.a. DSAI dan mak sanggup DSAI saja..mengekor kemana saja DSAI pergi dan kemudian menggangguk setuju atas apa juga kata-kata DSAI macam termakan nasi kangkang!

Kak wan......inilah masa untuk kak wan menjadi serikandi negara kak wan....terimalah cetusan ikhlas saya ni kak wan....dah tiba masanya kak wan dan nurul izzah bersatu untuk meletakkan PKR di tempat sepatutnya...sebagai pembangkang yang di segani dan mungkin menjadi PM wanita pertama di Malaysia kalau di benarkan oleh perlembagaan!

Kak Wan seharusnya sekarang lebih bijak dan pintar dari suami kak Wan yang penuh emosi tu. kak wan sepatutnya dah menyiapkan alternatif tertentu untuk menyelamatkan PKR dari terkubur terus kerana suami kak wan tu dah sampai ke penghujungnya...dah tidak relevan lagi dengan suasana politik Malaysia.

Yakin lah dengan diri kak wan sendiri, bangun lah dan dengarlah suara hati kak wan tu..! Guna lah kuasa presiden kak wan tu untuk memecat DSAI demi untuk menyelamatkan PKR...lupakan moto PKR untuk selamatkan DSAI kerana parti yang tertubuh kerana kepentingan diri pastinya tidak akan kekal lama..! sudah tiba masanya kak wan mengubah moto PKR dari menyelamatkan DSAI kepada kepentingan rakyat dan negara..!

kak wan sesungguhnya tahu benar akan suami kak wan tu dari dulu hingga sekarang...cuma kak wan tidak mendengar suara hati kak wan sendiri..! kak wan tidak perlu pergi jauh untuk meninggalkan dia tapi cukuplah dengan memecat dia demi untuk PKR....kak wan boleh terus sebagai isteri mithali dia..cuma biarlah dia berehat selamanya..jangan biarkan dia terus di tunggang dan menjadi keldai DAP dan akan menginayai rakyat...! kak wan tidak akan berdosa sedikit pun kalau kak wan memecat dia dari PKR sebab jawatan dia pun tak tahu sah atau tidak sebab jawatan ketua umum tu jawatan apa....saya pun tak faham kak wan apatah lagi ahli-ahli PKR yang cuma membuta tuli mengikut tu..! dia orang lagi tak faham jawatan ketua umum tu amende!

sebenarnya kak wan dah lama tahu yang semua ahli PKR telah di tipu hidup-hidup tentang jawatan ketua umum yang tidak pernah dan tidak akan langsung di pertandingkan kerana memang tidak ada jawatan untuk di pertandingkan. Kak wan tahu selama ini ahli-ahli PKR diperbodohkan terus dengan jawatan ketua umum yang akan di sandang oleh suami kak wan tu sampai dia mati.....tapi bila dia mati siapa pula nak jadi ketua umum atau jawatan tu nak di mansuhkan terus kerana jawatan tu cuma khusus untuk DSAI..! kak wan tahu benarkan..!

Kak wan sedarlah..! bangun dan lihat sekeliling kak wan..! siapa yang tinggal di samping kak wan atau di sekeliling kak wan cuma mereka-mereka yang sedia dan setia berkhidmat kepada suami kak wan tu saja....!bolehkah orang di keliling kak wan tu layak di percayai kalau kak wan nak pecat DSAI..! Kak Wan kena mula buat homework dan menyiapkan pasukan kak wan sendiri kerana kak wan tak punya pilihan dalam politik ni....yakin lah pada suara hati kak wan yang lembut tu..!atau kak wan sendiri sebenarnya memang langsung tidak punya cita-cita pun dalam politik ni dan memang cuma sekadar p.a. pada suami kak wan saja?

suami kak wan ni dahsyat kak wan...! silap-silap kalau kak wan pecat dia...kak wan juga akan di tentang habis habisan oleh dia dan akan keluar bermacam-macam tohmahan pula pada kak wan nanti..semua tu boleh berlaku dan saya sedikit pun tak hairan..!tapi masanya dah hampir tiba kak wan...semuanya kak wan kena fikirkan sekarang dan bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam politik..!

saya sentiasa berdoa semoga kak wan sentiasa di beri hidayah oleh Allah dan segera mendapat petunjuk dari Nya! insyallah dan saya sangat teruja dengan ketabahan Kak Wan selama ini..!

wassallam
nik 28.04.2011
11 pm