Tuesday, January 4, 2011

INDAHNYA BAHASA SULTAN....KESATNYA BAHASA RAKYAT!

assalamualaikum wbt
salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.

Sungguh indah bahasa Sultan yang memerintah negeri Selangor! Membuktikan bahawa DYMM Sultan Selangor memang tinggi ilmunya dan tinggi adab bahasanya selaras dengan darjat Di raja yang mengalir!
Sebagai rakyat Selangor aku terasa diri aku ni terlalu kerdil dan hina kerana aku cuma seorang rakyat biasa yang sepatutnya mempunyai adab dan bahasa yang jauh lebih mulia bila aku berkata sesuatu kepada Raja Payung negeri yang aku diami!

Aku lebih malu kerana YB Tn. Shuhaimi yang mewakili rakyat Selangor boleh berkata sedemikian kepada Bawah DYMM Tuanku! Aku memohon sembah kepada DYMM Tuanku supaya melihat kedangkalan ilmu dan keperibadian keji ini cuma terhadap YB Shuhaimi dan mungkin beberapa orang yang mungkin konco-konco beliau sahaja atau mungkin orang yang menyuruh beliau berkata sebiadab demikian dan bukan dari rakyat jelata negeri Selangor ini!

Ini petikan kenyatan YB Shuhaimi seperti di siarkan dalam blog beliau http://www.srimuda.blogspot.com/, pada 30hb. Disember 2010 yang lalu :

" Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak Istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan beraja di mata dan bersultan di hati oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya tidak kira samada oleh Raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa Raja!".

" Dalam sejarah telah membuktikan bahawa apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akanmenghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam memerangi ketidakadilan! Di doakan agar ia tidak akan berlaku di Selangor."

Inilah petikan kata-kata YB Shuhaimi, ADUN Sri Muda yang di lantik rakyat yang telah tersilap. kata -kata seperti ini tidak sepatutnya di ucapkan kepada seorang Sultan yang beliau mendiami di dalam negerinya Yang kita hairan kenapa YB sibuk menyuruh rakyat dan istana mnghormati YAB Menteri Besar sedangkan MB \tidak sedikit pun menunjukkan sikap menghormati istana malah ingin mencabarnya lagi! dan begitu juga jika istana menghormati MB bermaksud juga menghormati YB Shuhaimi sebab YB adalah sebahagian dari MB tapi YB pula tidak langsung menghormati Istana malahan menghina dan memberi amaran pula lagi!

Bagimana pula tentang provokasi YB Shuhaimi supaya rakyat menolak Raja yang beraja di mata dan Bersultan di hati? apakah ini bukan satu provokasi kepada rakyat Selangor supaya bangun menentang DYMM Sultan Selangor? Apakah YB Shuhaimi faham maksud peribahasa beraja dimata dan bersultan dihati? Apakah Baginda Sultan Selangor mempunyai sikap yang sedemikian! apakah kerana tidak memenuhi kehendak kerajaan PR menyebabkan Baginda di labelkan sebegitu? Apakah dengan menolak permintaan kerajaan PR supaya tidak memilih SUK yang telah baginda lantik itu sebagai bersifat beraja di mata dan bersultan di hati.

Sebenarnya sikap yang beraja dimata dan bersultan dihati ini adalah sifat pemimpin anugerah tuhan PKR! cuba YB Shuhaimi muhasabah diri sendiri dahulu kerana apa betulkah pemimpin anugerah tuhan beliau yang mempunyai sikap sedemikian? Kemudian YB Shuhaimi juga menyatakan bahawa rakyat juga akan menolak sesiapa juga samada mereka raja berjiwa rakyat atau rakyat berjiwa raja! ini sudah pasti kerana Sultan Selangor memang seorang Raja yang berdaulat manakala benarlah bahawa pemimpin anugerah tuhan mereka pula memang RAKYAT YANG BERJIWA RAJA!

Kemudian YB Shuhaimi menyatakan tentang kebangkitan rakyat menentang raja! persolannya apakah ini ugutan kepada Ke Bawah DYMM Tuanku atau peringatan atau apa? kenapa Sultan perlu di ingatkan? zalim sangat kah Baginda Sultan ini sehingga rakyat perlu bangun menentang baginda? apakah kerana tidak melantik SUK mengikut kehendak kerajaan PR itu zalim? adakah rakyat akan di zalimkan jika Baginda setuju melantik Dato' Khusrin? apa yang baginda dan dato' Khusrin akan lakukan untuk menzalimi rakyat Selangor nanti? semua ini BULLSHIT oleh PR terutama DAP yang sekarang tengah memicit telor PKR!

Ini pulak kenyataan balas oleh DYMM Sultan Selangor terhadap kenyataan YB Shuhaimi yang di terbitkan oleh semua media perdana hari ini 5hb. januari 2011 melalui Setiausaha sulit Baginda :

" DYMM Sultan Selangor menyatakan bahawa kenyataan YB Shuhaimi seperti di lampirkan didalam blog beliau sebagai satu sindiran yang amat ketelaluan dan boleh mengelirukan rakyat dan cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci baginda selaku Sultan Negeri Selangor".

Beginilah kenyataan seorang Sultan negeri yang ternyatanya sangat berbudi tinggi dan mempunyai ketinggian ilmu yang sangat sempurna. Malahan Baginda tidak melatah untuk menggunakan kuasa dan kedudukan Baginda untuk mengajar si biadap seperti ini walaupun baginda ternyata mempunyai hak untuk melakukannya kerana amat jelas sekali ada rakyat negeri naugan baginda yang tidak suka pada Baginda.

Sebagai Sultan negeri aku rasa DYMM Tuanku layak berbahasa sebegini kepada YB Shuhaimi "  WAHAI PANGLIMA NEGERI, BETA PERINTAHKAN KAMU DAN HULUBALANG KAMU SEGERA PERGI DAN TANGKAP SI SHUHAIMI DERHAKA ITU DAN BAWA DIA MENGADAP BETA SEKARANG JUGA, DAN SIAPKAN TEMPAT PEMANCUNGAN DENGAN SEGERA!"...ini bahasa yang sepatutnya Ke Bawah Duli Tuanku gunakan tetapi ternyata Tuanku mempunyai ilmu yang tinggi malahan amat menyayangi rakyat baginda dan masih mampu menggunakan bahasa yang sangat berhemah.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DI AMPUN!

sekian, wassalam
nikazhar
5/01/2011

No comments:

Post a Comment