Thursday, March 31, 2011

video sex pemimpin pembangkang...Datuk T ..aku risau sebab aku mirip dan perut aku buncit...!

assalamualaikum w.b.t.
salam sejahtera
salam 1 malaysia

Minggu lepas dan minggu ini kita di kejutkan oleh video lucah pemimpin pembangkang....tak tahu sapa tapi katanya mirip ketua umum PKR dengan pelacur Cina..(aku pun belum tengok, tu pun pemimpin tu sendiri yang kata sebab dia nafi) ...tak boleh tuduh-menuduh berdosa! tapi si 'pemimpin anugerah tuhan' tu pulak pergi repot polis kata bukan dia di dalam video tu padahal belum ada sapa-sapa pun dari Datuk T yang tuduh kata dia yang melakukan aksi berahi tu...cuma depa kata video seorang pemimpin kanan parti pembangkang saja...! aku pun nak pi repot polis juga sebab memang pun bukan aku! tapi masalah nya aku ni mirip muka 'pemimpin anugerah tuhan' dan perut aku buncit pulak tu...! kalau video ni dapat kat bini aku alamat perang dunia la nampaknya! baik aku pi repot polis dulu sama..!kalau hangpa tak percaya yang aku ni mirip si 'anugerah tuhan" tu hangpa pi la tanya kat kawan-kawan aku...!

Masalahnya dah lebih seminggu dah bila berita video lucah dan ada di kalangan wartawan, pemimpin politik yang dah menonton video ni tapi komen-komen yang paling keras, pedas semua datang dari orang yang langsung tak pernah tengok pun lagi video tu...! Nik Aziz, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Shamsul Akin, Yusmadi...semua dah tengok ke....Bung, KJ semua dah tengok ke? aku ingat baik pergi buat tayangan perdana kat parlimen la sebab tempat yang paling sesuai buat tayangan yang macam ni cuma di parlimen saja sebab parlimen tu kebal..........apa macam bung...dari kita dok berkelahi dengan Shahrizat pasai pemandu wanita tu baik YB kemuka cadangan untuk buat tayangan perdana dan yang terunggul ni di parlimen..!
Yang paling sedih lagi bila sedih lagi pulak ada si malaon yang anjurkan perhimpunan dan buat solat hajat untuk si 'pemimpin anugerah tuhan' ini di stadium melawati dan katanya sampai beribu-ribu orang hadir dan solat hajat sekali!

ish...ish depa ni faham ke tak faham tentang keperluan solat hajat ni...nak kata tak faham semua guru-guru belaka...aku lagi tak faham..he he! aku tk faham sebab aku fikir tak ada keperluannya nak pergi tolong memohon dari Allah untuk selamatkan si 'anugerah tuhan " ni sedangkan aku sendiri belum pernah tengok video tu...macam mana aku nak pastikan pada Allah yang si 'anugerah tuhan' tu telah di fitnah oleh orang atau kalau aku dah tengok sekali pun video tu macamana aku nak pastikan yang pelaku aksi berahi tu bukan si 'anugerah tuhan' atau di fitnah...!

Soalan nya mudah sangat kalau kita tak guna kepala otak guna kepala lutut pun boleh tentang kenapa samada kita perlu atau  tidak perlu turut serta solat hajat ni...:

1) kalaulah kita dah tonton video panas tu dan pasti pelakunya adalah memang mirip si 'anugerah tuhan" sudah tentunya kita tak boleh ikut serta dalam solat hajat yang sedemikian kerana kita pun dah yakin bahawa pelaku tersebut memang sah mirip si 'anugerah tuhan' cuma ketepatannya nanti akan di tentu kan oleh undang-undang negara....jadi tak payah susah-susah pergi solat hajat lah..!

2) kalaulah kita dah tonton video panas tu dan pasti bahawa pelaku aksinya adalah mirip sahaja si 'anugerah tuhan' dan kita yakin bukan dia tapi cuma mirip sahaja....kita lagi tak payah nak solat hajat kerana kita yakin bahawa Allah itu esa dan Allah maha mengetahui malahan kita yakin bahawa bukan dia...! biarlah undang-undang yang putuskan....jadi tak payah lah juga kita susah-susah pergi solat lah..!

3) kalaulah kita ni belom lagi pernah tonton video panas tu...ni lagi tak payah guna kepala otak dan kepala lutut....apatah lagi guna kepala anu tu....langsung tak payah pergi lah solat hajat tu...tak ada kena mengena pun dengan kamu....kamu apa pun tak tahu dengan video tu samada pelaku nya si 'anugerah tuhan ke' mirip ke atau palsu ke...? semua tak tahu...dah kamu nak pergi berhajat dengan Allah dan memohon yang palsu tu buat apa...! baik kamu buat solat hajat di rumah kamu dan mohon Allah beri petunjuk kepada kamu samada perjuangan kamu tu betul atau tidak dan mohon Allah berikan hidayahnya pada kamu yang susah papa-kedana tu dari dok fikirkan hal jutawan yang tak henti-henti ada masalah moral tu!

aku pikiaq parti PAS ni sebenarnya dah buat kesilapan yang cukup besar dalam risalah perjuangan kerana persekongkolan dengan si "anugerah tuhan" ni adalah satu kesilapan yang cukup besar kerana kalau nak hitungkan kemenangan dalam PRU yang dahulu sebenarnya bukanlah kerana si' anugerah tuhan' ni tapi kemenangan kepada pihak pembangkang dalam PRU yang dahulu kerana rakyat sedang membuat perhitungan dengan kerajaan sedia-ada supaya lebih sensitif terhadap kehendak rakyat..!
Percayalah dalam PRU yang lepas kalau PAS letak calon dia di mana-mana sahaja tanpa bergantung kepada pakatan PR...PAS akan lebih kuat lagi sebab yang memenangkan PR dalam PRU lepas adalah dari undi orang melayu...! kalau PAS bersendirian...yakinlah PAS akan lebih selesa dalam memperjuangkan risalah ALLAH..!

wallahualam
nikazhar
01/04/2011 11.30 am

Wednesday, March 30, 2011

INTERLOK - INTER-LUKA!

assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera dan salam 1 malaysia!

Hari ini ada lagi badan ngo yang mempertikaikan  novel sasterawan negara - INTERLOK!
kali ini bukan hanya dari kaum India tapi kaum Cina yang mengakui menaungi badan-badan Cina yang lain!
Nah aih! tu la melayu mudah lupa.........lupa pada pepatah melayu...kalau dah di beri betis pasti peha pulak di maunya! sebab mana mungkin jika ada air yang keruh tak ada manusia yang tidak menangguknya!

Sebenarnya banyak tindak-tanduk Tun Dr Mahathir semasa 22 tahun pemerintahan BETUL! jangan kita
mengatakan tidak sebab Tun antara melayu yang sukar lupa malah sampai sekarang Tun tidak pernah lupa!

Soal interlok ini sebenarnya tidak ada apa-apa pun....hanyalah sebuah novel yang menggarapkan suasana sebelum merdeka...suasana kehidupan manusia melayu, cina dan india yang sama-sama berjuang mencari kehidupan dalam erti kehidupan masing-masing dan yang paling pastinya semua manusia di dalam novel tersebut mempunyai sejarah mereka masing-masing....itu sahaja!

Sesungguhnya novel ini novel tulus lagi mulus, novel ikhlas yang ingin membangkitkan perasaan cinta sesama bangsa Malaysia, perasaan cintakan tanah bertuah tumpah darah ini!

Pakatan NGO ini sebenarnya pakatan yang cetek fikirannya dan dangkal ilmunya! mereka adalah penangguk di air yang keruh yang mempunyai kepentingan dan agenda mereka tersendiri! mereka ini adalah ngo yang ngok! yang terperosok dengan dakyah pihak-pihak tertentu yang menyembunyikan tangan balingan batu!
Mereka inilah yang sekarang sedang memperjuangkan fahaman perkauman!
Mereka ini lah yang sekarang sedang berusaha membangkitkan semangat perkauman di antara pelajar sekolah yang selama ini hidup dan belajar bersama-sama tanpa sedikit pun sentimen perkauman!

Naskah Interlok ini terlalu elok rupa parasnya! sempurna tingkah lakunya dalam memperelokkan batasan perkauman di tanah bertuah ini!
Semasa Maniam di belasah dan mungkin di bunuh oleh sesama bangsanya...si Melayu Seman lah yang tanpa mengira bangsa mempertaruhkan nyawa datang menyelamatkan Maniam!
Semasa ibu Seman di tangkap Jepun kerana menyembunyikan anak dara sunti Cina panjang anak maniam yang berpangkat inspektor itulah yang datang menyelamat ibu Seman!
Anak dara sunti Cina panjang yang bersekongkol dengan abangnya yang berjuang di dalam hutanb dengan gerombolan penentang jepun di selamatkan oleh Seman dan ibunya dan bila dia di tangkap ibu Seman sanggup mempertaruhkan nyawanya menyelamatkan anak cina panjang ini!
Bukan kah ini semua satu kehidupan yang indah! bukan satu paparan kehidupan yang sangat ikhlas di antara  3 kaum yang berbeza ini!
Sampai begini ikhlas INTERLOK dalam memperjuangkan penyatuan bangsa!
Interlok melahirkan semangat percintaan yang sangat abadi, kalau boleh aku ingin ubah penceritaan novel ini daripada membiarkan anak dara sunti cina panjang tersebut bersendirian...alangkah lebih indah kalau dia yang berkahwin dengan Seman kerana Seman mempunyai sifat dan sikap seperti Cina panjang itu sendiri...kuat bekerja!

Bacalah wahai NGO...jangan jadi NGOK....bacalah dengan matahati bukan dengan mata dengki!

Aku yakin semua guru-guru sastera di sekolah yang akan mengajar subjek novel ini telah di latih dengan profesional, aku yakin yang guru-guru ini telah bersedia untuk menggarap novel ini dan menginterpretasikanya secara profesional dengan hasrat untuk melahirkan bangsa Malaysia seperti yang di harapkan oleh novelis ini yang ingin melihat penyatuan kaum di tanah bertuah ini!

Janganlah kau NGO yang NGOK cuba terus-terusan mengapi-apikan semangat anak-anak bangsa yang hidup dengan harmoni ini ke arah fikiran dangkal dan negatif kamu!

Wahai NGO yang NGOK, jangan kamu jadikan INTERLOK INI sebagai INTER-LUKA BANGSA!

wallahhualam
nik
30/03/2011
11.30 mlm

Monday, March 7, 2011

ORANG KEMBOJA CHAM ATAU ORANG MELAYU CHAM!

Assalamualaikum w.b.t.
salam sejahtera
salam 1 Malaysia!

Dah banyak hari aku hilang dari bloq sebab aku pening nak muntah sebab hari-hari berbincang dan mengutarakan hal politik di Malaysia. kadang-kadang aku terfikir kenapa aku dan masyarakat 1 Malaysia ini perlu sangat sensitif dengan hal politik yang tak berhenti-henti dari pru 12 sampai nak masuk pru 13 dah. ribut taufan pun ada seriatnya tapi politik Malaysia tak juga seriat-seriat! Pokoknya kenapa kita rakyat 1 Malaysia ni nak layan sangat hal politik tak berenti-renti si anugerah tuhan tu! biar sajalah dia sebab kalau media Malaysia tidak ambil peduli dengan dia ni pasti dia pun tak boleh buat apa-apa pun! baik kita tumpu dan fokus kepada perkara berbangkit yang lain berkenaan ekonomi ke, sosial ke, ada juga fedahnya dari dok terus baca akhbar hari-hari tengok pembohongan si anugerah tuhan ni dan drama yang di arahkan oleh parti anti Islam DAP!

Ni aku la ni dah 3 hari dah dok berkubang di tanah Kemboja! tapi yang sebenarnya dah nak masuk 2 tahun dah aku dok ulang-alik ke tempat yang di gelar sebagai killing field ini! Dalam dok ulang-alik ni aku banyak belajar dan menimba pengalaman di sini tentang macam-macam perkara samada dari segi sosio -ekonomi, budaya atau pembangunannya.

Yang ingin aku perkatakan di sini ialah tentang orang Cham kemboja yang sekarang ni dah ramai sangat dah dok menetap di Malaysia dan ramai juga dah yang mendapat taraf warganegara Malaysia dan menggunakan taraf kaum sebagai Melayu.....mungkin juga taraf bumiputera la kot sebab orang melayu kan?

Kalau di Kemboja ni orang asal Kemboja yang di panggil sebagai bangsa khmer tak pernah menggelarkan orang Cham ini sebagai Melayu Cham tapi semua memanggil mereka sebagai orang Cham sahaja. Anugerah sebagai bangsa Melayu Cham ni sebenarnya di anugerahkan oleh orang-orang melayu Malaysia sendiri kerana maklumlah bila dah ramai sangat orang Melayu Malaysia dan berbagai NGO melayu yang masuk Kemboja memberi bantuan di sini dan tengok orang cham ni di sini boleh cakap melayu merangkak-rangkak macam budak umur 2 tahun dan pakai baju kurung dan tudung  semacam orang melayu Malaysia maka orang Melayu kita pun terus bagi anugerah sebagai orang melayu cham!

Ni lah prihatinnya bangsa Melayu Malaysia! kalau boleh mana-mana manusia di mukabumi ni yang muka nak macam orang melayu dan boleh bercakap bahasa melayu biar pun merangkak-rangkak dan terhegeh-hegeh dan pakai tudung dan baju kurung nak sama sikit saja dengan orang melayu Malaysia semua pakat nak anugerah sebagai bangsa melayu! kalau boleh pakat nak bawa balik pi duduk Malaysia semua!

Sebab tu matapelajaran sejarah ni sebenarnya tersangaaaat lah penting supaya bangsa tak buta sejarah!
Kata orang Khmer di Kemboja bangsa Cham ini adalah berasal dari kerajaan Champa di daerah Vietnam sebelum ini dan ada bukti sejarah juga yang telah di lapurkan bahwa bangsa cham ini dulu datangnya dari indo-china yang bersifat sebagai pejuang yang menjajah sebahagian besar negeri-negeri sekitar sebelah sini dan bertapak di vietnam sehinggalah mereka di kalahkan oleh tentera vietnam dan melarikan diri dan menetap di dalam wilayah cham di Kemboja.

Ini mengikut cerita dari orang-orang khmer di kemboja, selebihnya biar aku selidiki dulu dari fakta-fakta sejarah yang akan aku kemukakan di masa hadapan!

Dari semua cerita-cerita orang khmer di kemboja tidak ada satu pun yang mengaitkan orang cham sebagai orang melayu selain dari mereka boleh berbahasa jawi sedikit sedikit! Orang-orang cham sendiri tak pernah mengatakan bahasa mereka sebagai bahasa melayu tetapi sebagai bahasa jawi! yag menyatakan orang cham itu berbahasa melayu ialah orang melayu Malaysia sendiri dan tidak salah juga kalau kita nak kata bahawa orang cham itu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa sampingan selepas bahasa khmer dan bahasa cham kerana bahasa melayu akan mendapat pengikhtirafan tapi jangan lah kita mengikhtirafkan orang cham tu sebagai orang melayu cham kerana kalau orang melayu perlu mengikhtirafkan semua bangsa di muka bumi yang boleh berbahasa melayu sebagai bangsa melayu maka ramai lah sangat yang perlu di beri pengikhtirafan tersebut kerana orang keturunan bamar dari myanmar ramai yang boleh berbahasa melayu secara fasih malah lebih baik dari orang cham itu sendiri, begitu juga sudah tentu dengan orang indonesia yang pasti amat fasih dengan bahasa melayu indonesianya!

Dewasa ini terlalu banyak kesempatan yang telah orang melayu malaysia ciptakan untuk orang-orang luar mempergunakannya sebagai satu kelemahan orang melayu Malaysia! Begitu juga yang berlaku di Kemboja kerana jiwa orang Melayu Malaysia makin hari makin terhambat dengan belas kasihan terhadap bangsa cham kemboja ini!

Aku terkejut bila satu hari aku bercakap dengan satu keluarga cham yang telah lebih 10 tahun menetap di Malaysia dan sangat berjaya dalam perniagaan di malaysia sehingga terbaharu mereka sekeluarga telah memuka rangkaian perniagaan di negara tumpah darah mereka Kemboja! yang aku terkejut biawaknya sebab kad pengenalan yang depa pegang semua tertera bangsa melayu! dan anak-anak mereka semuanya belajar di UITM yang khusus untuk bumiputera! WOW orang cham ada taraf BUMI rupanya! Tahniah la kepada orang Melayu malaysia yang sanggup beri pengikhtirafan sampai beitu sekali!

Aku bukan irihati atau dengki khianat pada orang cham tapi aku kesal dengan orang Melayu malaysia yang mudah lupa...kata mantan PM Tun Dr. Mahathir...memang betul Tun! tidak salah satu hun pun kata-kata Tun ! malah lagi terkejut sebab bila menonton tv 1 dan tv 3 yang menyiarkan dokumentari tentang bangsa cham di Kemboja sebab pembawa acara yang comel lote tu terus mengikhtirafkan orang cham sebagai bangsa melayu! mana buku sejarah depa baca pun aku tak tahu Tun!

Inilah hakikat yang akan berlaku Tun! aku berdoa semoga Tun panjang umur unuk sama-sama melihat 2020 apa yang akan berlaku, tapi aku cuma nak lihat dari sudut keselamatan dalam negeri saja! kalau dah banyak sangat orang luar yang kita ikhtiraf macam ni besok 2020 anak-anak aku nak duduk di mana?

Sekarang nak berniaga pasar malam pun semua orang kemboja dah monopoli, dari berniaga ais krim dengan basikal hingga lah pemilik gedung-gedung kain besar, Sunday market di Shah alam tak payah cerita lah! penuh dengan orang dia saja! kampong Delek, Telok Pulai, Banting, Port dickson, Bukit Cina, Bulit Tinggi, Muar, Terengganu, Kelantan semua orang dia saja yang berniaga kain!

Apa kita nak buat Tun? Melayu memang mudah lupa!

SAMAN OH SAMAN, MAKIN MISKIN RAKYAT!

ASSAALAMUALAIKUM W.B.T.
salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Pertama tahniah kepada BN kerana membuktikan sebagai parti juara rakyat!
Menang di Kerdau dan Merlimau!
tapi hadiah kemenanganya sangat perit untuk di tanggung oleh rakyat jelata!
SAMAN EKOR!

Kerajaan sedang berusaha untuk pungut saman tertunggak berjumlah 49 juta!
kalau 1 saman selepas di potong diskaun dan katalah cuma RM 50 sahaja kerajaan sedang berusaha untuk memungut RM 2.45 billion dari rakyat jelata! tapi kalau jumlah RM 100 satu saman ianya pasti bernilai RM 4.9 billion!

Memang juara rakyat!

Ini perkara yang perlu di debatkan di parlimen! ini perkara yang rakyat perlu buat demontrasi di KLCC! bukan perkara remeh hindraf! bukan perkara Mesir dan Libya yang tak sangkut paut dengan rakyat Malaysia!

Tengoklah perkara ini dengan matahati wahai ahli parlimen! Rasailah keperitan rakyat ini wahai PERKASA, NGO, PERKIDA! Dalam dunia ni mana ada satu negara pun yang rakyatnya berpusu-pusu dan sanggup berhutang keliling pinggang untuk bayar saman! Tahniah pada PDRM, JPJ! kerana berjaya membuat rakyat gelisah dan tidak tidur lena.

Bulan Disember 2010 yang baru lepas, rakyat belum lagi dapat melempiaskan kelegaan selepas berhutang untuk masukan anak-anak ke sekolah, sekarang lagi bala hutang baru yang datang!

Lepas ni ramai orang yang akan cakap aku ni yang tak tahu undang-undang sebab orang akan kata kenapa kau buat kesalahan jalanraya! memang pun aku tak tahu sebab jalanraya di Malaysia bukan saja banyak tempat sebagai perangkap maut tapi perangkap had laju juga! Memang jalanraya di Malaysia dibuat sedemikian rupa untuk diadakan perangkap had laju! nama pun perangkap had laju....memang tujuannya nak memerangkap rakyat!

Penguatkuasa undang-undang jalanraya di Malaysia memang telah terlatih untuk memerangkap pemandu! penguatkuasa ni boleh menyamar macam-macam, kadang-kadang jadi papantanda lebuhraya, jadi tupai dalam semak, jadi tiang lampu, jadi macam-macm lah dengan tujuan supaya pemandu tak tahu yang di sedang di perangkap!

Kita pemandu pula kena ingat mulai pada hari ini, jangan lagi memandu dengan fokus utama di jalanraya tapi fokuslah pada semua tanda had laju di jalanraya sebab banyak had laju di letak di sebalik pokok-pokok, di sebalik papan tanda! kadang-kadang pula tak ada tanda had laju pun tapi kena saman juga sebab memandu lebih dari had laju! boleh ke kau pertikaikan? boleh ke kau pergi balai polis dan lawan dengan dia? mampu ke kau ambik lawyer nak lawan di mahkamah?

Ni lah nama nya SAMAN EKOR! kau semua kena faham macam aku juga yang tak faham! aku ingat lebih kurang nombor ekor la juga sebab semua kena kat taukeh ekor, kita kalah selamanya! inilah juara rakyat!

Kalau kita nak kira secara terperinci dan dengan penuh fakta bermaksud semua pemandu di Malaysia semuanya kena saman la sebab 49 juta saman di keluarkan kepada pemandu, tapi berapa ramai kah pemandu di Malaysia selepas di tolak dengan semua rakyat Malaysia dari bayi sehingga tua jengkot!

Bangunlah PERKASA, jeritlah PERKIDA, mana dia GAPS? mana hilang PEMUDA?
Ingatlah BN, jangan sampai tidak menjadi popular untuk pilihanraya yang akan datang kerana perkara seperti ini, tapi yakinlah bahawa SAMAN EKOR ni benar-benar menyusahkan rakyat!