Wednesday, July 13, 2011

KASIHNYA BONDA MEMBAWA SYURGA...NAMUN ANAKANDA LEBIH RELA KE NERAKA!

assalamualaikum wbt.
salam 1 malaysia.

Hari ini kita sekali lagi di kejutkan dengan berita gempar malah jauh lebih gempar dari peristiwa hitam BERSIH 2.0! kalau setakat bersih tu masih kecil lagi kalau nak di bandingkan apabila seorang putera dengan berani dan gahnya menerbitkan berita bahawa dia ingin membawa bondanya ke penjara! percayalah bahawa bersih tu masih kecil kalau nak di bandingkan dengan tercemarnya etika anak terhadap ibunya sebegini!


Zaman si tenggang dah berlalu tapi si tenggang dapat mengahwini puteri di raja tapi yang ini pulak memang putera di raja dan  di lahirkan di atas dulang emas serta di kelilingi segala macam kemewahan serta berdarjat mulia dan mempunyai bonda yang sangat di sanjungi jelata di sebabkan kemuliaan hati, dermawan, menaungi banyak badan-badan kebajikan di Selangor.

ini sekadar sebuah nota yang mengzahirkan rasa!

Sedihnya bonda tidak terkira, anakanda di kasihi yang di tatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba berbicara bagai putera yang lupa akan siapa dirinya!
Segala pengorbanan bonda cuma di nilaikan hanya sebegitu rupa!
apakah putera terasa bahawa hidup ini untuknya selamanya?
apakah sang putera terlupa bahawa setiap putera yang lahir di dunia semuanya dari perut bonda mereka semua seperti dia?
apakah racun yang meresap di jiwa putera seperti seakan terleka bahawa yang ingin di penjara itu adalah bondanya?
apakah sang putera lupa bahawa dunia ini sang maha esa cipta di sebabkan doa setiap bonda?
apakah sang putera sedang leka di buai dari mimpi yang sementara?

Ini baru karma dunia untuk sang putera,
yang dia perlu ingat bahawa akan ada hari hadapan yang sedang menanti tiba
yang pasti sang putera tidak akan terhitung betapa seksa,
sang putera perlu segera kembali mengira bahawa seorang bonda adalah segala-gala.....
dunia ini bisa bertukar menjadi gila bila seorang bonda di perdaya dan di luka!

Pada bonda biarkan sudah terluka,
yakinlah pada sang maha pencipta Allah yang satu bahawa segalanya ada petunjuknya,
yakinlah bahawa segala yang menduga adalah pancaroba dalam menguji kesabaran bonda,
yakinlah bahawa yang maha esa mengasihi bonda maka DIA pasti menduga!
yakinlah bahawa jalan bonda ke syurga sudah pun terbuka...
cuma teruskan bersabar dan terus juga bertakwa......insyaallah kita hanya insan yang hina ..
.bersihkan jiwa bersihkan minda...berikan keampunan kepada sang putera biarpun kita hiba...
sesungguhnya ALLAH jua tempat yang kita pasti ke sana

insyaallah

nikazhar
13/07/2011

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0- HISHAMUDDIN PERLU DI PERTANGGUNG-JAWABKAN!

assalamualaikum w.b.t.
selamat sejahtera
salam 1 malaysia

Sudah lama aku tidak menulis walaupun banyak yang bersarat di dalam kepala hotak ni kekadang sampai nak muntah dek pening-pening sebab terlalu berat...jangan darah tinggi sudah la!

BERSIH 2.0, telah berlalu, al jazeera cakap 100,000 orang, polis kata 6,000 orang, pendemo kata hampir 20,000...macam-macam la tapi bukan nombor berapa ramai orang yang datang menjadi isu tapi kenapa hal bersih macam ni boleh berlaku di Malaysia yang aman damai yang selama ini menjadi penunjuk aras kepada negara lain!

Pokok pangkalnya demonstrasi telah berlaku, banyak yang telah musnah...nama negara musnah, perniagaan musnah, hubungan sesama manusia musnah, keamanan musnah...macam-macam la yang telah musnah...pada waktu sekarang akan ramai yang akan mula bercakap, berbahas dan lain-lain lagi tetapi yang paling jelas ialah semuanya telah terlambat!

Ambiga, Anwar, Hadi, Lim Kit Siang, Najib Razak, Muhyiddin, KJ semuanya bukan pemenang! ini yang orang melayu cakap menang jadi arang kalah jadi abu, menang sorak kampong tergadai...semuanya benar!Semalam pendemo yang rata-rata kaum muda yang berbagai, ada yang bertatoo, ada yang nampak jahil dan tak kurang juga yang nampak cerdik tapi semuanya pendemo lah yang kononnya bergerak atas dasar mencari ketelusan dalam pilihanraya walaupun pada hakikatnya segala perbuatan mereka semalam hanyalah memberi keuntungan kepada beberapa pihak yang tertentu sahaja kerana walaupun mereka mencapai apa yang mereka inginkan namun bagi pendemo-pendemo ini nasib mereka masih belum tentu akan gemilang dan lebih baik dari kehidupan mereka sekarang!

Walau apa pun yang telah berlaku, namun perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku bagi negara indah Malaysia ini yang selama ini menjadi rebutan bagi pendatang asing untuk datang mencari rezeki di sini, Ini lah syurga bagi pendatang asing tapi nampak seperti makin menjadi neraka bagi rakyat sendiri dek kerana rakyat yang makin di adu domba demi kepentingan pihak-pihak tertentu!

Semua yang berlaku ini tidak sepatutnya berlaku...Menteri Dalam Negeri Dato' Hishamuddin mesti meletak jawatan atau bertukar kementerian kerana beliau yang sepatutnya memikul sepenuh tanggung-jawab atas apa yang telah berlaku! Sebagai menteri yang bertanggung-jawab, Hisham tidak sepatutnya membiarkan perkara ini dari berlaku. Hisham sepatutnya mengambil tindakan pembendungan dari peringkat awal iaitu dari peringkat perancangan bersih ini di buat bukan menunggu hingga bersih ini hampir terlaksana seperti sekarang kerana pada ketika itu semuanya sudah terlambat!

Semua di belakang jawatan-kuasa bersih itu bukanlah terdiri dari orang-orang yang sangat bersih dan maksum! Sebagai menteri dalam negeri, hisham sepatutnya telah boleh menghidu perancangan bersih di peringkat awal dan memulakan langkah-langkah pembendungan samada dengan kaedah memanggil mereka untuk perbincangan atau yang terakhir kepada kaedah penangkapan! terlalu banyak senjata di dalam tangan Hisham yang beliau boleh pergunakan! terlalu ramai inteligence di dalam kawalan Hisham! tapai sayangnya kelihatan seperti semuanya tidak berfungsi dengan sepatutnya!

Di sini kerajaan junta Myanmar harus di beri tabik hormat kerana kebijaksanaan mereka dalam membendung hal-hal sebegini kelihatan amat berkesan dan menjadi! Hisham kena pergi dan makan sireh dengan junta Myanmar!

Dalam hal membendung demonstrasi jalanan seperti bersih ini sepatutnya Hisham telah menyedari yang perancang bersih ini tidak lain dari tindakan subversif! cara mereka merancang, bergerak adalah secara subversif! mereka membina kekuatan mereka melalui khabar angin yang di siarkan meluas melalui media samada internet, risalah dsbnya! semua ini patut di sedari oleh hisham dari peringkat awal perancangan kumpulan ini.

Bagi menentang kumpulan seperti ini sepatutnya hisham juga bergerak secara subversif, bukan boileh memberi komen di dalam akhbar secara terang-terangan untuk membantai mereka kerana selagi kita terang-terangan membantai mereka maka selagi itu akan ada pihak yang akan mempergunakan keadaan yang di timbulkan. Sebab itu untuk membersihkan bersih di peringkat awal tindakan senyap adalah di perlukan.

Perancang dan peneraju di sebalik bersih ini bukanlah bersih sangat, mungkin ada antara mereka yang korup, mungkin ada yang tidak mempunyai pendirian yang tetap, mungkin ada yang mempunyai masalah kewangan yang serius....! semuanya berkemungkinan manakala Hisham selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai segala-galanya.....yang sepatutnya kumpulan ini boleh di pecahkan semudah menghempas gelas menjadi kaca! tapi sayangnya Hisham menggunakan pendekatan yang semalam membuktikan segala-galanya!

Hisham tidak sesuai berada di sini! dia harus meletak jawatan atau berpindah potfolio! biarlah dia di kementerian yang lebih lembut sedikit seperti kementerian sumber manusia atau kementerian hal ehwal pembangunan wanita! Kita memerlukan menteri yang berani, yang boleh menghidu seperti anjing! kita memerlukan menteri yang bijak, kreatif dan berani!

Sekian, wassalam

nikazhar
10.07.2011
1tghari