assalamualaikum wbt
salam sejahtera dan bertemu kembali!
Semenjak seminggu ini kita dibisingkan dengan drama perlantikan SUK Selangor. Masyarakat Melayu disajikan dengan adengan-adengan bunuh diri bangsa melayu yang ingin menjadi hero melayu terakhir! Bangsa melayu sekarang ni sampai tak tentu arah dah dalam mencari kuasa ke Putrajaya! sampai sanggup nak jadi hero berani mati demi kerana DAP!
Berani bangsa melayu ni sampai dah peringkat memberi amaran kepada Raja Melayu tentang kebangkitan rakyat demi kerana DAP! heran wal ajaib sebab bila YB Gobala membuat kenyataan terbuka tentang partinya sendiri cepat-cepat beliau diminta untuk selesaikan secara dalaman parti dan jangan membuat kenyataan media!
Tapi bangsa melayu lagi berani giler dari YB Gobala sebab dengan lantang membuat kenyataan yang terang-terang seperti memberi amaran kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sepatutnya bangsa melayu lah yang perlu menyelesaikan secara dalaman kalau melibatkan Raja Melayu supaya bangsa sendiri tidak tersinggung! Ini tidak malah dengan berani memperingati Sultan tentang kejadian kebangkitan rakyat!
Memperingati Sultan seakan-akan Sultan negeri tidak pergi sekolah dan buta huruf tak tau membaca sejarah!
Kurang-ajarnya anak ialah bila berani menyindir mak bapak! kurang-ajar menantu bila berani tampar isteri depan mak bapak mertua! kurang-ajar rakyat ialah bila berani ingatkan Sultan bahawa ada Kesultanan yang biasa digulingkan oleh kebangkitan rakyat!
Kalaupun berlaku kebangkitan rakyat nak guling kesultanan, tapi soalanya rakyat mana? adakah rakyat melayu di Tanah Melayu ini? YB Shuhaimi nak gerakkan rakyat mana untuk sama-sama berguling-guling dengan YB untuk gulingkan Kesultanan? Apakah Melayu Tanah Melayu nak guling sama atau nak lompat dan mencacakkan keris di atas tubuh yang berguling-guling? Tak Melayu hilang di dunia kata Hang Tuah, derhaka tidak sekali!
Kita yang mengajar orang menjadi kurang-ajar, dan jangan kita harap apabila tiba giliran kita besok yang orang kita ajar menjadi kurang ajar akan duduk bersila dan bersimpuh.......malah orang tu akan menjadi lebih kurang ajarnya lagi!
wassalam
nikazhar
3 jan 2011
No comments:
Post a Comment