Friday, December 31, 2010

selamat datang 2011....selamat tinggal 2010....la tahzan!..jangan bersedih la..sebab yang berlalu tidak akan kembali!

assalamualaikum wbt.
salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

SELAMAT TAHUN BARU 2011!, banyak kenangan di tahun 2010, ada suka ada duka sehingga mungkin ada orang yang sangat kita kasihi pergi meninggalkan kita! apa pun semua telah berlalu biar suka atau duka, yang penting kita redha dan terus panjatkan kesyukuran pada Allah kerana kita masih di sini dan masih berpeluang melalui detik manis menyambut tahun baru sekali lagi di tahun 2011, semuanya telah pergi, biarlah ia pergi kerana kita pasti tidak mampu membuat ia datang kembali, kata dr aidh dalam bukunya la tahzan...jangan bersedih! yang berlalu takkan kembali lagi tapi kita yang masih di sini pasti melakukan yang terbaik hari ini dan hari besok kerana hari ini juga akan berlalu besok dan hari besok akan berlalu juga lusanya!

Pada all malaysian, kita tetap 1 Malaysia, samada kita dibenarkan pasang logonya atau tidak kita tetap kena percaya dan yakin bahawa motif 1 Malaysia adalah semata-mata demi untuk kebaikan! jika kita tidak yakin bahawa 1 Malaysia ini untuk memberikan kekuatan untuk kita bersatu padu sesama kita tanpa mengira apa juga kaum, pastinya tahun ini 2011 atau tahun mendatang 2012 akan mengundang padah kepada kita all malaysian!

Kita kena percaya pada diri sendiri kerana orang politik di Malaysia tidak profesional! kerana jika orang politik itu dari barisan pembangkang dia orang semua ibarat barisan pembangkang semasa pertandingan perbahasan peringkat sekolah sebab sebagai pembangkang mereka akan membangkang apa saja idea pihak yang lagi satu tanpa mempedulikan samada idea itu baik atau tidak! itulah tugas pembangkang yang penting mereka menang pertandingan! inilah pembangkang Malaysia  yang dok ada di parlimen tula, buat kita macam budak-budak sekolah, ingat kita selekeh sangat!

Contohnya gagasan 1 Malaysia ini lah, apa salahnya dan apa dosanya sekali pun jika benar idea ini dari apco atau popco atau apocot sekali pun jika tujuan ideanya adalah untuk kesejahteraan negara! tapi persoalannya apakah bodoh sangat pemimpin-pemimpin di Malaysia ini untuk mencipta gagasan seperti 1 Malaysia ini sampai kena impot perunding luar dan kena bayar berjuta-juta? setongong-tongong manusia di Malaysia sekarang ni pun dah berjaya mencipta sistem perbankan islam sampai tok Arab semua datang mengambil sistem ini sebagai model, sampai bank-bank Mat saleh yag terkenal pun datang membuat rujukan tentang sistemnya, apalah sangat 1 Malaysia ni? takkan satu Perdana Menteri tak boleh nak dapat idea nak buat gagasan semacam ini?
Takkan kita tunggu pemimpin anugerah tuhan saja yang boleh dapat idea macam ni maklum sajalah jika pemimpin anugerah tuhan dah jadi Perdana Menteri setiap idea dan gagasan beliau tu dah kira sama taraf wahyu tuhan dah tu!

Kita sebagai all Malaysian, harus melihat perkara ini secara positif bukan melihat secara negatif seperti pemimpin pembangkang tu, bagi kita perkara yang baik tetap kita sokong dan perkara yang tidak baik pasti kita tolak tak kira samada perkara tu datang dari kerajaan ke dari pembangkang ke sebab kita bukan bodoh dan tidak sekolah, kita dah bijak mengawal emosi kita, kita dah pakat graduate dari universiti dah sebab Malaysia zaman sekarang dah maju, mana ada lagi anak-anak Malaysia yang ketinggalan dalam pelajaran dan kalau ada sekali pun mamat tu memang sangat malas atau sangat tidak bernasib baik lah!

Pada pemimpin pembangkang terutamanya pemimpin anugerah tuhan, ingatlah bahawa rakyat Malaysia sekarang semua dah pandai belaka dah, biar pun dia potong getah dan tanam padi di kampong tapi mai la rumah tengok sebab kami paling lekeh pakat ada diploma dah  pun. Kami ada mata untuk tengok dan ada otak yang bijak pandai untuk menilai. Sekarang sebab kami yang pandai ni pakat jadi petani dan pekebun tengoklah macam mana kami dah tukar taraf hidup kami!

Bertaubatlah pemimpin anugerah tuhan sementara pintu taubat masih terbuka, usia pun bukannya muda lagi! kemampuan shahwat pun dah kurang dah, cuma nafsu saja meluap-luap! ingatlah kalau manusia tu nafsunya meluap-luap sedangkan kudratnya dah tinggal tak seberapa maknanya pintu neraka tu dah terbuka lah untuk dia. Jangan taubat seperti firaun sebab bila dah hampir tenggelam baru mengaku keesaan Allah!

Belajarlah terima yang idea orang pun baik juga bukan idea kita saja dan percayalah kalau sekarang ni kita dok pulun sakan dok buat kat orang dan demontrasi sana sini, besok bila kita naik pun jangan ingat orang nak duduk diam tengok hang bermaharajalela atas singgahsana! orang pun akan buat sama macam hang dan mungkin lebih dahsyat lagi! nah aih pada masa tu hang pasti nya lebih teruk lagi dari mana yang dok ada la ni! bukan setakat tangkap orang pakai ISA mungkin macam-macam ISA lagi hang buat dan pada masa tu hang jangan dok meracau pula sebab hang la yang dok mengajar orang jadi lagu tu la ni.

Tahniah la aku ucapkan kat hang sebab hang dapat gelaran pemimpin anugerah tuhan dari bini hang biar pun bukan dari rakyat dan negara .........tapi hang tau dak bini aku lagi sakan sebab dia bagi anugerah kat aku,
"pemimpin terulung melangkaui pemimpin anugerah tuhan"! sukahati bini akulah nak anugerah kat aku apa pun macam bini hang la juga. Pada aku. aku anugerah kat hang ....BAPAK DEMONTRASI DAN  KACAU BILAU  MALAYSIA!

apa pun aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU  kat hang dan keluarga semoga ALLAH ampuni segala dosa-dosa hang dan segera memberikan petunjuk dan hidayahNYA  pada hang.

Sekian. Terima kasih sehingga ketemu lagi.

Thursday, December 30, 2010

illegal money transfer...hawala kata hindi...hondi kata myanmar..mungkin indon kata kiriman uang!

assalamualaikum wbt.
salam sejahtera.
selamat bertemu lagi.

MALAYSIA BOLEH! itulah slogan yang telah lama kita laungkan untuk memangkinkan semangat perjuangan rakyat dalam mencapai apa juga usaha dan impian dan kita tanamkan sifat boleh didalam jatidiri kita. Ternyatanya hari ini Malaysia Boleh memang boleh dan tidak mustahil dan paling terbaru anak jantan kita Harimau Malaya telah mengamuk dan memamah garuda! tahniah!

Semangat Malaysia Boleh ini sebenarnya bukan banyak mempengaruhi rakyat tempatan kerana dalam membolehkan sesuatu impian dan cita-cita, kerana rakyat Malaysia masih mempunyai banyak pilihan untuk samada melakukanya atau tidak disebabkan negara Malaysia ini adalah negara yang kaya dan ramai rakyat Malaysia yang boleh hidup tanpa berbuat apa-apa pun!

Semangat Malaysia Boleh ini sebenarnya paling terkesan kepada jiwa pendatang asing di Malaysia samada pendatang asing itu sah atau tidak sah! Semangat Boleh ini di jiwa orang asing ialah kerana mereka yakin mereka boleh datang ke Malaysia samada secara halal atau haram, mereka yakin boleh bahawa sepanjang mereka berada di Malaysia mereka pasti ada pekerjaan yang menanti mereka dengan pendapatan yang lumayan, mereka yakin boleh bahawa jika mereka tertangkap sekali pun pasti ada jalan yang membolehkan mereka lepas dan paling teruk sekali pun makan free dan dihantar pulang! mereka yakin boleh bahawa jika mereka bekerja di sini mereka akan mendapat gaji dan wang gajian tersebut pasti boleh dihantar ke negara asal mereka tanpa perlu dicukaikan dan yang paling pasti ialah mereka yakin boleh bahawa mereka boleh kirimkan wang gajian mereka ke negara asal mereka samada secara HAWALA, HONDI ATAUPUN KIRIMAN UANG!

INILAH YANG BERLAKU DAN PETIKAN AKHBAR THE SUN PADA 27/12/2010 TELAH MEMBUKTIKAN !

agjja
Tim Leonard telah membentangkan betapa bolehnya penjenayah hawala, hondi telah merugikan berbillion ringgit wang negara dengan kaedah illegal money transfer!

Saya ingin menarik minat YB Zulkifli Noordin untuk membentangkan permasaalahan yang telah lama menjadikan penjenayah hawala dan hondi ini kaya raya di Malaysia samada di blog YB atau di dalam parlimen!

Tim Leonard telah bercakap mengenai hawala tapi saya ingin bercakap tentang HONDI!

Perkataan hondi ini adalah perkataan biasa bagi rakyat Myanmar yang berada dan bekerja di Malaysia di mana secara sedar atau tidak bahawa kesemua rakyat Myanmar atau 100% rakyat Myanmar yang bekerja di Malaysia samada mereka halal atau haram adalah penghantar wang tegar yang pastinya mengirim wang ke negara mereka secara haram!

Kalau mengikut perangkaan Kedutaan Myanmar terdapat hampir 2 juta lebih rakyat Myanmar yang berada di Malaysia samada mereka berada dan bekerja secara sah atau tidak sah! Saya sukar untuk mempercayainya kerana perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia membuktikan bahawa keseluruhan pekerja asing sah di Malaysia adalah di sekitar 2 juta orang pada sesuatu masa. Yang mana benar kita tidak pasti tapi tidak penting juga bagi kita sebab biarlah kita melihat angkanya lebih besar upaya kita lebih serius melihat perkara ini!

Rakyat Myanmar memang  terpaksa menggunakan hondi kerana tiada sistem pengiriman wang secara legal yang di kendalikan diantara kedua-dua negara! andainya benar seperti perangkaan 2 juta rakyat Myanmar di Malaysia dan jika kita mengambil-kira setiap rakyat Myanmar mengirim cuma rm 100 di setiap bulan, ini menjadikan jumlah sebulan kiriman wang secara haram ke Myanmar ialah sebanyak rm 200 juta dan jika untuk tempoh satu tahun sudah pastinya berjumlah 2.4 billion ringgit! Nampaknya seperti besar bukan? tapi bagaimana jika kiriman yag di lakukan oleh setiap pekerja tersebut ialah sebanyak rm 200 sebulan dan jumlah pekerja tersebut pula ialah 4 juta orang? tentu berbiliion-billion bukan?

Bagaimana pula dengan penjenayah hondi ini? jika setiap hondi cuma mengenakan rm 5 bagi setiap satu transaksi, ianya tentu memberikan keuntungan sebanyak rm 10 juta kepada mereka! FUUUH, penat juga untuk mengira keuntungan 10 juta ringgit sebulan! tidak perlu bersusah payah berebut tender, tidak perlu berkeringat melawat site, tidak perlu juga bermati-matian mendapat lesen kelas A!

Bila namanya wang haram pastinya akan berlaku juga aktiviti haram oleh penjenayah hondi ini, kerana wang sebanyak ini perlu juga dilaburkan bagi tujuan sesuatu perniagaan kerana ia perlu di halalkan walaupun tanpa perlu mendapat logo halal dari JAKIM. Kalaulah wang sebanyak ini tidak dilabur dan di halalkan ianya bermaksud wang ini perlu disimpan oleh penjenayah hondi dalam bentuk tunai! mana mungkin wang sebegini banyak boleh disimpan begitu sahaja kerana jumlahnya akan meningkat dengan cepat dan boleh menutupi seluruh jalan Silang!

Bila dah wangnya haram maka menghalalkanya juga tentulah secara haram! maka ujudlah beratus mungkin beribu kedai-kedai serbanika Myanmar di seluruh Malaysia dengan amat jelas dan ketara kerana kesemua kedai serbanika ini menggunakan papan tanda berbahasa Malaysia dan Myanmar! MALAYSIA BOLEH! jangan kata wang haram boleh malahan papan tanda bahasa asing pun boleh! dulu berperang Dewan Bahasa, Dewan bandaraya dengan masyarakat cina tentang penggunaan bahasa di papantanda, sekarang papantanda Myanmar, Nepal, Bangladesh di seluruh Jalan Silang tak ada siapa peduli pun!

Di jalan Silang sahaja yang letaknya tak sampai 3 kilometer dengan Bank Negara Malaysia terdapat berpuluh kedai serbanika Myanmar yang 100% menjalankan aktiviti hondi! malahan kalau kita ke kedai mereka kita akan terkejut kerana keseluruhan kedai 4 tingkat tersebut di miliki mereka sepenuhnya. Mungkin di bawahnya terdapat kedai-kedai telefon atau kedai barangan runcit tetapi di atasnya penuh dengan aktiviti haram bermula dari barangan yang di haramkan seperti minuman keras, rokok, cd/dvd hinggalah restoran-restoran myanmar dan perempuan gunting rambut yang di bawa khas dari negara mereka!

Bukan mudah untuk naik melihat aktiviti haram mereka kerana semua pintu masuk dikawal sepenuhnya oleh pengawal myanmar mereka di samping sistem keselamatan dan kamera cctv yang paling canggih!

Saya terpaku seketika di suatu hari di Yangon Myanmar kerana di hadapan sebuah rumah teman saya warga Myanmar terdapat sebuah tanah kosong yang berukuran lebih kurang 4000 kaki persegi dan terletak di tengah-tengah bandar Yangon dan telah di jual kepada seorang warga Myanmar dengan harga USD 5 juta! dan lebih terkejut saya ialah bila saya diberitahu oleh teman saya tersebut bahawa warga Myanmar tersebut mempunyai 40 kedai serbanika Myanmar di Malaysia!

Inilah hakikatnya tentang hondi di Malaysia! hebatkan! Ini baru seorang tapi percayalah bahawa terdapat ratusan orang Myanmar yang bergelar jutawan dengan wang haram ini, tetapi mereka masih bebas dan senang lenang di Malaysia dengan iltizam Malaysia Boleh!

Ini baru HONDI orang Myanmar belum lagi HAWALA orang india dan KIRIMAN UANG orang indon!
Pokoknya di manakah BNM? dimanakah KDN? tidurkah penguatkuasa Dewan Bandaraya? Apakah kita menantikan Malaysia bankrap baru kita bertindak atau kita menantikan rakyat sendiri kebulur tak makan baru kita mengorak langkah?

Saudara YB Zul, pergilah siasat di bandar Kulim, lihatlah berapa kedai serbanika warga asing di sana, pantau lah apa aktiviti mereka? lihatlah di Bukit Mertajam? semuanya ada kedai serbanika ini! kalau orang Melayu buka kedai runcit atau mini market pasti tak sekaya ini kerana mereka tidak buat hondi, kalau buat hondi pun kemana orang nak kirim wang? semua kedai serbanika ini hanyalah topeng yang menutupi segala aktiviti haram mereka sahaja!

Sekian, terima kasih sehingga ketemu lagi.

Wednesday, December 29, 2010

UMNO Perlis berkocak lagi

Assalamualaikum wbt.
salam sejahtera semua.

Sudah jelas dan terang bahawa berlakunya pertukaran kepada barisan kepimpinan tertinggi negeri.
Mungkin Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu boleh berpuashati tetapi nampaknya negeri kerdil yang berada penghujung Malaysia akan berkocakan.

Sebenarnya mungkin impian dan harapan Dato' Seri Najib selaku Presiden UMNO untuk melihat Dato' Mat Isa Sabu dan Dato' Seri Shahidan boleh duduk semeja dan memberi impak baru kepada UMNO perlis dan mungki juga ingin menamatkan perang dingin yang telah lama berlaku di antara 2 kem tersebut!

Seperti kata ramai orang di bahagian Padang Besar dan Arau, Dato' Seri Shahidan sebenarnya di turunkan pangkat dan di dombakan dengan Dato' Zahidi Zainal Abidin yang rata-rata ahli UMNO di dua bahagian ini tahu bahawa kedua-dua mereka dari kem yang sama.

Dato' Seri Shahidan sampai saat ini masih tidak mahu mengesahkan atau menerima jawatan tersebut sehingga beliau dapat bertemu dengan YAB PM bagi mendapatkan penjelasan yang sebenarnya tentang hasrat dan harapan PM dalam membuat percaturan sebegini. Namun melalui sumber sumber yang boleh di percayai bahawa ramai ahli UMNO bahagian Padang Besar telah memasang angan-angan untuk membuat protes dan menzahirkan perasaan tidak puashati mereka melalui perkara yang mungkin tidak diduga sama sekali.

 Dato' Seri Shahidan menyatakan bahawa dia tidak keberatan untuk bekerjasama dengan Dato' Mat Isa malahan beliau tidak sekali-kali akan mengkhianati UMNO tetapi beliau berasa dikhianati oleh orang-orang tertentu!

Perlis negeri kecil, tapi jika Perlis kalah kepada PR ianya akan meninggalkan kesan yang amat besar kepada BN! Ada beberapa tokoh tua UMNO Perlis yang dilihat mempunyai peranan dan mungkin boleh mempengaruhi keputusan Presiden parti, tapi jika benarlah berlaku seperti itu maka amat hairan wal ajaiblah kerana tokoh-tokoh UMNO ni sebenarnya yang perlu diketepikan kerana semasa mereka di dalam jawatan kanan dalam kabinet dan UMNO mereka adalah tokoh yang langsung tidak popular di kalangan ahli UMNO dan masyarakat Perlis malah pertikaian di Perlis mula belaku kerana campurtangan mereka dahulu!

Apapun keputusan telah dibuat, mana mungkin ia di tarik balik kerana kewibawaan Presiden UMNO juga perlu diambil kira! Yang tinggal akan berlaku ialah  kemungkinan Dato Seri Shahidan akan menolak perlantikan dan perang dingin akan terus berlaku sehingga akhirnya Perlis akan terbungkam di bawah PR dalam PRU 13 nanti!

Pada Dato' Zahidi, ini masanya beliau mesti terus memperkuatkan benteng pertahanannya di Padang Besar supaya tidak boleh di tembusi oleh parti lawan dan kembali membetulkan semua saf ahlinya supaya terus teguh di belakang beliau serta menjaminkan seluruh ahli beliau tidak berpaling tadah kerana jika Dato' Zahidi menjadi calon parlimen dalam PRU 13 nanti di Padang Besar kemungkinan beliau akan kalah adalah amat kecil tetapi jika ada saf beliau yang berpaling, Dato' Zahidi juga akan terbungkam kaku!

Pada UMNO, jangan lihat Perlis sebagai kecil dan sebelah mata! tapi lihatlah pada kesetiaan ahli UMNO Perlis!

Sekian, Wasallam

Saturday, December 25, 2010

anwar pemimpin beraja di mata bersultan di hati

assalamualaikum wbt.,

aku dulu ni semasa dok kalut pasai si anwar ibrahim tu kena kes liwat ada rasa belas kasihan juga pada dia maklum sajalah TPM yang pandai cakap pandai khutbah! bila pru 12 aku pun tergoda juga dengan kempen depa yang penuh emosi tentang anwar ibrahim ni!

tapi la ni aku dah meluat dan loya dah sebab hari-hari dok dengar cerita dia yang makin hari makin mengarut dan tak boleh di terima akal. aku tak faham dengan semua karut marut si anwar ni, adakah dia nak perbodohkan orang kampong atau nak buktikan yang dia ni terlalu bijaksana sehingga orang cerdik pandai di malaysia ni tak boleh nak double check dengan apa yang dia cakap! kalau adapun cerdik pandai di malaysia ni yang boleh percaya dengan bibir manis si anugerah tuhan ni maka cerdik pandai tu pun bodohlah juga!

aku ni meluat dengan pemimpin anugerah tuhan ni kerana aku dah lalui pengalaman 2 kali dengan pemimpin anugerah tuhan dan konco-konconya ini di negeri kekuasaan depa yang kaya raya iaitu selangor darulehsan!

bukan apa kerana si anwar ni cumalah ahli parlimen, ketua pembangkang dan ketua umum pkr saja, dia belum jadi perdana menteri atau sultan negeri, tapi lagaknya melebihi perdana menteri dan sultan negeri sebab di satu hari yang panas aku tengah berada di atas kuda aku di persimpangan lampu isyarat dekat hotel concorde shah alam, tapi pada masa yang sama aku tengok beberapa biji motor besar tengah dok parking tengah-tengah simpang tu dengan beberapa orang badan besar fullface yang lagak macam mafia tengah dok mengawal lalulintas dan mengarahkan semua kenderaan berenti dan beri laluan kepada satu kereta yang didalamnya sedang tersengih si anwar ni!

berkuasa sungguh depa ni sampai polis trafik pun tak boleh nak kata apa dah!
dia ni belum jadi PM apatah lagi nak jadi sultan tapi dia lebih hebat dari PM dan sultan!
kalau pemimpin anugerah tuhan ni lagak macam ni beraja di mata bersultan di hati sebelum pun menjadi seperti yang dia nak jadi, alamat kita ni nanti di tadbir cara mafia la, geng motor besar yang dok keliling jaga dia tu tak tau depa tu nanti nak jadi apa?

kesian kat pas!

wassallam

UMNO DULU UMNO SEKARANG

UMNO DULU UMNO SEKARANG
UMNO DULU PAKAT TOLAK BILA NAK BAGI JAWATAN
UMNO SEKARANG BEREBUT NAKKAN JAWATAN
( tulisan ini di buat sempena lawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Myanmar semasa mula di lantik menjadi PM ke 5 dan telah di serahkan pada Tun pada tarikh tersebut semasa pertemuan bersama rakyat Malaysia di Myanmar)

Pergelutan UMNO bahagian Pokok Sena.

Apabila kekalutan politik bahagian Pokok Sena berlaku di Kedah memuncak pada pemilihan agung UMNO bahagian satu ketika dahulu di mana Dato’ Ahmad Bin Lebai Sudin telah memenangi pemilihan tersebut dengan mengalahkan  calon lama iaitu Dato’ Abdul Rahman Ibrahim, ramai masyarakat kampong yang tidak henti-henti berdebat di serata kedai kopi, simpang jalan dan di mana-mana kesempatan dengan mengambarkan bahawa kemelut politik sekarang lebih menjurus kepada kekuatan fizikal, kewangan dan peras-ugut orang tertentu. Mereka telah melihat seolah-olah kasih sayang dalam UMNO makin pupus serta sikap kekeluargaan dalam UMNO makin terhakis.

Kalau dulu masyarakat kampong lebih melihat para Tok Guru Agama, Ketua Kampong dan Guru sekolah sebagai orang yang lebih layak memimpin kerana sikap dan ilmu pengetahuan mereka, tapi kini semuanya itu telah hampir hilang kerana keujudan masyarakat UMNO yang melihat menjadi pemimpin UMNO itu sebagai peluang untuk meraih keuntungan dan perlu di materialistikkan.

Kolah surau Pak Su Choh.

Semasa pergelutan di antara kedua-dua pihak ini berlaku di masa yang sama dan secara tiba-tiba masyarakat Kampong Masjid Lama, Tualang, Pokok Sena di kejutkan oleh berita yang terpapar di separuh muka surat akhbar tempatan tentang berita ‘Kolah Surau Pak Su Choh.’ dan sudah tentunya tulisan tersebut merangkumi beribu patah perkataan dan sekali lagi masyarakat kampong terkejut dan mereka berkumpul di mana-mana simpang jalan, kedai kopi, masjid, surau dan sekali lagi berdebat tentang permasalahan yang di tonjolkan oleh penulis dan ada yang menuding jari ke sini dan ke sana, tapi akhirnya Dato’ Ahmad Lebai Sudin yang memenangi pemilihan tersebut.

Pak Su Choh, orang yang di bangkitkan untuk mengisi kemelut pemilihan tersebut hanyalah Tok Guru agama biasa, imam muda, bekas guru KEMAS dan juga bekas guru agama Majlis Agama Negeri di samping memberi pengajaran agama Islam di banyak masjid dan surau secara rutin sehingga kini adalah seorang ketua cawangan UMNO yang telah berpuluhan tahun menyandang jawatan tersebut di Kampong Masjid Lama tersebut yang asalnya merangkumi beberapa kampong lain seperti kampong Keriang Menora, Kepala Bendang dan lain-lain lagi tapi akhirnya setelah Dato’ Ahmad Lebai Sudin memenangi pemilihan tersebut beliau telah mengarahkan beberapa kampong tersebut di pecahkan daripada UMNO cawangan Kampong Masjid Lama ke cawangan yang baru di ujudkan atas alasan yang beliau sendiri lebih tahu sehinggalah membawa kepada kekalahan beliau dalam pilihanraya yang lalu di sebabkan perpecahan tersebut.

Pak Su Choh ini bukan orang ternama yang punya pangkat berjela dan wang berjuta tapi beliau adalah Tok Guru yang banyak berjasa kepada masyarakat kampong tersebut biarpun pada satu ketika dulu beliau bersama isterinya pernah menyandang jawatan sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian Kota Setar yang mana jika kini pasti dia juga mempunyai wang berjuta dan pangkat berjela tapi bukan itu yang di kehendakinya. Sehingga waktu tersebut ketika soal kolah surau beliau di perdebatkan di mana-mana sehingga di peringkat nasional beliau hanya melemparkan senyuman tanpa sebarang patah perkataan pun kepada pendebat-pendebat tersebut. Pada beliau masyarakat tidak perlu di takutkan tapi di hormati, di sayangi dan memberikan mereka peluang untuk membuka minda mereka serta tahu menilai antara yang benar dan batil biarpun perlu mengambil  masa.

Pak Su Choh orang yang paling bahagia bila Pak Lah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lima.

Pak Su Choh berasa bahagia bila Pak Lah di lantik menjadi Perdana  Menteri ke lima bukan kerana Pak Lah telah meluluskan peruntukan membina masjid di Kampong Tualang di suatu masa dulu semasa Pak lah masih TPM dan bukan juga kerana kelulusan tersebut berlaku atas daya usaha beliau dan beberapa rakan yang lain tapi beliau bahagia kerana kini anak Tok Guru agama seperti beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia dan segala harapan Pak Su Choh untuk melihat anak bangsa kembali bertaut seakan makin melihatkan cahaya, juga semoga UMNO yang di perjuangkan selama hayatnya ini akan kembali kepada asasnya yang penuh kasih sayang, hormat menghormati dan segala budaya kekerasan, peras-ugut pasti akan dapat di hakis di sebabkan kekebalan iman anak bangsa di masa hadapan.

Di satu ketika dulu ketika saudara Anwar Ibrahim menjadi TPM pernah Pak Su Choh di tanyakan, apakah saudara Anwar mampu berjaya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima tapi beliau hanya tersenyum dan cuma menjawab saudara Anwar baik dan layak tapi dia masih muda dan masih perlu banyak belajar dari kesalahan dan biar pengalaman menentukan segalanya. Ternyata segala senyuman Pak Su Choh itu penuh dengan makna dan tidak hairanlah jika masyarakat kampong sentiasa akan menantikan jawapan Pak Su Choh bila menentukan hari pertama Ramadan dan Hari Raya Puasa.

Risalah perjuangan Pak Su Choh dalam UMNO.

Pak Su Choh telah berada dalam UMNO di kesemua zaman Perdana Menteri Malaysia dan telah memimpin cawangan tersebut juga dalam kesemua zaman Perdana Menteri dan beliau berkali-kali meminta untuk berundur tapi tidak di benarkan oleh masyarakat kampong dek kerana rasa kasih, sayang dan menghormati beliau di kampong tersebut dan mungkin juga masyarakat kampong mengenangkan segala jasa yang telah di taburkan oleh beliau selama ini yang mana kalaupun tidak besar tapi ramai juga anak kampong yang telah di usahakan untuk memasuki universiti, sekolah asrama penuh dan paling tidak pun ramai juga orang kampong yang di tolong supaya di percepatkan tarikh menunaikan haji daripada terpaksa menunggu giliran bertahun-tahun.

Risalah perjuangan dalam UMNO Pak Su Choh ini adalah mudah dan semudah masyarakat kampong memahami agama Islam iaitu yang haram adalah haram dan yang benar adalah benar. Masyarakat mestilah berkasih-sayang, hormat menghormati, tolong-menolong. Begitulah mudahnya risalah perjuangan beliau. Beliau berada dalam UMNO kerana sifat-sifat tersebut dan melihat UMNO sebagai hak orang Melayu yang perlu di pertahan dan di perjuangkan tanpa berbelah-bagi. Bagi beliau seorang pemimpin bukan sahaja memimpin tapi juga perlu di pimpin agar tidak akan berlakunya ketelanjuran. Beliau melihat rakyat dan masyarakat kampong adalah segala-galanya sehinggakan anak-anak beliau sendiri kadang-kadang rasa terpinggir kerana anak masyarakat kampong sentiasa di tolong untuk memasuki sekolah asrama penuh tapi anak sendiri di biarkan atas usaha sendiri biarpun anak sendiri itu berjaya dengan cemerlangnya.

Perkara pertama yang Pak Lah lakukan selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Apabila Pak Lah di suatu hari dengan mengejut berada di Jabatan Imigresen, semua masyarakat seluruh  negara mengangkat jari tanda bagus dan telah melihatkan tanda-tanda akan berlaku peperangan antara Perdana Menteri baru dengan gejala rasuah. Memang itulah yang terjadi kerana selepas itu Pak Lah terus-terusan menyatakan pendiriannya yang tegas terhadap gejala tersebut. Pak Su Choh mula kembang hidungnya kerana telah terbayang semua harapanya yang selama ini berputik telah berbunga segar kerana tanda-tanda insan soleh telahpun kedapatan kepada pemimpin negara yang baru ini.

Pernah di suatu masa dulu saya bertanyakan kepada Pak Su Choh tentang gejala rasuah ini dan beliau menjawab, “anakku, rasuah adalah haram, menerima rasuah adalah haram dan memberi rasuah adalah haram dan dosanya adalah jauh lebih besar dari menerima rasuah tapi jika kerana tidak memberi sesuatu itu akan memudaratkan kamu maka kamu berilah dan di hati kamu mohonlah semoga ALLAH akan mengampunkan kamu dan memberi petunjuk kapada orang yang menerima rasuah tersebut”. Pada ketika ini wajah Pak Su Choh amat sugul sekali seperti ada yang tidak memuaskan hati.

Ternyata perkara pertama yang di lakukan oleh Pak Lah kembali dapat menceriakan wajah Pak Su Choh yang selama ini sugul apabila di tanyakan soal rasuah.

Pak Su Choh tidak tahu betapa globalnya gejala rasuah kini.

Bila saya katakan Pak Su Choh tidak tahu betapa globalnya gejala rasuah kini bukanlah bermaksud untuk memperlekehkan pengetahuan Pak Su Choh biarpun beliau cuma berada di kampong dan paling jauhpun beliau biasa melangkah ialah ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah, tapi memang ada kebenarannya bahawa rasuah kini terlalu global dan terlalu berfesyen. Pada Pak Su Choh bila ada polis-polis tertentu di jalanan yang kadang-kadang masuk ke kampong dan buat ‘road-block’ dan masyarakat kampong balik dan bercerita tentang terpaksa bayar duit kopi RM 2 kepada polis-polis tersebut itulah yang di namakan rasuah dan kini pula berlaku rasuah politik yang mana kadang-kadang ada pemimpin yang datang dan minta di undi serta di bayar sedikit wang saguhati, itu juga rasuah. Pak Su Choh tidak tahu yang sekarang ini rasuah berlaku sehinggakan untuk dapatkan nombor giliran di kaunter imigresen pun terpaksa di bayar kepada ulat-ulat tertentu yang mempunyai kaitan dengan pegawai imigresen di kaunter-kaunter tersebut.



Pak Su Choh tidak tahu tentang banyaknya gejala rasuah dan betapa beratnya tanggung-jawab Pak Lah dalam usaha memerangi gejala ini.


Sebenarnya tanggung-jawab Pak Lah adalah jauh lebih besar dari semua Perdana Menteri sebelumnya biarpun kita berbangga dengan semua mereka kerana YAM Tunku Abdul Rahman itu adalah Bapak Kemerdekaan yang memertabatkan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak itu pula adalah Bapak Permodenan, Tun Hussein Onn adalah Bapak Pembangunan dan Tun Dr. Mahathir adalah Bapak Pemodenan,Pembangunan dan Kemajuan negara tapi Pak Lah adalah Bapak segala Bapak-Bapak yang terdahulu kerana masyarakat Negara telah terlalu ke hadapan dan makin melupakan asas kemanusiaan dan ketuhanan dek sibuknya mengejar keuntungan dan kesenangan duniawi.

Pak Su Choh tahu yang Pak Lah telah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan tahu yang Pak Lah juga pernah menjadi TPM sebelumnya dan tahu juga yang Pak Lah sehingga kini masih menjadi Menteri Dalam Negeri tapi Pak Su Choh tak tahu yang gejala rasuah  yang paling besar berlaku dalam Negara Malaysia tercinta ini adalah dalam Kementerian Dalam Negeri yang di pimpin oleh Pak lah kerana di sini terdapat jabatan-jabatan utama negara seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penguat-kuasaan Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain lagi. Pak Su Choh tak tahu yang di Jabatan Imigresen sahaja di setiap hari berlaku berjutaan ringgit rasuah di kalangan pegawai-pegawainya dan Pak Su Choh juga tidak tahu yang ramai warga asing Pakistan di Malaysia semuanya mempunyai kad pengenalan Malaysia biarpun mereka tak tahu berbahasa Melayu dengan baik apatah lagi nak menghafal nama Yang Di Pertuan Agung Malaysia.

Pak Su Choh tak pernah berkunjung ke Jabatan Imigresen.

Dalam hidup Pak Su Choh dia tak pernah berkunjung ke Jabatan Imigresen kerana beliau juga tak mempunyai sebab untuk berkunjung ke situ biarpun kerana memohon paspot untuk menunaikan haji kerana semuanya di uruskan oleh Tabung Haji tapi dia tidak tahu bahawa di suatu kejadian seorang kawan saya rakyat Malaysia yang menetap di Negara Myanmar dan berkahwin dengan rakyat Myanmar pernah balik ke Malaysia bersama anak-anaknya dan berkunjung ke Jabatan Imigresen Wilayah  di Kuala Lumpur kerana memohon paspot anaknya telah membayar RM 100.00 kerana semata-mata nak potong Q kerana beliau terpaksa menunggu lama sedangkan anak-anak beliau masih kecil dan pasti akan resah dengan suasana di situ. Kawan saya tersebut telah di tawarkan nombor yang terdahulu dan bersetuju membayar dan ulat tersebut terus menalipon ke ‘handphone’ pegawai di kaunter dan dalam masa 5 minit kawan saya tersebut telah berada di kaunter berkenaan untuk menyelesaikan urusan anak-anak beliau sedangkan jika terus menunggu hingga ke petang pun beliau belum tentu dapat menyelesaikannya dan suasana begini masih berlaku di semua kaunter imigresen di Malaysia hingga kini.

Pak Su Choh pasti akan termengah-mengah kepenatan jika beliau berurusan dengan Jabatan Imigresen apatah lagi jika Pak Su Choh mempunyai pekerja asing yang perlu di bereskan kerana urusan pekerja asing di kaunter imigresen bukanlah mudah biarpun kerjanya amat mudah sebab negara kita sudah maju dan semuanya bersistem komputer tapi urusan pekerja asing akan mengambil masa berminggu-minggu dengan jabatan imigresen meletakkan syarat yang bermacam-macam kepada majikan tapi amat jarang sekali kelihatan majikan di semua kaunter imigresen yang kelihatan cuma ulat-ulat yang berkeliaran kerana majikan telah jemu dengan kerenah imigresen tersebut. Sebenarnya perkara ini amat mudah untuk di selesaikan tak kira samada majikan datang atau tidak tapi kerajaan perlu menetapkan polisi kepada pegawai-pegarai tersebut bahawa semua perkara mesti di selesaikan dalam jarak waktu tertentu samada seminggu, dua minggu atau apa dan jika pegawai yang bertanggung-jawab kepada sesuatu kes itu tidak dapat menyelesaikan tugasnya dalam jangka waktu tersebut maka majikan berhak membuat lapuran dan pegawai tersebut perlu di ambil tindakan sewajarnya dan biarlah pegawai dari jabatan lain yang berkuasa untuk memantau pegawai di jabatan tersebut bukannya pegawai mereka sendiri kerana mereka ini sangat pandai bersandiwara kerana sandiwara mereka mendapat upah yang sangat lumayan dan jika Pak Su Choh yang mendapat upah ini pasti akan terbeliak matanya dek kerana terkejut melihat dunia. Pak Su Choh tak tahu yang di jabatan inilah yang pegawainya boleh buat duit dan senang-senag boleh beli kereta dua tiga biji sebab bapak baru dua balak bukan paku tapi pakai van unser, anak yang baru masuk ITM tu pakai proton wira dan isteri pakai proton iswara tapi dulu anak Pak Su Choh masuk ITM hari-hari jalan kaki saja.

Pak Su Choh selalu minum kopi di Simpang Kebun 500.

Tiap-tiap hari bila Pak Su Choh balik mengajar agama beliau akan singgah di kedai kopi di Simpang Kebun 500 untuk basahi tekak dan sambil-sambil bersembang dengan orang-orang Patani yang berniaga di situ maklum sajalah sebab Pak Su Choh ni pun banyak keluarga di Patani dan asal usul dia pun dari sana dan orang-orang Patani ni pun selalu beritahu kat dia yang dia orang ni datang pakai permit tapi tak apalah sebab Pak Su Choh ni pun bukan tahu apa-apa pun tentang permit kerja dan dia pun tak pernah tengok pun, jadi kalau orang betul ke atau tipu ke dia akan mengiakan saja tapi Pak Su Choh tak tau bahawa di negara kita yang tercinta ni bukan sedikit ‘orang haram’ yang duduk dan cari makan serta senang lenang di sini malah jauh lebih senang dari Pak Su Choh sendiri.

‘Orang-orang haram’ yang tinggal dan cari makan di Malaysia ni bukan seratus atau seribu tapi ratusan ribu dan mereka bergerak bebas ke mana-mana saja tanpa gangguan tapi cuma sekali-sekala terpaksa bayar sedikit wang kepada polis-polis setempat dan polis-polis ini pula memang dah kenal benar dengan ‘orang-orang haram’ ini dan cukup masa tertentu pasti mereka akan datang kutip hasil dan ‘orang-orang haram’ ini akan bebas bergerak sesuka-hati mereka. Memanglah benar bukan bidang kuasa polis nak semak samada mereka itu adalah’orang haram’ atau tidak tapi mereka ada pulak kuasa untuk semak jumlah wang yang di bayar oleh ‘orang haram’ tersebut. Pak Su Choh tak tahu yang ramai ‘orang haram’ tersebut masuk ikut pintu negeri dia di Bukit Kayu Hitam dan mereka cuma akan berbelanja sekitar RM 1,500.00 untuk di bawa masuk ke Malaysia ikut situ dan yang bawa mereka masuk bukan calang-calang orang sebab mereka ini semua dari unit pencegah, polis sempadan dan pihak imigresen sempadan sendiri. Yang Pak Su Choh tahu ialah ‘orang haram’ yang sentiasa kena tangkap dan kadang-kadang mati sebab bot karam itu pun dalam jumlah yang sedikit sebab dia tak tahu yang ‘orang haram’ yang masuk guna bot ni pun tiap-tiap hari masuk dan tak kena tangkap pun sebab dia orang pun di bawa masuk oleh orang sama juga iaitu pegawai sempadan, polis sempadan dan lain-lain lagi.

Pak Su Choh datang ke Klang untuk ziarah anak-menantu.

Pak Su Choh bila ada kesempatan dan kerinduan pada anak menantu pasti akan berkunjung ke Klang dan bila duduk di Klang tak sampai beberapa hari dah mengeluh untuk balik ke kampong. Memanglah banyak kerja dia kat kampong tapi yang paling besar ialah dia jemu tengok keadaan Bandar di Raja Klang yang macam sampah sebab pusing kiri tengok pub, pusing kanan tengok bar, pusing depan tengok rumah urut, pandang atas ada kelab malam. Pak Su Choh rasa keliru sebab Bandar Klang ini bukan bandar sembarangan sebab ini Bandar Di Raja dan Sultan memerintah negeri Selangor bersemayam di sini tapi keadaan bandarnya tak ubah seperti berada di China Town. Tapi sebenarnya itu yang mampu di pandang oleh mata beliau hakikat sebenarnya di Bandar Klang ini terdapat ratusan tempat yang serupa itu dengan penghuni dan pengunjungnya pun tak pernah kita lihat dan yang kita tahu mereka semua bangsa Cina dan India dan yang lebih menyedihkan lagi semua perempuan yang bekerja di kelab-kelab tersebut semuanya ‘orang haram’ dari China, Vietnam dan segalanya dan pendek kata barang minta barang jadilah. Rumah urut tradisional pula semua di monopoli oleh perempuan Indonesia dan bukan sedikit malah ada rumah urut tradisional tersebut mempunyai puluhan cawangan seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau Pak Su Choh tahu dia pasti hairan sebab macamana orang-orang ini dapat permit atau dia orang sama dengan orang Patani yang dia kenal juga kah tapi sebenarnya sama jugalah sebab ini pun semua ‘orang haram’ dan mereka ini bukan kena sembunyi-sembunyi untuk buat kerja di Malaysia tapi mereka dah tutup mata dan telinga pegawai-pegawai berkenaan dengan habuan dan imbuhan dan lebih menarik lagi yang kadang-kadang tapi selalu dapat iaitu urut percuma atau rasa-rasa masam epal Cina….yang ini lagi Pak Su Choh tak faham!!

Pak Su Choh selalu beli permaidani Pakistan.

Setiap bulan kampong Pak Su Choh pasti akan di kunjungi oleh penjual permaidani dan macam-macam barang berbangsa Pakistan. Pak Su Choh tak ambil peduli sebab mereka ini semua tunggang motorsikal yang pastinya pada beliau mesti ada lesen memandu jika tidak mereka akan susah bila di tahan polis….tapi Pak Su Choh tak pernah tanya mereka macamana mereka boleh masuk ke Malaysia dan berniaga di sini…kalau beliau tanya pasti orang Pakistan tersebut dengan rasa bangga akan bawa keluar kad pengenalan mereka dan akan berkata,” kita dapat kad pengenalan di Sabah, Harris Salleh kasi”. Kalau begini jawab mereka kepada Pak Su Choh tentunya beliau akan kehairanan macamana orang Pakistan ini boleh jadi sahabat baik kepada Harris Salleh.

Hakikatnya Pak Su Choh tak pernah tahu yang semua ini adalah gejala rasuah dan bukan setakat orang Pakistan itu sahaja mempunyai kad pengenalan malah berpuluhan ribu ‘orang haram’ yang dahulunya haram kini dah pun mempunyai kad pengenalan Malaysia dan dia orang ini dapatkan kad pengenalan dari seluruh Pejabat Pendaftaran di Malaysia bukannya dapatkan di kedai kopi dan yang menyedihkan lagi ada orang-orang kuat UMNO sendiri yang bekerja keras membantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut dengan imbuhan yang lumayan.

Kad Pengenalan Pak Su Choh.

Kad pengenalan Pak Su Choh ini pun sama jugalah dengan warganegara yang lain Cuma yang Pak Su Choh tahu ialah berkunjung ke Pejabat Pendaftaran Negeri Kedah jika beliau ada masalah dengan kad pengenalan tapi beliau tak pernah tahu yang Jabatan Imigresen Dan Pendaftaran Negara jauh lebih besar dari Jabatan Pendaftaran yang sering beliau kunjungi. Beliau juga tidak tahu yang ramai ‘orang haram’ telah di halalkan melalui jabatan ini…semua ini cuma boleh dilakukan oleh orang-orang UMNO seperti beliau di samping bantuan pegawai-pegawai dalaman. Pak Su Choh tak tahu yang orang-orang UMNO seperti beliau yang selalu naik turun pejabat Pak Lah di Kementerian Dalam Negeri dah ramai yang kaya-raya di sebabkan oleh orang asing ini. Pak Su Choh pun selalu naik turun pejabat Pak Lah apatah lagi dengan adanya Dato’ Mahdzir Khalid yang juga nak murid beliau yang sekarang dah pun jadi orang besar di pejabat Pak Lah tapi Pak Su Choh naik turun sebab nak tolong orang-orang kampong yang nak minta masjid, nak minta jalan, nak minta lampu dan macam-macam lagi tapi beliau tak tahu ada ramai orang-orang UMNO yang macam beliau pula asyik naik turun pejabat Pak Lah dengan mengusung berdozen-dozen lapuran permohonan pekerja asing bagi pihak orang tertentu yang pastinya agen-agen pekerja asing sampaikan setengah-setengah permohonan tersebut majikannya pun tak pernah ujud apatah lagi premis kilang lagilah tak ujud namun masih di luluskan di sebabkan orang UMNO tadi. Ini baru orang UMNO belum lagi para sahabat pegawai-pegawai berkenaan di KDN. Kalau kita majikan memohon sendiri untuk mengambil pekerja asing maka kita terpaksalah menunggu berbulan-bulan dan kadang-kadang kena tolak sebab tak cukup dokumenlah, tak layaklah sebab tidak termasuk dalam kategori yang di benarkanlah, tidak mencukupi kuota ekspot dan macam-macam lagi….tapi kalau orang-orang tertentu yang hantar jangan kata tak cukup dokumen…kilang tak ujud pun akan lulus dan ambik masa dua tiga minggu sahaja.
Ini bukan cerita kosong kerana semasa Pak Lah meluluskan hampir 20,000 pekerja asing warga India dulu yang saya lihat sendiri kebanyakkannya semua di bawa oleh orang UMNO yang mengaku kenal rapat dengan Pak Lah dan sebahagian dari permohonan yang di luluskan tersebut kebanyakkan kilangnya dah tak ujud tapi pekerja asing India tersebut tetap masuk dan bekerja di mana-mana sahaja di Malaysia dan orang-orang UMNO ini dah mengaut berjuta-juta ringgit sebagai imbuhan manakala agen-agen Cina tentunya mengaut berpuluhan juta ringgit lagi.

Yang ini rasanya Pak Su Choh lagi tak tau dan kalau dia tahu sayalah orang pertama nak minta tolong beliau sebab kalau beliau yang tolong, saya tak perlu bayar apa-apa sebab beliau bukan orang yang macam tersebut sebab kalau dia tolong pun dia akan tolong ikhlas kerana ALLAH dan lagi pun takkan orang-orang di pejabat Pak Lah nak tolak beliau sebab beliau dah tua dan Tok Guru pula tu.

Anak Pak Su Choh berniaga di luar Negara.

Pak Su Choh boleh berbangga jugalah bila ada juga seorang anak beliau yang berjaya berniaga di luar negara, boleh jugalah sekali-sekala menumpang di kereta Mercedes buruk bila ada peluang itupun beliau tak pernah pandang cuma sedikit rasa bangga sajalah dan dengan doa semoga anak beliau akan berjaya dalam perniagaan. Tapi Pak Su Choh tak tahu juga negara yang anaknya berniaga tersebut adalah antara negara yang terburuk dalam indeks rasuah antarabangsa dan terletak di tangga 123 terburuk selepas Bangladesh dan Indonesia manakala Malaysia terletak di tangga ke 25 dan Singapura di tangga kedua terbaik di dunia.

Pada pandangan anak beliau biarpun negara ini adalah terburuk dari segi gejala rasuah tapi ia lebih baik sedikit dari Malaysia sebab di sini rasuah berlaku sebab pegawai mereka tak cukup makan apatah lagi nak beli kereta sebab gaji pegawai mereka di sini rata-rata cuma sekitar USD 5.00 hingga ke USD 10.00 sahaja sebulan iaitu kalau wang Malaysia ialah di sekitar RM 20.00 hingga RM 38.00 sebulan….! Mana nak cukup makan tapi di Malaysia pula pegawai-pegawainya mengamal rasuah bukan kerana tak cukup makan tapi kerana hendakkan kemewahan sebab kerajaan dah bagi cukup gaji dan bonus tahunan dengan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan macam-macam lagi pinjaman tapi masih tak cukup sebab satu kereta tak cukup nak tambah dua sebab suami kerja di lain tempat dan isteri di lain tempat pula manakala ada sebuah rumah juga tak cukup sebab sempit nak tambah rumah yang lebih besar lagi…..inilah bezanya rasuah di Malaysia.


Senda-gurau orang asing terhadap Malaysia.

Pak Su Choh tak tahu yang setiap kali anak beliau berkunjung ke luar negara setiap kali itulah anak beliau terpaksa memendam rasa bila mendengar senda gurau orang asing tersebut terhadap Malaysia yang tercinta. Kadang-kadang mereka dengan bangga akan berkata,”anak saya dah 3 tahun bekerja di Malaysia secara haram sekalipun tak kena tangkap, malah saya ada lebih kurang 20 orang dari keluarga saya semuanya bekerja di Malaysia dan semuanya secara haram, ini saya buka kedai kopi ini pun hasil gaji anak saya yang bekerja di Malaysia.”

Malah ada yang berani membuat senda gurau yang lebih tajam seperti di manakah Osama Ben Laden bersembunyi dan mereka akan menjawab sudah tentunya di Malaysia sebab cuma Malaysia sahaja yang boleh menjaminkan semua ‘orang haram’ dapat bergerak bebas tanpa di sentuh sesiapa yang pentingnya sediakan sedikit wang kopi sebagai imbuhan setiap bulan….itu sahaja.

Anak Pak Su Choh di Negara orang dan Orang di Negara Pak Su Choh.

Anak Pak Su Choh berniaga di negara orang…..pejam celik dah masuk  4 tahun dan satu-satunya bangsa melayu yang berniaga di situ dan jika ada bangsa melayu yang lain pun cumalah kakitangan Pejabat Kedutaan Malaysia, kakitangan Petronas, kakitangan Penerbangan Malaysia dan beberapa syarikat yang lain dan boleh di bilang dengan jari tanpa perlu meminjam jari orang lain dan jika ada orang melayu yang lain bukanlah di anggap tetap sebab mereka sentiasa keluar masuk untuk mengambil pekerja asing di negara tersebut tanpa mempunyai pejabat mereka sendiri tapi di kad perniagaan mereka semua ada alamat perniagaan di negara tersebut…..semuanya tipu dan mereka cuma datang sehari dua dan balik ke Malaysia. Tapi anak Pak Su Choh dah bertahun-tahun di situ dan telah mempunyai pejabat sendiri serta kakitangan sendiri.

Anak Pak Su Choh berniaga di sini tidaklah semudah bangsa tersebut bekerja di Malaysia baik haram ataupun halal sebab di sini semua orang asing sentiasa di ekori dan segala perbuatan, percakapan telefon semua di semak dan di rekod….email pun di tapis sebab kalau kita di Malaysia hantar email dalam waktu sesaat penerima dah boleh membaca email tersebut tapi di sini kalau hantar email ambil masa berjam-jam untuk di terima sebab semuanya di tapis dahulu. Berniaga di sini perlu berhati-hati dan perlu semuanya mendapat lesen serta kebenaran tapi itu semua tak menjadi halangan sebab memang telah menjadi dasar kita mematuhi arahan sebab dah di ajar oleh Pak Su Choh.

Tapi kalau ‘orang mereka’ yang bekerja di Malaysia semuanya samada haram atau halal pastinya akan melakukan keharaman, kalau tidak masuk secara haram mereka akan hantar pulang wang secara haram melalui agen-agen mereka yang penuh di Jalan Silang Kuala Lumpur malah ada yang telah buka restoran besar di Jalan Silang tersebut dan dah kaya-raya sebab anak Pak Su Choh selalu naik ekonomi kelas tapi mereka naik kelas pertama atau kelas perniagaan. Bukan setakat itu sahaja malah segala barang-barang haram dari negara mereka seperti samsu mereka, bir mereka, rokok mereka semua di jual di situ tanpa di usik oleh mana-mana agensi kerajaan Malaysia baik Bank Negara Malaysia atau Imigresen Malaysia, polis Malaysia maupun Jabatan Penguatkuasaan Negara Malaysia cuma baru-baru inilah kedengaran terdapat sebuat kapal mereka di tahan di perairan Pulau Pinang kerana membawa masuk rokok, bir  dan samsu …itu pun baru sekali namun pada hakikatnya perkara ini dah berakar umbi puluhan tahun yang dahulu dan di setiap hari pasti ada kapal mereka yang mengangkut segala barang haram dari negara mereka tersebut.

Yalah, betul juga kata orang-orang ini ….mereka terpaksa berbuat demikian kerana negara mereka terlalu teruk sehinggakan sistem bank antarabangsa pun tak ada macamana nak kirim wang secara halal….tapi ini semua kita sebagai rakyat Malaysia tidak peduli sebab kita di negara mereka semua ikut peraturan dan bila mereka di negara kita pun mestilah ikut peraturan juga. Tapi bila kita cakap macam ni mereka akan ketawakan kita sebab jika ikut peraturan pun mereka sama juga malah merugikan sedangkan kalau guna ‘money changer’ haram mereka lebih menguntungkan dan kalau masuk Malaysia pakai agen haram pun lebih banyak kos yang boleh di jimatkan dan yang lebih penting sebab di Malaysia ramai orang dan pegawai kerajaan yang berbesar hati nak menolong mereka tanpa perlu berbelanja besar. Masuk secara halal ‘LEVY’ imigresen nak kena bayar, bayaran agensi lagi, medical check-up lagi dan macam-macam lah.

Sebenarnya semua ini dapat dikurangkan biarpun tidak dapat di hapuskan keseluruhannya jika semua pihak bekerja-sama…..pertamanya pihak kerajaan mestilah serius dalam menangani semua penguat-kuasaan dan bukannya bermusim dengan ops itu ops ini sahaja, perasuah-perasuah haruslah di kenal-pasti dan di bersihkan dulu tanpa memperdulikan siapa mereka dan apa bulunya, majikan pula perlu di beri kelonggaran sepenuhnya untuk mendapatkan pekerja asing tanpa mengira apa sektor perniagaan mereka sebab di Malaysia bukan sektor pengekspotan sahaja kekurangan pekerja tapi semua sektor pun kurang pekerja hingga di kedai runcit sekalipun nak cari pembantu kedai buat masa sekarang puas bertanya ke sana-sini, laksanakan segala undang-undang dengan benar dan terbuka sebab hingga sekarang apabila kerajaan melaksanakan hukuman sebat ke atas ‘orang haram’ tapi berapa sahaja yang telah di sebat, turunkan kadar ‘LEVY’ imigresen supaya ramai yang mampu datang dan bayar tapi wang ini boleh di kutip melalui cara yang lain samada melalui percukaian atau apa juga dan macam-macam lagilah dan yang paling penting juga permudahkan segala proses agensi kerajaan sebab agensi kerajaan di ujudkan bukan untuk memberi kesusahan kepada rakyat tapi untuk membantu rakyat dan jika mereka sekadar ujud untuk membuat peraturan itu dan peraturan ini serta menyusahkan rakyat lebih baik agensi tersebut di hapuskan sahaja dari senarai badan kerajaan…..!


Banyak perkara yang Pak Su Choh akan tahu tentang globalnya rasuah kini.

Selepas dari penulisan ini di baca oleh Pak Su Choh, pasti beliau akan banyak mengetahui tentang globalnya rasuah di Malaysia dewasa ini dan muka gembiranya pasti akan sugul kembali mengenangkan anak Tok Guru sepertinya iaitu Pak Lah terpaksa berjuang habis-habisan untuk memerangi gejala ini.

Untuk pengetahuan Pak Su Choh, bukan mudah bagi Pak Lah mengatasi kemelut ini sebab di sekeliling beliau terlalu ramai perasuah yang bermacam-macam dan mereka sentiasa berlindung di sebalik pangkat dan darjat, di sebalik wajah UMNO mereka, di sebalik songkok dan serban juga…!

Ini semua di tulis baru berkisar kepada gejala rasuah di Malaysia yang saya kira tentunya Pak Su Choh akan mengelengkan kepala beliau dan akan kembali bertafakur serta berdoa…belum lagi berkisar kepada keadaan jenayah, senjata api, rogol, culik dan macam-macam lagi dan dah tak ubah macam keadaan samseng jalanan di Hong Kong dah. Semua ini cabaran Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima yang saya anggap sebagai Perdana menteri yang lebih bersikap pelengkap kepada segala yang telah di buat oleh Bapak-Bapak sebelum ini.

Apa yang saya harap dan mungkin Pak Su Choh juga selepas membaca penulisan ini ialah semoga penulisan ini akan sedikit-sebanyak dapat membantu Pak Lah dalam usaha melihat tentang berlakunya gejala rasuah di Malaysia dan beliau dapat memikirkan cara dan bagaimana menangani permasalahan ini serta mengambil tindakan yang drastik agar manusia-manusia keji ini dapat memahami jiwa pemimpin yang lahir di kalangan Tok Guru agama seperti Pak Su Choh.

MALAYSIA TANAHAIRKU TERCINTA


MALAYSIA TANAHAIRKU TERCINTA
TEMPAT ORANG ASING MENGUMPUL HARTA
TINGGALLAH BANGSAKU YANG ASYIK BEREBUT TAKHTA
AKHIRNYA MENANG SORAK NEGARA TERGADAI JUA

Pekerja asing di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia malahan terdapat ramai masyarakat Malaysia telah menjadikan pekerja asing sebagai isteri dan suami mereka walaupun akta pekerja asing tidak pernah membenarkan kejadian seperti itu berlaku. Hakikatnya tidak sehingga di situ sahaja malahan masyarakat Malaysia sudah tidak hirau dan menjadi ‘mangli’ dengan pekerja asing dan beranggapan pekerja asing sudah menjadi satu kelompok masyarakat yang di gauli tanpa perbezaan bangsa lagi. Begitulah indahnya masyarakat Malaysia terutamanya bangsa melayu yang di kenali penuh dengan sifat kemanusiaan dan berbudi bahasa tersebut.

Manakala dari sudut pembangunan negara pula pekerja asing telah di lihat sebagai satu aset penting kepada majikan-majikan di semua sektor pembangunan seperti sektor industri dan perkilangan, sektor perkhidmatan dan restoran dan tidak ketinggalan sektor perladangan dan pembinaan.

Dari segi sejarah, pekerja asing ini pada hakikatnya adalah satu senario yang telah ratusan tahun bertapak di Malaysia iaitu semasa zaman Yap Ah Loy di bawa masuk oleh British sehinggalah penoreh-penoreh getah India selepas itu. Namun kebanyakannya dan kemungkinan semua pekerja-pekerja asing di zaman itu kini telahpun menjadi warganegara Malaysia dan ramai juga telah mempunyai kedudukan yang tinggi, setinggi menteri di Malaysia.


Sejarah

Seperti di awal lapuran ini tadi  kita telah perkatakan tentang kedatangan Yap Ah Loy dan penoreh getah India yang di bawa masuk oleh British semasa zaman penjajahan, kesannya telah menjadi satu sentimen di Malaysia selama-lamanya malahan jika kita perkatakan secara lantang mungkin ada di antara kita yang akan ‘di sumbat ke dalam ’’ kerana membangkitkan keresahan rakyat..!

Hakikat di sebalik fenomena ini memang ada kebenarannya kerana Malaysia yang di pertuankan oleh orang melayu dahulu, sekarang telah di diami oleh berbilang bangsa yang mana telah meninggalkan banyak kesan samada dari segi sejarah, bangsa, politik malahan kenegaraan sehinggakan kita terpaksa mencari usaha untuk menyatu-padukan rakyat dengan harapan untuk menstabilkan negara…di sini ternyata agenda penjajah telah mencapai matlamatnya dan kita perlu akui bahawa penjajah memang amat peka dan mempunyai pandangan yang amat jauh malahan kejauhannya tidak dapat di jangkau oleh negara yang mereka jajahi. Sebenarnya konsep ‘integrasi penjajah’ adalah lebih bersikap mengecilkan kelompok pertuanan kerana mereka mahukan kekuasaan pertuanan di kecilkan dengan kemasukan pendatang dan sampai bila-bila penjajah boleh terus berkuasa kembali demi untuk kemanusiaan sejagat…!

Kesinambungan dari lakaran di atas adalah satu fenomena yang kini berlanjutan dengan edisi baru pengambilan pekerja asing di Malaysia walaupun edisi ini bukanlah terbitan dan olahan penjajah tapi adalah sketsa yang di mainkan oleh negara kita sendiri dek kekurangan tenaga

kerja tempatan dalam mengejar arus pembangunan negara yang amat kehausan kerana kita adalah negara yang mempunyai ‘date line’ pembangunan yang perlu di capai. Sketsa pekerja asing di Malaysia kini cuma berlainan dengan zaman penjajah dari segi sistem pengambilan dan warga pekerja tersebut namun hakikatnya tetap sama iaitu pekerja asing.

Kalau dulu zaman penjajah kita masih belum merdeka dan kita tidak mempunyai sistem perundangan dan akta bagi mengendalikan pekerja asing tapi sekarang di zaman merdeka kita telah mempunyai sistem perundangan dan akta pekerja asing yang perlu di patuhi oleh pihak-pihak yang memerlukan pekerja asing tersebut dan pekerja asing itu sendiri juga tertakluk kepada perundangan dan akta tersebut dan sistem itu sendiri sebenarnya sering berubah-rubah sehingga majikan, pekerja asing dan rakyat sendiri menjadi keruan..! Lagi yang membezakan antara pekerja asing dulu dan sekarang cumalah dulu pekerja asing hanya dari China, India, Indonesia dan jumlah yang kecil dari Thailand dan zaman itu juga jumlah pekerja asing yang di bawa hanyalah dalam kelompok yang kecil dan mengambil masa ratusan tahun dan mungkin berkurun untuk beranak-pinak menjadi kelompok yang besar seperti hari ini tetapi pekerja asing zaman ini di bawa masuk dalam kelompok yang besar sehinggakan dalam tempoh jangkamasa setahun ianya telah menjadi kelompok masyarakat yang sangat besar dan mencecah jutaan orang dan yang lebih meriah ialah warga asing tersebut datang dari berbagai negara yang meliputi hampir 17 negara…!

Pekerja asing kini.

Di awal tahun 80 an semasa Malaysia melangkah ke zaman perindustrian, kita telah di perkenalkan dengan warga asing Bangladesh yang telah banyak meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana pengaruh cerita-cerita Hindustan di kalangan masyarakat dan warga asing ini telah menjajah ekonomi negara selama puluhan tahun dan diikut serta dengan warga asing Pakistan, India, Indonesia, Filipina dan kemudian setelah warga asing Bangladesh di hentikan kita telah di hidangkan pula dengan warga asing Myanmar, Kemboja, Vietnam, Nepal, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan, Tukmenistan, Laos dan kemudian kembali membawa warga asing China, India dan Pakistan yang terbaharu walaupun hakikatnya warga Pakistan ini juga adalah antara yang terawal masuk terutama dari Sabah semasa zaman Harris Salleh dahulu…!

Perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia sehingga kini menunjukkan bahawa jumlah pekerja asing yang di daftarkan secara sah masuk bekerja di Malaysia telah mencecah ke angka 1.5 juta orang dengan jumlah terbesar masih di monopoli oleh warga Indonesia dan di ikuti oleh warga Nepal, Myanmar, Vietnam dan lain-lain manakala jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) pula menurut Jabatan Imigresen bukanlah di taraf yang membimbangkan walaupun bila Kementerian Dalam Negeri mengumumkan program pengampunan telah merekodkan ratusan ribu pekerja asing tanpa izin dengan sukarela telah pulang dan telah menjangkakan hampir 700,000 yang sepatutnya pulang tetapi hanya sebilangan kecil telah berbuat demikian…!

Pekerja asing di izin, pendatang asing tanpa izin dan pekerja asing di izin yang lari tanpa izin.

Parlimen semalam (sessi parlimen 2005, 15hb. Nov) telah di war-warkan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, seramai hampir 11,000 pekerja asing di izin telah lari tanpa izin dari majikan dan hampir 12,400 pembantu rumah juga telah lari tanpa izin dari majikan mereka tahun ini dan jika kita mengambil-kira ini sebagai ‘ rekod larian tahunan ‘ pekerja-pekerja asing di izin dan kita sudah berada 20 tahun dalam bidang pengimpotan pekerja asing, jumlah ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai seramai hampir 400,000 pekerja asing yang di izin dan melarikan diri dan rekod menunjukkan bahawa jumlah mereka yang melarikan diri ini adalah terdiri dari golongan wanita melebihi golongan lelaki…! Pokoknya..kemanakah mereka melarikan diri? Adakah mereka kembali ke tanah-air mereka? Atau apakah mereka di mana-mana di Malaysia yang pemurah ini?

Jumlah di atas masih belum kita ambil-kira pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah menjadikan Malaysia sebagai tempat mereka mengadu-domba untuk mencari rezeki yang kita anggarkan melebihi dari 1 juta orang.,..! Jika kita melihat angka-angka ini samada betul atau salah dan jika kita campurkan semua pendatang asing ini samada izin atau tak izin, mereka telah melebihi 2 juta orang dan merangkumi 10 peratus penduduk Malaysia dengan rationya adalah 100 warganegara Malaysia : 1 warga asing dan jika kita bahagikan dalam bentuk bangsa asing dan bangsa melayu sudah tentu rationya adalah 1 bangsa melayu : 1 bangsa asing…! Dan jika kita melihat nisbah ini secara yang lebih mendalam di mana jika di campur dengan warga asing yang setiap hari di tolong oleh orang UMNO mendapat taraf warganegara dan penduduk tetap mungkin ratio orang melayu akan ketinggalan berbanding mereka….! Sudah keterlaluan mungkin penyataan saya…tapi saya tidak perlu bimbang kerana ini adalah ‘ peringatan’ kepada kenyataan yang mungkin berlaku jika saya betul dengan nisbah tersebut…!

Angka ini masih belum di kira tepat kerana kita tidak mengambil tradisi orang lelaki India Malaysia yang berkahwin dengan wanita India dari Negara India kerana setiap 1 lelaki India yang berkahwin wanita India dari India secara tidak langsung meningkatkan jumlah orang India di mana jika setahun terdapat 10,000 orang India meneruskan tradisi ini ianya bermaksud secara tidak langsung seramai 10,000 warga India telah di bawa masuk dan mempunyai taraf pemastatutin tetap..! Peningkan jika kita menjadi pemikir dan memikirkan tentang hal ini tetapi kita memang memerlukan seseorang yang hanya setiap hari dan jam duduk memikirkan perkara ini kerana kita cintakan negara ini.



Rasional kenapa,mengapa dan di mana pekerja asing di izin lari tanpa izin dan pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Kenapa?

Jika kita sering berada di negara-negara sumber samada di Nepal, Myanmar atau di Indonesia dan bercampur dengan masyarakat bawahan negara tersebut yang berpotensi menjadi pekerja asing di Malaysia kita akan boleh mendengar dan mendapat maklumat tentang kenapa pekerja asing gemar datang ke Malaysia dan gemar juga melarikan diri bila mereka sampai bekerja di Malaysia.

Jawapannya ialah mudah iaitu semasa mereka berkeliaran di negara mereka dan melihat potensi keluar bekerja di negara-negara luar mereka akan bergaul dengan ramai orang yang mempunyai terlalu banyak pengalaman bekerja di luar negara samada secara halal atau haram di sesuatu negara tersebut. Mereka ini beranggapan bahawa rakan mereka yang telah mempunyai pengalaman bekerja di luar sebagai ‘ rakan penasihat ‘ yang utama berbanding dengan akta pekerjaan asing yang bakal mereka lalui dan patuhi. Mereka lebih mempercayai nasihat rakan mereka daripada nasihat agen-agen pekerjaan asing kerana rakan mereka adalah rakan sebangsa dan sebahasa yang memberi segala tunjuk-ajar samada dari segi pekerjaan dan segenap selok-belok perkara yang melibatkan untuk selamat ketika melarikan diri semasa bekerja dengan majikan asal.

Kebanyakan pekerja asing yang datang ke Malaysia sememangnya mereka telah mempunyai banyak hubungan dengan pekerja asing senegera dengan mereka yang telah sedia berada di Malaysia samada haram atau halal malahan mereka sentiasa mempunyai tempat berkumpul di Malaysia yang membolehkan mereka berbincang dan mengumpul maklumat malahan membuat persediaan untuk melarikan diri dengan teratur dan yang paling penting ialah mereka sentiasa faham bahawa di Malaysia terlalu mudah untuk mereka melarikan diri dengan selamat dan mempunyai jalan keluar yang cukup mudah bila dalam keadaan terdesak..!


Mengapa?

Jika kita membicarakan soal mengapa mungkin ianya terlalu banyak perlu di perkatakan tetapi kita boleh merumuskan bahawa sebagai pekerja am di sesuatu industri, mereka bukanlah jenis manusia yang mempunyai pendidikan yang sempurna biarpun mereka mempunyai ijazah kerana budaya kerja pekerja am adalah amat berbeza antara negara mereka dan Malaysia. Di Negara mereka, mereka amat payah mendapat sesuatu pekerjaan manakala di negara kita mereka berhadapan dengan banyak peluang pekerjaan. Bertolak dari sini dan sementelah pula dengan taraf pemikiran dan pemahaman kepada sistem perundangan yang sangat cetek menjadikan mereka bertindak sedemikian.

Kecenderungan mereka melarikan diri memanglah amat besar dalam diri pekerja-pekerja asing di Malaysia malahan kita boleh meletakkan bahawa setiap pekerja asing mempunyai kecenderungan ini tetapi ia hanya bergantung kepada sebab untuk mereka berbuat sedemikian. Jika kita mendengar bahawa mereka melarikan diri kerana masalah gaji dengan majikan, di tipu oleh agen-agen pekerjaan asing, pekerjaan yang tidak sesuai atau sebagainya, itu adalah kebiasaan kerana semua pekerja asing yang melarikan diri tidak pernah mengakui kesalahan mereka sendiri dan semata-mata meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak lain…! Hakikatnya kecenderungan melarikan diri adalah besar dalam diri mereka dan mereka tidak pernah peduli dan hirau tentang apa juga peraturan yang di kenakan terhadap mereka kerana pada mereka peraturan tersebut hanyalah peraturan di kertas yang mereka tanda-tangani tetapi terlalu banyak kawan-kawan mereka di luar yang tidak mempunyai permit sah dengan nisbah 1:1 tanpa risau tentang tindakan yang akan di ambil terhadap mereka.

Di Malaysia sendiri terdapat ramai ‘ ulat-ulat’ dan ’tonto’ dari negara mereka sendiri yang berkeliaran dengan matlamat memberi pertolongan kepada mereka yang ingin melarikan diri dan ulat serta tonto ini mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memberi mereka segala kemudahan seperti yang di janjikan semasa meyakinkan mereka untuk melarikan diri.

Kecenderungan ramai majikan yang sentiasa mengambil jalan mudah dengan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah juga menjadikan faktor penggalakkan yang besar kepada perkara ini. Sebenarnya majikan ini sentiasa juga mempunyai banyak alasan  untuk berbuat demikian dengan menuding jari kepada Kementerian Dalam Negeri adalah yang paling utama yang mana kita juga tidak dapat menafikannya kerana bila ‘kita menyulitkan sesuatu hal dengan kerenah birokrasi maka pasti ada pihak terdesak yang perlu perbodohkan oleh sesuatu pihak dengan sesuatu cara bagi mereka menghilangkan kesesakan tersebut’ .

Masih terlalu banyak sebab mengapa pekerja asing ini mempunyai kecenderungan untuk melarikan diri dari majikan mereka, walau bagaimanapun kecenderungan dalam diri pekerja asing itu sendiri adalah penyebab terbesar dan jika mereka mempunyai sikap bertanggung-jawab terhadap Negara yang mereka bekerja pasti masalah ini dapat di kurangkan biarpun tidak dapat di hakis sama-sekali.

Di mana?

Di mana mereka ini selepas melarikan diri? Mungkin ada yang menyusup keluar dan kembali ke negara mereka tetapi jumlahnya adalah terlalu kecil kerana jika mereka kembali sekalipun ‘jerangkap maut’ sedang menanti mereka di tanah air mereka sendiri sebab ada banyak hutang yang perlu di langsaikan kepada  ‘ along’ yang mereka pinjam untuk pembiayaan mereka datang ke Malaysia dan perkara ini adalah mustahil bagi mereka untuk mereka hadapi. Jalan yang terbaik ialah mereka akan terus berada di Malaysia sehingga mereka di tangkap tak kira berapa lama dan jika mereka  berjaya tingal lama  sebelum ditangkap mereka akan berjaya melangsaikan segala hutang piutang mereka dan jika mereka tidak di tangkap, mereka akan terus berada di Malaysia sehingga mereka fikir mereka ingin pulang ke tanah air mereka dan menanti saat yang sesuai bila kerajaan mengadakan program pengampunan lagi atau jika terlalu jemu mereka akan menyusup keluar melalui sempadan atau apa juga cara yang bagi mereka adalah mudah kerana terdapat perkhidmatan seperti itu yang di sediakan oleh orang-orang Malaysia yang tidak bertanggung-jawab kepada negara…!

Pekerja asing yang melarikan diri ini kebanyakanya mempunyai ‘kaki’ yang sentiasa menanti mereka untuk di bawa pergi ke tempat baru dan majikan baru yang juga menanti untuk mengambil kesempatan di atas kejadian ini yang mana majikan ini pasti akan dapat menjimatkan banyak kos tentang pengambilan pekerja asing jika mereka perlu mengikut peraturan yang sebenar.

Jika kita memikirkan tentang di mana pekerja-pekerja asing ini berada setelah mereka melarikan diri sebenarnya bukanlah satu perkara mustahil untuk menjejaki mereka tetapi menjejaki bukan bermakna satu jalan penyelesaian yang tepat kerana kita membicarakan tentang ratusan ribu pekerja asing yang melarikan diri di Malaysia. Mereka ini berada di mana-mana dalam Malaysia di Kuala Lumpur, Klang, Alor Setar, Pulau Pinang malahan mereka berada di segenap pelusuk tanah air dan mendiami samada di bandar, luar bandar malahan di hutan-hutan. Mereka ini sentiasa selamat kerana mereka adalah pekerja asing yang di izin dan melarikan diri bekerja dengan majikan yang lain dari sepatutnya kerana di luar sana terdapat ratusan ribu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkeliaran tanpa satu dokumen pun dan mendiami negara ini dengan selamat…apatah lagi mereka yang mempunyai dokumen tetapi cuma tidak sah.

         KESAN-KESAN HASIL DARI PEKERJA ASING TANPA PERMIT
SAH DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DI MALAYSIA.

Sosial.

Kesan dari segi sosial merupakan kesan yang paling besar mempengaruhi rakyat Malaysia kerana dalam keadaan tertekan pekerja-pekera asing tanpa permit sah dan PATI ini sentiasa cuba sedaya upaya memenangi hati masyarakat Malaysia dengan pelbagai kerenah dan tipu-daya dengan tujuan untuk bertahan tinggal di negara ini. Modus operandi mereka adalah hampir serupa di mana-mana iaitu dengan memenangi hati masyarakat terutama masyarakat melayu  yang akan akan lebih menjaminkan dan mengurangkan tekanan mereka apatah lagi jika mereka berjaya mengahwini gadis-gadis melayu..! Hal ini banyak berlaku di zaman pekerja asing Bangladesh dahulu di mana ‘Shah Rukh Khan’ ini merupakan bilangan yang paling ramai mengahwini gadis-gadis melayu dengan modus operandi mereka memenangi hati masyarakat dengan sifat alim,berkelakuan baik dan berbagai lagi sehinggakan gadis-gadis terutama di pendalaman dapat di pikat mereka. Kejayaan mereka ini meninggalkan kesan yang sangat besar dalam masyarakat kerana negara menjadi sensitif dengan isu-isu mereka yang terlibat dengan masyarakat melayu.

Tidak setakat di situ, masalah sosial yang timbul juga adalah dengan kemunculan banyak anak-anak yang di ragui taraf mereka kerana banyak antara pekerja-pekerja ini yang melarikan diri dan tinggal bersekedudukan dengan pelarian yang lain terutama gadis-gadis Indonesia yang menurut mereka telah di kahwinkan melalui ‘wali-wali hakim’ yang sentiasa menanti. Kes-kes seperti ini bukanlah satu perkara yang kecil kerana terdapat ribuan pekerja-pekerja asing ini terutama dari Bangladesh yang masih bersembunyi di merata-rata berbuat sedemikian dengan gadis-gadis PATI Indonesia. Ini dapat di lihat dengan jelas di mana-mana di Malaysia. Fenomena seperti ini adalah bebanan yang sangat besar kepada negara kelak kerana anak-anak yang membesar dengan persekitaran yang tidak sihat ini membawa seribu makna buruk kepada negara dan akan menjadi lebih parah kerana nilai minda yang negatif di kalangan mereka akan menimbulkan masalah yang sangat besar kelak sehingga kepada anasir-anasir subversif yang dahsyat boleh berlaku, seperti anasir pengganasan dan lain-lain lagi di suatu masa kelak kerana identiti mereka itu sendiri yang tidak dapat di kenali oleh masyarakat dan negara. Ya atau tidak perkara ini hanyalah masa yang akan menentukan kerana anak-anak ini akan membesar dengan penuh tekanan dan desakan walhal mereka percaya bahawa mereka di lahirkan di sini dan tinggal di sini...mereka memerlukan pembelaan..menurut mereka…!

Masih terdapat banyak lagi kesan-kesan sosial yang serius yang berlaku dan akan berlaku di masa ini dan masa akan datang berikutan pekerja asing tidak sah dan PATI ini. Apa pun mereka tetap akan berada di Malaysia kerana mereka di kategorikan sebagai pekerja asing tidak sah dan PATI yang tegar dan pastinya mereka akan menggunakan 1001 cara bagi terus kekal di sini dan kita harus bijak menanganinya dengan kaedah yang terbaik demi untuk negara..!

Ekonomi.

Dari sudut ekonomi jika di pandang dari satu sudut memang mereka adalah antara elemen pembangunan yang tidak dapat di nafikan kerana mereka mengerah keringat mereka untuk turut serta menjayakan pembangunan negara biarpun mereka adalah orang-orang haram di sini namun hakikatnya mereka telah mencuri keluar ratusan juta ringgit setahun hasil dari mereka perolehi dengan menghantar balik ke negara mereka melalui saluran-saluran yang tidak betul dan tidak dapat di kesan oleh negara. Jika kita andaikan mereka  berjumlah seramai 1 juta orang dan mereka mampu menghantar balik wang ke negara mereka secara haram sebanyak RM 300 sebulan , ini bermaksud negara telah kehilangan sebanyak RM 300 juta sebulan dan jika setahun bermaksud sebanyak RM 3.6 billion wang negara di salur keluar secara haram. Ini tidak termasuk dengan jumlah ‘Levy’ yang sepatutnya di kutip oleh kerajaan terhadap majikan yang menggunakan khidmat pekerja asing yang kita andaikan secara purata sebanyak RM 1,500 seorang dan jika terdapat 1 juta pekerja tersebut yang mengelak dari membayar levy bermakna kerajaan kehilangan kira-kira RM 1.5 billion setahun dan kehilangan pendapatan kerajaan hasil dari kutipan levy ini adalah jauh lebih besar dari keuntungan sebelum cukai yang di buat oleh bank-bank tempatan seperti ‘Maybank’ yang mampu hanya memperolehi keuntungan sekitar 700 juta setahun dan sudah tentu wang sebanyak ini adalah mempunyai erti yang sangat besar dalam usaha kerajaan membangunkan negara secara mapan.

Jika kita membicarakan soal kesan terhadap ekonomi secara mendalam dengan mengkaji tentang tabiat, pemakanan, sosial dan lain-lain aktiviti berkenaan orang-orang haram ini maka kita akan terdedah kepada banyak aktiviti ekonomi mereka yang melibatkan berbillion ringgit setahun kerana mereka terus-terusan memberi sokongan kepada barangan yang di bawa dari negara mereka sendiri secara seludupan seperti ubat-ubatan tradisional, arak dan samsu, rokok, barangan sembahyang dan tokong, tape dan vcd, makanan-makanan segera tradisional dan lain-lain lagi yang tidak dapat di gariskan secara terperinci di sini dan kebanyakan barangan ini adalah barangan seludupan yang di bawa masuk melalui berbagai cara dengan pertukaran wang yang tidak di rekodkan oleh negara apatah lagi tentang duti kastam dan lain-lain malahan kehadiran mereka telah mempertingkatkan kegiatan rasuah di banyak pintu masuk negara seperti pelabuhan dan sempadan yang menyaksikan juga cukai yang di larikan juga meliputi ratusan juta ringgit..! Ini tidak termasuk dengan jumlah dagangan paspot palsu yang di jual sekitar RM 1,500 hingga RM 3,000 sekeping berpandukan kepada sesebuah negara dan jarak masa sesuatu permit sah di paspot tersebut yang di miliki oleh orang lain samada di curi atau hilang malah banyak kedutaan-kedutaan asing mereka ini turut bersubahat dalam memperdagangkan paspot tersebut.

Sebenarnya segala aktiviti orang-orang haram ini yang meliputi perjalanan sistem ekonomi di negara ini telah melibatkan negara kerugian berbillion ringgit setahun.

Hubungan Antarabangsa.

Ini antara kesan yang sangat sensitif ujud di sebabkan pekerja-pekerja haram di Malaysia kerana telah terlalu kerap negara kita terlibat dengan kancah perang dingin dengan negara Indonesia walaupun rakyatnya yang ternyata melakukan kesalahan di negara kita. Ini belum lagi timbul masalah dengan orang-orang haram yang lain seperti Myanmar, India, Pakistan dan lain-lain walaupun satu ketika kita di kejutkan dengan masalah orang haram India yang di tangkap oleh imigresen sehinggakan kerajaan kita terpaksa meminta maaf dari negara India.

Jika kita berada di negara-negara sumber dan melihat akhbar-akhbar harian mereka di sana seperti di Myanmar, Nepal dan India kita akan sering terlihat tentang akhbar-akhbar mereka yang saban hari memberikan gambaran buruk tentang sistem pengambilan pekerja asing di negara kita ini. Antara yang menjadi isu ialah tentang gaji yang kecil, pekerja menjadi seperti hamba abdi, penderaan, persekitaran yang buruk dan layanan kerajaan yang buruk terhadap orang haram yang di tangkap..! Semua ini menjadi agenda politik yang di perdebatkan di negara-negara sumber tersebut. Contohnya negara Myanmar di mana 100 peratus meletakkan semua kesalahan kepada negara kita dan sentiasa membenarkan rakyatnya dalam segala hal walaupun pada hakikatnya rakyat mereka yang bersalah. Mungkin kesalahan Malaysia ialah menjadikan negara-negara terlalu miskin ini sebagai negara sumber di mana Negara mereka penuh dengan rasuah dan ketinggalan dalam banyak perkara terutama dari segi pembinaan minda dan persediaan menerima globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Banyak perkara yang perlu mereka lalui dan pelajari dalam menjadi Negara pembekal tenaga manusia yang berkualiti.

Dalam kontek ini walaupun negara kita mengambil banyak langkah seperti kursus induksi di negara sumber yang di perkenalkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) namun ianya bukanlah satu jalan mudah untuk mencapai hasrat kerajaan tersebut kerana negara-negara sumber ini penuh dengan rasuah dan agensi-agensi Malaysia yang di lantik pulak banyak yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata dari kepentingan negara di mana agensi Malaysia cuba merasuah negara sumber untuk memastikan mereka di pilih sebagai agensi di negara tersebut manakala agensi yang lebih telus dan amanah pasti akan terpinggir. Semua ini akhirnya menjadikan sekali lagi Malaysia menerima lambakan pekerja asing yang mempunyai sijil-sijil induksi palsu dan tidak tepat sekaligus masalah orang haram ini tidak dapat di selesaikan malahan tindakan selanjutnya oleh kerajaan Malaysia akan mengeruhkan lagi suasana hubungan antarabangsa tersebut.

Kenegaraan.

Kalau kita mengambil hal-hal kenegaraan sebagai perkara yang perlu di perbincangkan maka ianya tidak akan habis kerana kita terpaksa menoleh ke belakang selama 20 tahun dan seterusnya membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan datang di masa hadapan selagi mana kita memerlukan khidmat pekerja asing di Negara kita ini.

Terlalu banyak perkara yang perlu kita lihat dari aspek kenegaraan kerana ianya meliputi satu perkara yang sangat luas. Kalau dulu kita mencari jalan untuk membangkitkan kembali imej keMalaysiaan dalam Negara kita yang menjadikan Kuala Lumpur seperti sebuah bandaraya terasing sekarang kita berdepan pula dengan imej-imej yang lain yang kita sendiri tidak dapat memastikan di mana kita berada dan jenis bangsa di sini. Dari sini saja kita dapat melihat tentang kesan terhadap aspek kenegaraan belum lagi diambil-kira perkara-perkara yang lain.

Di United Arab Emirates (UAE) terdapat kira-kira 2 juta pekerja asing di mana yang paling besar adalah dari India, Bangladesh,Pakistan,Filipina, Indonesia dan tidak kurang dari Asia Barat seperti Syria,Lubnan dan lain-lain namun bila kita berkunjung ke sana di mana-mana jua samada di Dubai, Abu Dhabi, Sharjah dan lain-lain kita masih perasan bahawa kita masih berada di bumi Arab UAE kerana imej yang di bina adalah imej Arab UAE walaupun rakyatnya sendiri amat kecil dan berkecimpung di dalam perniagaan. Seluruh papantanda perniagaan, bangunan-bangunan, hotel dan lain-lain adalah dalam imej Arab UAE.

Inilah pokok perkara di dalam aspek kenegaraan secara umum yang telah memberi banyak pengertian kepada rakyat dan orang-orang luar..!Jika kita hendak mengambil kira tentang kesan ini secara mendalam maka kita terpaksa mengambil-kira kesan terhadap budaya yang di impot masuk oleh pekerja-pekerja asing ini seperti budaya rasuah,penyakit-penyakit kronik yang menular masuk bersama mereka,fahaman dan ideologi politik yang di anuti mereka yang juga di bawa masuk bersama dan yang paling menakutkan ialah agama yang mereka anuti yang turut mereka bawa dan sebarkan di celah masyarakat Malaysia hari ini.

Bukan setakat itu saja kesempatan yang ada juga menjadikan negara ini sebagai tempat untuk ramai penjenayah yang menukarkan identiti mereka sebagai pekerja asing melarikan diri dari negara mereka ke negara ini dan seterusnya membawa sekali sikap dan budaya jenayah mereka ke negara kita. Kesan ini menjadi rumit kerana ramai pekerja-pekerja asing ini akhirnya menjadi tidak sah selepas melarikan diri apatah lagi jika mereka sememangnya orang-orang haram (PATI) yang langsung Negara kita tidak mempunyai rekod tentang mereka apatah lagi untuk memantau pergerakan mereka di Malaysia.