Wednesday, January 5, 2011

ISU SUK- MAINAN POLITIK MERBAHAYA DAP! MELAYU JADI TUKANG LAGA MELAYU SAMA MELAYU, MELAYU DENGAN RAJA MELAYU!

assalamualaikum wbt.
salam sejahtera dan selamat  bertemu kembali.

Tak habis-habis lagi dengan isu perlantikan YB SUK, hari ini berderet-deret pula bangsa melayu belarak ke pejabat MB nak tuntut MB letak jawatan sebelumnya 2 hari dulu berderet-deret juga melayu belarak ke pejabat  KSN minta KSN letak jawatan!

Cerita berderet-deret melayu belarak ni sebenarnya bermula dari zaman peristiwa petani Baling dulu lagi sebab pelopor acara berlarak ni sekarang dah jadi pemimpin anugerah tuhan dah  cuma versi berlarak ni dah di garap dan di beri nafas baru oleh DAP demi untuk mencapai cita-cita kotor parti busuk ini! kalau dulu acara berlarak ni memang untuk perjuangan tapi acara berlarak sekarang ini adalah untuk agenda politik sempit DAP.

yang aku nak kata di sini ialah tentang melayu yang dok pakat belarak bagi pihak DAP tu! apakah depa semua ni tak sedaq ka yang depa di peralatkan oleh DAP. Depa tak boleh ka kaji tengok yang bila setiap kali depa nak mula berlarak mesti depa kena mula di masjid sebab apa depa tak mula di rumah berhala atau kuil ka? kenapa nak kena pilih masjid? kalau hangpa tak tau jawapan dia ni aku nak jawab bagi!

dalang yang dok pikiaq buat kacau-bilau ni bukan pemimpin anugerah tuhan hangpa tu, dia ni lembu tunggangan saja, maaf la kalau nak kata kuda tunggangan dia tak layak sebab kuda mahai, dia ni harga tak dak! dalang dia sebenarnya ialah DAP la,depa ni memang cerdik untuk kacau bilaukan orang melayu! sebab tu tiap kali hangpa nak start berlarak semua mula di masjid tak kira la masjid mana, masjid negara ka masjid kampong baru ka, pokoknya masjid la sebab dia nak bagi ramai orang melayu ikut belarak sebab kalau dia nak harap orang cina ahli DAP mampuih tak mai sebab ahli DAP tu cerdik, depa kira berniaga saja! kalau yang mai ikut berlarak pun ahli DAP yang pakai kot hitam putih tu la yang nak jamin keluaq orang melayu yang masuk lokap! tu perkara kecik saja sebab nak berapa duit sangat nak kena belanja sebab depa tak berlarak pun tapi depa teruih berniaga juga tinggallah orang melayu yang dok sibuk berlarak sampai tinggai berniaga, tinggai kerja, tinggai nak-bini! Orang melayu yang dok berlarak sana-sini tu tak tengok ka semasa dok berlarak tu berapa kerat sangat orang cina ahli DAP yang dok ikut berlarak sama!

Sama juga bila berlarak pun ikut laluan yang tempat orang melayu yang paling ramai berniaga tidak pun indon! tak brapa kerat sangat laluan berlarak tu yang jadi tempat berniaga ahli DAP! kalau ada pun mungkin ahli MCA atau MIC tidak pun KIMMA! jadi DAP ni tak rugi juga.

Tu dia aku nak habaq pi kat hangpa! kot hangpa sedaq la sikit!

Ni buat kalut  pasai SUK Dato' Khusrin tu pulak! depa racun ADUN melayu supaya bangkit menentang Sultan. Tu pun ada juga melayu yang sanggup berlarak pi Putrajaya?? sanggup bagi amaran kat Sultan lagi, sanggup pulak buat cadangan untuk pinda akta tubuh negeri.

Sebenaqnya masalah perlantikan Dato' Khusrin ni masalah remeh saja sebab dari zaman dulu-dulu pun proses perlantikan SUK ni mengikut cara yang sama saja tapi sekarang ni diperbesaqkan pasai depa ada agenda lain yang lebih besaq. agenda depa tu sebenaqnya ialah menghapuskan kuasa melayu! tak kira dengan cara apa sekali pun dan kalau agenda nak buat mesyuarat tergempar DUN berjaya dan usul depa pun berjaya depa dah tentu dengan mutlaknya akan berkuasa penuh dan orang melayu yang berpaksi kuasa kepada Sultan negeri akan hilang segala-galanya sebab kalau paksi pun depa boleh tumbangkan apatah lagi yang dok bergayut dengan paksi tu!

Kalau macam ni pun orang melayu tak sedaq juga dan masih dok ikut sandiwara barua DAP ni kira orang melayu tu dalam kategori pantun di bawah la:

limau purut tiga serangkai
buta perut tak dak akai

DAP ni sebenaqnya nak lindung kepentingan depa di Selangor sebab kalau lantik Dato' Khusrin yang berteras dari MAIS/JAIS ni nampak macam teras Islam nak jadi kuat, depa bimbang dengan rumah urut, pusat judi, kedai todi yang depa naungi akan jadi kelam kabut!

Dulu masa zaman BN takdak la kegiatan haram ni sebanyak la ni yang macam cendawan lepaih hujan ni. Dulu zaman BN nak pi cari rumah urut pun terpaksa pi cari sampai Puchong nu di tempat penduduk majoritinya bukan bangsa melayu tapi la ni rumah urut ni ada sampai di Sabak Bernam dah sampai orang melayu Jawa pun dah tersilap masuk dah nak pi masuk restoran nasi ambang dah tersilap masuk rumah urut ambang!

Ni pun sebenaqnya tak besaq sangat! depa ada agenda lain lagi yag tersangat lah besaqnya sebab depa dah nampak dah yang PKR dan pemimpin anugerah tuhan ni dah di dalam genggaman depa dah cuma depa kena cari sekoq kambing hitam saja untuk memulakan agenda besaq depa tu! nah ni la masa dia dan Dato' Khusrin yang telah terpilih menjawat jawatan kambing hitam tu! Sabaq la Dato', yang bathil tetap bathil, kita takkan biaqkan depa nak senang sembelih walaupun kambing hitam!

Wallahualam
sekian, terima kasih
nikazhar
05/01/2011

Tuesday, January 4, 2011

INDAHNYA BAHASA SULTAN....KESATNYA BAHASA RAKYAT!

assalamualaikum wbt
salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.

Sungguh indah bahasa Sultan yang memerintah negeri Selangor! Membuktikan bahawa DYMM Sultan Selangor memang tinggi ilmunya dan tinggi adab bahasanya selaras dengan darjat Di raja yang mengalir!
Sebagai rakyat Selangor aku terasa diri aku ni terlalu kerdil dan hina kerana aku cuma seorang rakyat biasa yang sepatutnya mempunyai adab dan bahasa yang jauh lebih mulia bila aku berkata sesuatu kepada Raja Payung negeri yang aku diami!

Aku lebih malu kerana YB Tn. Shuhaimi yang mewakili rakyat Selangor boleh berkata sedemikian kepada Bawah DYMM Tuanku! Aku memohon sembah kepada DYMM Tuanku supaya melihat kedangkalan ilmu dan keperibadian keji ini cuma terhadap YB Shuhaimi dan mungkin beberapa orang yang mungkin konco-konco beliau sahaja atau mungkin orang yang menyuruh beliau berkata sebiadab demikian dan bukan dari rakyat jelata negeri Selangor ini!

Ini petikan kenyatan YB Shuhaimi seperti di siarkan dalam blog beliau http://www.srimuda.blogspot.com/, pada 30hb. Disember 2010 yang lalu :

" Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak Istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan beraja di mata dan bersultan di hati oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya tidak kira samada oleh Raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa Raja!".

" Dalam sejarah telah membuktikan bahawa apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akanmenghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam memerangi ketidakadilan! Di doakan agar ia tidak akan berlaku di Selangor."

Inilah petikan kata-kata YB Shuhaimi, ADUN Sri Muda yang di lantik rakyat yang telah tersilap. kata -kata seperti ini tidak sepatutnya di ucapkan kepada seorang Sultan yang beliau mendiami di dalam negerinya Yang kita hairan kenapa YB sibuk menyuruh rakyat dan istana mnghormati YAB Menteri Besar sedangkan MB \tidak sedikit pun menunjukkan sikap menghormati istana malah ingin mencabarnya lagi! dan begitu juga jika istana menghormati MB bermaksud juga menghormati YB Shuhaimi sebab YB adalah sebahagian dari MB tapi YB pula tidak langsung menghormati Istana malahan menghina dan memberi amaran pula lagi!

Bagimana pula tentang provokasi YB Shuhaimi supaya rakyat menolak Raja yang beraja di mata dan Bersultan di hati? apakah ini bukan satu provokasi kepada rakyat Selangor supaya bangun menentang DYMM Sultan Selangor? Apakah YB Shuhaimi faham maksud peribahasa beraja dimata dan bersultan dihati? Apakah Baginda Sultan Selangor mempunyai sikap yang sedemikian! apakah kerana tidak memenuhi kehendak kerajaan PR menyebabkan Baginda di labelkan sebegitu? Apakah dengan menolak permintaan kerajaan PR supaya tidak memilih SUK yang telah baginda lantik itu sebagai bersifat beraja di mata dan bersultan di hati.

Sebenarnya sikap yang beraja dimata dan bersultan dihati ini adalah sifat pemimpin anugerah tuhan PKR! cuba YB Shuhaimi muhasabah diri sendiri dahulu kerana apa betulkah pemimpin anugerah tuhan beliau yang mempunyai sikap sedemikian? Kemudian YB Shuhaimi juga menyatakan bahawa rakyat juga akan menolak sesiapa juga samada mereka raja berjiwa rakyat atau rakyat berjiwa raja! ini sudah pasti kerana Sultan Selangor memang seorang Raja yang berdaulat manakala benarlah bahawa pemimpin anugerah tuhan mereka pula memang RAKYAT YANG BERJIWA RAJA!

Kemudian YB Shuhaimi menyatakan tentang kebangkitan rakyat menentang raja! persolannya apakah ini ugutan kepada Ke Bawah DYMM Tuanku atau peringatan atau apa? kenapa Sultan perlu di ingatkan? zalim sangat kah Baginda Sultan ini sehingga rakyat perlu bangun menentang baginda? apakah kerana tidak melantik SUK mengikut kehendak kerajaan PR itu zalim? adakah rakyat akan di zalimkan jika Baginda setuju melantik Dato' Khusrin? apa yang baginda dan dato' Khusrin akan lakukan untuk menzalimi rakyat Selangor nanti? semua ini BULLSHIT oleh PR terutama DAP yang sekarang tengah memicit telor PKR!

Ini pulak kenyataan balas oleh DYMM Sultan Selangor terhadap kenyataan YB Shuhaimi yang di terbitkan oleh semua media perdana hari ini 5hb. januari 2011 melalui Setiausaha sulit Baginda :

" DYMM Sultan Selangor menyatakan bahawa kenyataan YB Shuhaimi seperti di lampirkan didalam blog beliau sebagai satu sindiran yang amat ketelaluan dan boleh mengelirukan rakyat dan cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci baginda selaku Sultan Negeri Selangor".

Beginilah kenyataan seorang Sultan negeri yang ternyatanya sangat berbudi tinggi dan mempunyai ketinggian ilmu yang sangat sempurna. Malahan Baginda tidak melatah untuk menggunakan kuasa dan kedudukan Baginda untuk mengajar si biadap seperti ini walaupun baginda ternyata mempunyai hak untuk melakukannya kerana amat jelas sekali ada rakyat negeri naugan baginda yang tidak suka pada Baginda.

Sebagai Sultan negeri aku rasa DYMM Tuanku layak berbahasa sebegini kepada YB Shuhaimi "  WAHAI PANGLIMA NEGERI, BETA PERINTAHKAN KAMU DAN HULUBALANG KAMU SEGERA PERGI DAN TANGKAP SI SHUHAIMI DERHAKA ITU DAN BAWA DIA MENGADAP BETA SEKARANG JUGA, DAN SIAPKAN TEMPAT PEMANCUNGAN DENGAN SEGERA!"...ini bahasa yang sepatutnya Ke Bawah Duli Tuanku gunakan tetapi ternyata Tuanku mempunyai ilmu yang tinggi malahan amat menyayangi rakyat baginda dan masih mampu menggunakan bahasa yang sangat berhemah.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DI AMPUN!

sekian, wassalam
nikazhar
5/01/2011

Monday, January 3, 2011

SHUHAIMI SHAFIEI HERO MELAYU TERAKHIR!

assalamualaikum wbt
salam sejahtera dan bertemu kembali!

Semenjak seminggu ini kita dibisingkan dengan drama perlantikan SUK Selangor. Masyarakat Melayu disajikan dengan adengan-adengan bunuh diri bangsa melayu yang ingin menjadi hero melayu terakhir! Bangsa melayu sekarang ni sampai tak tentu arah dah dalam mencari kuasa ke Putrajaya! sampai sanggup nak jadi hero berani mati demi kerana DAP!

Berani bangsa melayu ni sampai dah peringkat memberi amaran kepada Raja Melayu tentang kebangkitan rakyat demi kerana DAP! heran wal ajaib sebab bila YB Gobala membuat kenyataan terbuka tentang partinya sendiri cepat-cepat beliau diminta untuk selesaikan secara dalaman parti dan jangan membuat kenyataan media!

Tapi bangsa melayu lagi berani giler dari YB Gobala sebab dengan lantang membuat kenyataan yang terang-terang seperti memberi amaran kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sepatutnya bangsa melayu lah yang perlu menyelesaikan secara dalaman kalau melibatkan Raja Melayu supaya bangsa sendiri tidak tersinggung! Ini tidak malah dengan berani memperingati Sultan tentang kejadian kebangkitan rakyat!

Memperingati Sultan seakan-akan Sultan negeri tidak pergi sekolah dan buta huruf tak tau membaca sejarah!

Kurang-ajarnya anak ialah bila berani menyindir mak bapak! kurang-ajar menantu bila berani tampar isteri depan mak bapak mertua! kurang-ajar rakyat ialah bila berani ingatkan Sultan bahawa ada Kesultanan yang biasa digulingkan oleh kebangkitan rakyat!

Kalaupun berlaku kebangkitan rakyat nak guling kesultanan, tapi soalanya rakyat mana? adakah rakyat melayu di Tanah Melayu ini? YB Shuhaimi nak gerakkan rakyat mana untuk sama-sama berguling-guling dengan YB untuk gulingkan Kesultanan? Apakah Melayu Tanah Melayu nak guling sama atau nak lompat dan mencacakkan keris di atas tubuh yang berguling-guling? Tak Melayu hilang di dunia kata Hang Tuah, derhaka tidak sekali!

Kita yang mengajar orang menjadi kurang-ajar, dan jangan kita harap apabila tiba giliran kita besok yang orang kita ajar menjadi kurang ajar akan duduk bersila dan bersimpuh.......malah orang tu akan menjadi lebih kurang ajarnya lagi!

wassalam

nikazhar
3 jan 2011