Saturday, December 25, 2010

MALAYSIA TANAHAIRKU TERCINTA


MALAYSIA TANAHAIRKU TERCINTA
TEMPAT ORANG ASING MENGUMPUL HARTA
TINGGALLAH BANGSAKU YANG ASYIK BEREBUT TAKHTA
AKHIRNYA MENANG SORAK NEGARA TERGADAI JUA

Pekerja asing di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia malahan terdapat ramai masyarakat Malaysia telah menjadikan pekerja asing sebagai isteri dan suami mereka walaupun akta pekerja asing tidak pernah membenarkan kejadian seperti itu berlaku. Hakikatnya tidak sehingga di situ sahaja malahan masyarakat Malaysia sudah tidak hirau dan menjadi ‘mangli’ dengan pekerja asing dan beranggapan pekerja asing sudah menjadi satu kelompok masyarakat yang di gauli tanpa perbezaan bangsa lagi. Begitulah indahnya masyarakat Malaysia terutamanya bangsa melayu yang di kenali penuh dengan sifat kemanusiaan dan berbudi bahasa tersebut.

Manakala dari sudut pembangunan negara pula pekerja asing telah di lihat sebagai satu aset penting kepada majikan-majikan di semua sektor pembangunan seperti sektor industri dan perkilangan, sektor perkhidmatan dan restoran dan tidak ketinggalan sektor perladangan dan pembinaan.

Dari segi sejarah, pekerja asing ini pada hakikatnya adalah satu senario yang telah ratusan tahun bertapak di Malaysia iaitu semasa zaman Yap Ah Loy di bawa masuk oleh British sehinggalah penoreh-penoreh getah India selepas itu. Namun kebanyakannya dan kemungkinan semua pekerja-pekerja asing di zaman itu kini telahpun menjadi warganegara Malaysia dan ramai juga telah mempunyai kedudukan yang tinggi, setinggi menteri di Malaysia.


Sejarah

Seperti di awal lapuran ini tadi  kita telah perkatakan tentang kedatangan Yap Ah Loy dan penoreh getah India yang di bawa masuk oleh British semasa zaman penjajahan, kesannya telah menjadi satu sentimen di Malaysia selama-lamanya malahan jika kita perkatakan secara lantang mungkin ada di antara kita yang akan ‘di sumbat ke dalam ’’ kerana membangkitkan keresahan rakyat..!

Hakikat di sebalik fenomena ini memang ada kebenarannya kerana Malaysia yang di pertuankan oleh orang melayu dahulu, sekarang telah di diami oleh berbilang bangsa yang mana telah meninggalkan banyak kesan samada dari segi sejarah, bangsa, politik malahan kenegaraan sehinggakan kita terpaksa mencari usaha untuk menyatu-padukan rakyat dengan harapan untuk menstabilkan negara…di sini ternyata agenda penjajah telah mencapai matlamatnya dan kita perlu akui bahawa penjajah memang amat peka dan mempunyai pandangan yang amat jauh malahan kejauhannya tidak dapat di jangkau oleh negara yang mereka jajahi. Sebenarnya konsep ‘integrasi penjajah’ adalah lebih bersikap mengecilkan kelompok pertuanan kerana mereka mahukan kekuasaan pertuanan di kecilkan dengan kemasukan pendatang dan sampai bila-bila penjajah boleh terus berkuasa kembali demi untuk kemanusiaan sejagat…!

Kesinambungan dari lakaran di atas adalah satu fenomena yang kini berlanjutan dengan edisi baru pengambilan pekerja asing di Malaysia walaupun edisi ini bukanlah terbitan dan olahan penjajah tapi adalah sketsa yang di mainkan oleh negara kita sendiri dek kekurangan tenaga

kerja tempatan dalam mengejar arus pembangunan negara yang amat kehausan kerana kita adalah negara yang mempunyai ‘date line’ pembangunan yang perlu di capai. Sketsa pekerja asing di Malaysia kini cuma berlainan dengan zaman penjajah dari segi sistem pengambilan dan warga pekerja tersebut namun hakikatnya tetap sama iaitu pekerja asing.

Kalau dulu zaman penjajah kita masih belum merdeka dan kita tidak mempunyai sistem perundangan dan akta bagi mengendalikan pekerja asing tapi sekarang di zaman merdeka kita telah mempunyai sistem perundangan dan akta pekerja asing yang perlu di patuhi oleh pihak-pihak yang memerlukan pekerja asing tersebut dan pekerja asing itu sendiri juga tertakluk kepada perundangan dan akta tersebut dan sistem itu sendiri sebenarnya sering berubah-rubah sehingga majikan, pekerja asing dan rakyat sendiri menjadi keruan..! Lagi yang membezakan antara pekerja asing dulu dan sekarang cumalah dulu pekerja asing hanya dari China, India, Indonesia dan jumlah yang kecil dari Thailand dan zaman itu juga jumlah pekerja asing yang di bawa hanyalah dalam kelompok yang kecil dan mengambil masa ratusan tahun dan mungkin berkurun untuk beranak-pinak menjadi kelompok yang besar seperti hari ini tetapi pekerja asing zaman ini di bawa masuk dalam kelompok yang besar sehinggakan dalam tempoh jangkamasa setahun ianya telah menjadi kelompok masyarakat yang sangat besar dan mencecah jutaan orang dan yang lebih meriah ialah warga asing tersebut datang dari berbagai negara yang meliputi hampir 17 negara…!

Pekerja asing kini.

Di awal tahun 80 an semasa Malaysia melangkah ke zaman perindustrian, kita telah di perkenalkan dengan warga asing Bangladesh yang telah banyak meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana pengaruh cerita-cerita Hindustan di kalangan masyarakat dan warga asing ini telah menjajah ekonomi negara selama puluhan tahun dan diikut serta dengan warga asing Pakistan, India, Indonesia, Filipina dan kemudian setelah warga asing Bangladesh di hentikan kita telah di hidangkan pula dengan warga asing Myanmar, Kemboja, Vietnam, Nepal, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan, Tukmenistan, Laos dan kemudian kembali membawa warga asing China, India dan Pakistan yang terbaharu walaupun hakikatnya warga Pakistan ini juga adalah antara yang terawal masuk terutama dari Sabah semasa zaman Harris Salleh dahulu…!

Perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia sehingga kini menunjukkan bahawa jumlah pekerja asing yang di daftarkan secara sah masuk bekerja di Malaysia telah mencecah ke angka 1.5 juta orang dengan jumlah terbesar masih di monopoli oleh warga Indonesia dan di ikuti oleh warga Nepal, Myanmar, Vietnam dan lain-lain manakala jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) pula menurut Jabatan Imigresen bukanlah di taraf yang membimbangkan walaupun bila Kementerian Dalam Negeri mengumumkan program pengampunan telah merekodkan ratusan ribu pekerja asing tanpa izin dengan sukarela telah pulang dan telah menjangkakan hampir 700,000 yang sepatutnya pulang tetapi hanya sebilangan kecil telah berbuat demikian…!

Pekerja asing di izin, pendatang asing tanpa izin dan pekerja asing di izin yang lari tanpa izin.

Parlimen semalam (sessi parlimen 2005, 15hb. Nov) telah di war-warkan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, seramai hampir 11,000 pekerja asing di izin telah lari tanpa izin dari majikan dan hampir 12,400 pembantu rumah juga telah lari tanpa izin dari majikan mereka tahun ini dan jika kita mengambil-kira ini sebagai ‘ rekod larian tahunan ‘ pekerja-pekerja asing di izin dan kita sudah berada 20 tahun dalam bidang pengimpotan pekerja asing, jumlah ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai seramai hampir 400,000 pekerja asing yang di izin dan melarikan diri dan rekod menunjukkan bahawa jumlah mereka yang melarikan diri ini adalah terdiri dari golongan wanita melebihi golongan lelaki…! Pokoknya..kemanakah mereka melarikan diri? Adakah mereka kembali ke tanah-air mereka? Atau apakah mereka di mana-mana di Malaysia yang pemurah ini?

Jumlah di atas masih belum kita ambil-kira pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah menjadikan Malaysia sebagai tempat mereka mengadu-domba untuk mencari rezeki yang kita anggarkan melebihi dari 1 juta orang.,..! Jika kita melihat angka-angka ini samada betul atau salah dan jika kita campurkan semua pendatang asing ini samada izin atau tak izin, mereka telah melebihi 2 juta orang dan merangkumi 10 peratus penduduk Malaysia dengan rationya adalah 100 warganegara Malaysia : 1 warga asing dan jika kita bahagikan dalam bentuk bangsa asing dan bangsa melayu sudah tentu rationya adalah 1 bangsa melayu : 1 bangsa asing…! Dan jika kita melihat nisbah ini secara yang lebih mendalam di mana jika di campur dengan warga asing yang setiap hari di tolong oleh orang UMNO mendapat taraf warganegara dan penduduk tetap mungkin ratio orang melayu akan ketinggalan berbanding mereka….! Sudah keterlaluan mungkin penyataan saya…tapi saya tidak perlu bimbang kerana ini adalah ‘ peringatan’ kepada kenyataan yang mungkin berlaku jika saya betul dengan nisbah tersebut…!

Angka ini masih belum di kira tepat kerana kita tidak mengambil tradisi orang lelaki India Malaysia yang berkahwin dengan wanita India dari Negara India kerana setiap 1 lelaki India yang berkahwin wanita India dari India secara tidak langsung meningkatkan jumlah orang India di mana jika setahun terdapat 10,000 orang India meneruskan tradisi ini ianya bermaksud secara tidak langsung seramai 10,000 warga India telah di bawa masuk dan mempunyai taraf pemastatutin tetap..! Peningkan jika kita menjadi pemikir dan memikirkan tentang hal ini tetapi kita memang memerlukan seseorang yang hanya setiap hari dan jam duduk memikirkan perkara ini kerana kita cintakan negara ini.



Rasional kenapa,mengapa dan di mana pekerja asing di izin lari tanpa izin dan pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Kenapa?

Jika kita sering berada di negara-negara sumber samada di Nepal, Myanmar atau di Indonesia dan bercampur dengan masyarakat bawahan negara tersebut yang berpotensi menjadi pekerja asing di Malaysia kita akan boleh mendengar dan mendapat maklumat tentang kenapa pekerja asing gemar datang ke Malaysia dan gemar juga melarikan diri bila mereka sampai bekerja di Malaysia.

Jawapannya ialah mudah iaitu semasa mereka berkeliaran di negara mereka dan melihat potensi keluar bekerja di negara-negara luar mereka akan bergaul dengan ramai orang yang mempunyai terlalu banyak pengalaman bekerja di luar negara samada secara halal atau haram di sesuatu negara tersebut. Mereka ini beranggapan bahawa rakan mereka yang telah mempunyai pengalaman bekerja di luar sebagai ‘ rakan penasihat ‘ yang utama berbanding dengan akta pekerjaan asing yang bakal mereka lalui dan patuhi. Mereka lebih mempercayai nasihat rakan mereka daripada nasihat agen-agen pekerjaan asing kerana rakan mereka adalah rakan sebangsa dan sebahasa yang memberi segala tunjuk-ajar samada dari segi pekerjaan dan segenap selok-belok perkara yang melibatkan untuk selamat ketika melarikan diri semasa bekerja dengan majikan asal.

Kebanyakan pekerja asing yang datang ke Malaysia sememangnya mereka telah mempunyai banyak hubungan dengan pekerja asing senegera dengan mereka yang telah sedia berada di Malaysia samada haram atau halal malahan mereka sentiasa mempunyai tempat berkumpul di Malaysia yang membolehkan mereka berbincang dan mengumpul maklumat malahan membuat persediaan untuk melarikan diri dengan teratur dan yang paling penting ialah mereka sentiasa faham bahawa di Malaysia terlalu mudah untuk mereka melarikan diri dengan selamat dan mempunyai jalan keluar yang cukup mudah bila dalam keadaan terdesak..!


Mengapa?

Jika kita membicarakan soal mengapa mungkin ianya terlalu banyak perlu di perkatakan tetapi kita boleh merumuskan bahawa sebagai pekerja am di sesuatu industri, mereka bukanlah jenis manusia yang mempunyai pendidikan yang sempurna biarpun mereka mempunyai ijazah kerana budaya kerja pekerja am adalah amat berbeza antara negara mereka dan Malaysia. Di Negara mereka, mereka amat payah mendapat sesuatu pekerjaan manakala di negara kita mereka berhadapan dengan banyak peluang pekerjaan. Bertolak dari sini dan sementelah pula dengan taraf pemikiran dan pemahaman kepada sistem perundangan yang sangat cetek menjadikan mereka bertindak sedemikian.

Kecenderungan mereka melarikan diri memanglah amat besar dalam diri pekerja-pekerja asing di Malaysia malahan kita boleh meletakkan bahawa setiap pekerja asing mempunyai kecenderungan ini tetapi ia hanya bergantung kepada sebab untuk mereka berbuat sedemikian. Jika kita mendengar bahawa mereka melarikan diri kerana masalah gaji dengan majikan, di tipu oleh agen-agen pekerjaan asing, pekerjaan yang tidak sesuai atau sebagainya, itu adalah kebiasaan kerana semua pekerja asing yang melarikan diri tidak pernah mengakui kesalahan mereka sendiri dan semata-mata meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak lain…! Hakikatnya kecenderungan melarikan diri adalah besar dalam diri mereka dan mereka tidak pernah peduli dan hirau tentang apa juga peraturan yang di kenakan terhadap mereka kerana pada mereka peraturan tersebut hanyalah peraturan di kertas yang mereka tanda-tangani tetapi terlalu banyak kawan-kawan mereka di luar yang tidak mempunyai permit sah dengan nisbah 1:1 tanpa risau tentang tindakan yang akan di ambil terhadap mereka.

Di Malaysia sendiri terdapat ramai ‘ ulat-ulat’ dan ’tonto’ dari negara mereka sendiri yang berkeliaran dengan matlamat memberi pertolongan kepada mereka yang ingin melarikan diri dan ulat serta tonto ini mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memberi mereka segala kemudahan seperti yang di janjikan semasa meyakinkan mereka untuk melarikan diri.

Kecenderungan ramai majikan yang sentiasa mengambil jalan mudah dengan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah juga menjadikan faktor penggalakkan yang besar kepada perkara ini. Sebenarnya majikan ini sentiasa juga mempunyai banyak alasan  untuk berbuat demikian dengan menuding jari kepada Kementerian Dalam Negeri adalah yang paling utama yang mana kita juga tidak dapat menafikannya kerana bila ‘kita menyulitkan sesuatu hal dengan kerenah birokrasi maka pasti ada pihak terdesak yang perlu perbodohkan oleh sesuatu pihak dengan sesuatu cara bagi mereka menghilangkan kesesakan tersebut’ .

Masih terlalu banyak sebab mengapa pekerja asing ini mempunyai kecenderungan untuk melarikan diri dari majikan mereka, walau bagaimanapun kecenderungan dalam diri pekerja asing itu sendiri adalah penyebab terbesar dan jika mereka mempunyai sikap bertanggung-jawab terhadap Negara yang mereka bekerja pasti masalah ini dapat di kurangkan biarpun tidak dapat di hakis sama-sekali.

Di mana?

Di mana mereka ini selepas melarikan diri? Mungkin ada yang menyusup keluar dan kembali ke negara mereka tetapi jumlahnya adalah terlalu kecil kerana jika mereka kembali sekalipun ‘jerangkap maut’ sedang menanti mereka di tanah air mereka sendiri sebab ada banyak hutang yang perlu di langsaikan kepada  ‘ along’ yang mereka pinjam untuk pembiayaan mereka datang ke Malaysia dan perkara ini adalah mustahil bagi mereka untuk mereka hadapi. Jalan yang terbaik ialah mereka akan terus berada di Malaysia sehingga mereka di tangkap tak kira berapa lama dan jika mereka  berjaya tingal lama  sebelum ditangkap mereka akan berjaya melangsaikan segala hutang piutang mereka dan jika mereka tidak di tangkap, mereka akan terus berada di Malaysia sehingga mereka fikir mereka ingin pulang ke tanah air mereka dan menanti saat yang sesuai bila kerajaan mengadakan program pengampunan lagi atau jika terlalu jemu mereka akan menyusup keluar melalui sempadan atau apa juga cara yang bagi mereka adalah mudah kerana terdapat perkhidmatan seperti itu yang di sediakan oleh orang-orang Malaysia yang tidak bertanggung-jawab kepada negara…!

Pekerja asing yang melarikan diri ini kebanyakanya mempunyai ‘kaki’ yang sentiasa menanti mereka untuk di bawa pergi ke tempat baru dan majikan baru yang juga menanti untuk mengambil kesempatan di atas kejadian ini yang mana majikan ini pasti akan dapat menjimatkan banyak kos tentang pengambilan pekerja asing jika mereka perlu mengikut peraturan yang sebenar.

Jika kita memikirkan tentang di mana pekerja-pekerja asing ini berada setelah mereka melarikan diri sebenarnya bukanlah satu perkara mustahil untuk menjejaki mereka tetapi menjejaki bukan bermakna satu jalan penyelesaian yang tepat kerana kita membicarakan tentang ratusan ribu pekerja asing yang melarikan diri di Malaysia. Mereka ini berada di mana-mana dalam Malaysia di Kuala Lumpur, Klang, Alor Setar, Pulau Pinang malahan mereka berada di segenap pelusuk tanah air dan mendiami samada di bandar, luar bandar malahan di hutan-hutan. Mereka ini sentiasa selamat kerana mereka adalah pekerja asing yang di izin dan melarikan diri bekerja dengan majikan yang lain dari sepatutnya kerana di luar sana terdapat ratusan ribu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkeliaran tanpa satu dokumen pun dan mendiami negara ini dengan selamat…apatah lagi mereka yang mempunyai dokumen tetapi cuma tidak sah.

         KESAN-KESAN HASIL DARI PEKERJA ASING TANPA PERMIT
SAH DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN DI MALAYSIA.

Sosial.

Kesan dari segi sosial merupakan kesan yang paling besar mempengaruhi rakyat Malaysia kerana dalam keadaan tertekan pekerja-pekera asing tanpa permit sah dan PATI ini sentiasa cuba sedaya upaya memenangi hati masyarakat Malaysia dengan pelbagai kerenah dan tipu-daya dengan tujuan untuk bertahan tinggal di negara ini. Modus operandi mereka adalah hampir serupa di mana-mana iaitu dengan memenangi hati masyarakat terutama masyarakat melayu  yang akan akan lebih menjaminkan dan mengurangkan tekanan mereka apatah lagi jika mereka berjaya mengahwini gadis-gadis melayu..! Hal ini banyak berlaku di zaman pekerja asing Bangladesh dahulu di mana ‘Shah Rukh Khan’ ini merupakan bilangan yang paling ramai mengahwini gadis-gadis melayu dengan modus operandi mereka memenangi hati masyarakat dengan sifat alim,berkelakuan baik dan berbagai lagi sehinggakan gadis-gadis terutama di pendalaman dapat di pikat mereka. Kejayaan mereka ini meninggalkan kesan yang sangat besar dalam masyarakat kerana negara menjadi sensitif dengan isu-isu mereka yang terlibat dengan masyarakat melayu.

Tidak setakat di situ, masalah sosial yang timbul juga adalah dengan kemunculan banyak anak-anak yang di ragui taraf mereka kerana banyak antara pekerja-pekerja ini yang melarikan diri dan tinggal bersekedudukan dengan pelarian yang lain terutama gadis-gadis Indonesia yang menurut mereka telah di kahwinkan melalui ‘wali-wali hakim’ yang sentiasa menanti. Kes-kes seperti ini bukanlah satu perkara yang kecil kerana terdapat ribuan pekerja-pekerja asing ini terutama dari Bangladesh yang masih bersembunyi di merata-rata berbuat sedemikian dengan gadis-gadis PATI Indonesia. Ini dapat di lihat dengan jelas di mana-mana di Malaysia. Fenomena seperti ini adalah bebanan yang sangat besar kepada negara kelak kerana anak-anak yang membesar dengan persekitaran yang tidak sihat ini membawa seribu makna buruk kepada negara dan akan menjadi lebih parah kerana nilai minda yang negatif di kalangan mereka akan menimbulkan masalah yang sangat besar kelak sehingga kepada anasir-anasir subversif yang dahsyat boleh berlaku, seperti anasir pengganasan dan lain-lain lagi di suatu masa kelak kerana identiti mereka itu sendiri yang tidak dapat di kenali oleh masyarakat dan negara. Ya atau tidak perkara ini hanyalah masa yang akan menentukan kerana anak-anak ini akan membesar dengan penuh tekanan dan desakan walhal mereka percaya bahawa mereka di lahirkan di sini dan tinggal di sini...mereka memerlukan pembelaan..menurut mereka…!

Masih terdapat banyak lagi kesan-kesan sosial yang serius yang berlaku dan akan berlaku di masa ini dan masa akan datang berikutan pekerja asing tidak sah dan PATI ini. Apa pun mereka tetap akan berada di Malaysia kerana mereka di kategorikan sebagai pekerja asing tidak sah dan PATI yang tegar dan pastinya mereka akan menggunakan 1001 cara bagi terus kekal di sini dan kita harus bijak menanganinya dengan kaedah yang terbaik demi untuk negara..!

Ekonomi.

Dari sudut ekonomi jika di pandang dari satu sudut memang mereka adalah antara elemen pembangunan yang tidak dapat di nafikan kerana mereka mengerah keringat mereka untuk turut serta menjayakan pembangunan negara biarpun mereka adalah orang-orang haram di sini namun hakikatnya mereka telah mencuri keluar ratusan juta ringgit setahun hasil dari mereka perolehi dengan menghantar balik ke negara mereka melalui saluran-saluran yang tidak betul dan tidak dapat di kesan oleh negara. Jika kita andaikan mereka  berjumlah seramai 1 juta orang dan mereka mampu menghantar balik wang ke negara mereka secara haram sebanyak RM 300 sebulan , ini bermaksud negara telah kehilangan sebanyak RM 300 juta sebulan dan jika setahun bermaksud sebanyak RM 3.6 billion wang negara di salur keluar secara haram. Ini tidak termasuk dengan jumlah ‘Levy’ yang sepatutnya di kutip oleh kerajaan terhadap majikan yang menggunakan khidmat pekerja asing yang kita andaikan secara purata sebanyak RM 1,500 seorang dan jika terdapat 1 juta pekerja tersebut yang mengelak dari membayar levy bermakna kerajaan kehilangan kira-kira RM 1.5 billion setahun dan kehilangan pendapatan kerajaan hasil dari kutipan levy ini adalah jauh lebih besar dari keuntungan sebelum cukai yang di buat oleh bank-bank tempatan seperti ‘Maybank’ yang mampu hanya memperolehi keuntungan sekitar 700 juta setahun dan sudah tentu wang sebanyak ini adalah mempunyai erti yang sangat besar dalam usaha kerajaan membangunkan negara secara mapan.

Jika kita membicarakan soal kesan terhadap ekonomi secara mendalam dengan mengkaji tentang tabiat, pemakanan, sosial dan lain-lain aktiviti berkenaan orang-orang haram ini maka kita akan terdedah kepada banyak aktiviti ekonomi mereka yang melibatkan berbillion ringgit setahun kerana mereka terus-terusan memberi sokongan kepada barangan yang di bawa dari negara mereka sendiri secara seludupan seperti ubat-ubatan tradisional, arak dan samsu, rokok, barangan sembahyang dan tokong, tape dan vcd, makanan-makanan segera tradisional dan lain-lain lagi yang tidak dapat di gariskan secara terperinci di sini dan kebanyakan barangan ini adalah barangan seludupan yang di bawa masuk melalui berbagai cara dengan pertukaran wang yang tidak di rekodkan oleh negara apatah lagi tentang duti kastam dan lain-lain malahan kehadiran mereka telah mempertingkatkan kegiatan rasuah di banyak pintu masuk negara seperti pelabuhan dan sempadan yang menyaksikan juga cukai yang di larikan juga meliputi ratusan juta ringgit..! Ini tidak termasuk dengan jumlah dagangan paspot palsu yang di jual sekitar RM 1,500 hingga RM 3,000 sekeping berpandukan kepada sesebuah negara dan jarak masa sesuatu permit sah di paspot tersebut yang di miliki oleh orang lain samada di curi atau hilang malah banyak kedutaan-kedutaan asing mereka ini turut bersubahat dalam memperdagangkan paspot tersebut.

Sebenarnya segala aktiviti orang-orang haram ini yang meliputi perjalanan sistem ekonomi di negara ini telah melibatkan negara kerugian berbillion ringgit setahun.

Hubungan Antarabangsa.

Ini antara kesan yang sangat sensitif ujud di sebabkan pekerja-pekerja haram di Malaysia kerana telah terlalu kerap negara kita terlibat dengan kancah perang dingin dengan negara Indonesia walaupun rakyatnya yang ternyata melakukan kesalahan di negara kita. Ini belum lagi timbul masalah dengan orang-orang haram yang lain seperti Myanmar, India, Pakistan dan lain-lain walaupun satu ketika kita di kejutkan dengan masalah orang haram India yang di tangkap oleh imigresen sehinggakan kerajaan kita terpaksa meminta maaf dari negara India.

Jika kita berada di negara-negara sumber dan melihat akhbar-akhbar harian mereka di sana seperti di Myanmar, Nepal dan India kita akan sering terlihat tentang akhbar-akhbar mereka yang saban hari memberikan gambaran buruk tentang sistem pengambilan pekerja asing di negara kita ini. Antara yang menjadi isu ialah tentang gaji yang kecil, pekerja menjadi seperti hamba abdi, penderaan, persekitaran yang buruk dan layanan kerajaan yang buruk terhadap orang haram yang di tangkap..! Semua ini menjadi agenda politik yang di perdebatkan di negara-negara sumber tersebut. Contohnya negara Myanmar di mana 100 peratus meletakkan semua kesalahan kepada negara kita dan sentiasa membenarkan rakyatnya dalam segala hal walaupun pada hakikatnya rakyat mereka yang bersalah. Mungkin kesalahan Malaysia ialah menjadikan negara-negara terlalu miskin ini sebagai negara sumber di mana Negara mereka penuh dengan rasuah dan ketinggalan dalam banyak perkara terutama dari segi pembinaan minda dan persediaan menerima globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Banyak perkara yang perlu mereka lalui dan pelajari dalam menjadi Negara pembekal tenaga manusia yang berkualiti.

Dalam kontek ini walaupun negara kita mengambil banyak langkah seperti kursus induksi di negara sumber yang di perkenalkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) namun ianya bukanlah satu jalan mudah untuk mencapai hasrat kerajaan tersebut kerana negara-negara sumber ini penuh dengan rasuah dan agensi-agensi Malaysia yang di lantik pulak banyak yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata dari kepentingan negara di mana agensi Malaysia cuba merasuah negara sumber untuk memastikan mereka di pilih sebagai agensi di negara tersebut manakala agensi yang lebih telus dan amanah pasti akan terpinggir. Semua ini akhirnya menjadikan sekali lagi Malaysia menerima lambakan pekerja asing yang mempunyai sijil-sijil induksi palsu dan tidak tepat sekaligus masalah orang haram ini tidak dapat di selesaikan malahan tindakan selanjutnya oleh kerajaan Malaysia akan mengeruhkan lagi suasana hubungan antarabangsa tersebut.

Kenegaraan.

Kalau kita mengambil hal-hal kenegaraan sebagai perkara yang perlu di perbincangkan maka ianya tidak akan habis kerana kita terpaksa menoleh ke belakang selama 20 tahun dan seterusnya membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan datang di masa hadapan selagi mana kita memerlukan khidmat pekerja asing di Negara kita ini.

Terlalu banyak perkara yang perlu kita lihat dari aspek kenegaraan kerana ianya meliputi satu perkara yang sangat luas. Kalau dulu kita mencari jalan untuk membangkitkan kembali imej keMalaysiaan dalam Negara kita yang menjadikan Kuala Lumpur seperti sebuah bandaraya terasing sekarang kita berdepan pula dengan imej-imej yang lain yang kita sendiri tidak dapat memastikan di mana kita berada dan jenis bangsa di sini. Dari sini saja kita dapat melihat tentang kesan terhadap aspek kenegaraan belum lagi diambil-kira perkara-perkara yang lain.

Di United Arab Emirates (UAE) terdapat kira-kira 2 juta pekerja asing di mana yang paling besar adalah dari India, Bangladesh,Pakistan,Filipina, Indonesia dan tidak kurang dari Asia Barat seperti Syria,Lubnan dan lain-lain namun bila kita berkunjung ke sana di mana-mana jua samada di Dubai, Abu Dhabi, Sharjah dan lain-lain kita masih perasan bahawa kita masih berada di bumi Arab UAE kerana imej yang di bina adalah imej Arab UAE walaupun rakyatnya sendiri amat kecil dan berkecimpung di dalam perniagaan. Seluruh papantanda perniagaan, bangunan-bangunan, hotel dan lain-lain adalah dalam imej Arab UAE.

Inilah pokok perkara di dalam aspek kenegaraan secara umum yang telah memberi banyak pengertian kepada rakyat dan orang-orang luar..!Jika kita hendak mengambil kira tentang kesan ini secara mendalam maka kita terpaksa mengambil-kira kesan terhadap budaya yang di impot masuk oleh pekerja-pekerja asing ini seperti budaya rasuah,penyakit-penyakit kronik yang menular masuk bersama mereka,fahaman dan ideologi politik yang di anuti mereka yang juga di bawa masuk bersama dan yang paling menakutkan ialah agama yang mereka anuti yang turut mereka bawa dan sebarkan di celah masyarakat Malaysia hari ini.

Bukan setakat itu saja kesempatan yang ada juga menjadikan negara ini sebagai tempat untuk ramai penjenayah yang menukarkan identiti mereka sebagai pekerja asing melarikan diri dari negara mereka ke negara ini dan seterusnya membawa sekali sikap dan budaya jenayah mereka ke negara kita. Kesan ini menjadi rumit kerana ramai pekerja-pekerja asing ini akhirnya menjadi tidak sah selepas melarikan diri apatah lagi jika mereka sememangnya orang-orang haram (PATI) yang langsung Negara kita tidak mempunyai rekod tentang mereka apatah lagi untuk memantau pergerakan mereka di Malaysia.

No comments:

Post a Comment