Wednesday, March 30, 2011

INTERLOK - INTER-LUKA!

assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera dan salam 1 malaysia!

Hari ini ada lagi badan ngo yang mempertikaikan  novel sasterawan negara - INTERLOK!
kali ini bukan hanya dari kaum India tapi kaum Cina yang mengakui menaungi badan-badan Cina yang lain!
Nah aih! tu la melayu mudah lupa.........lupa pada pepatah melayu...kalau dah di beri betis pasti peha pulak di maunya! sebab mana mungkin jika ada air yang keruh tak ada manusia yang tidak menangguknya!

Sebenarnya banyak tindak-tanduk Tun Dr Mahathir semasa 22 tahun pemerintahan BETUL! jangan kita
mengatakan tidak sebab Tun antara melayu yang sukar lupa malah sampai sekarang Tun tidak pernah lupa!

Soal interlok ini sebenarnya tidak ada apa-apa pun....hanyalah sebuah novel yang menggarapkan suasana sebelum merdeka...suasana kehidupan manusia melayu, cina dan india yang sama-sama berjuang mencari kehidupan dalam erti kehidupan masing-masing dan yang paling pastinya semua manusia di dalam novel tersebut mempunyai sejarah mereka masing-masing....itu sahaja!

Sesungguhnya novel ini novel tulus lagi mulus, novel ikhlas yang ingin membangkitkan perasaan cinta sesama bangsa Malaysia, perasaan cintakan tanah bertuah tumpah darah ini!

Pakatan NGO ini sebenarnya pakatan yang cetek fikirannya dan dangkal ilmunya! mereka adalah penangguk di air yang keruh yang mempunyai kepentingan dan agenda mereka tersendiri! mereka ini adalah ngo yang ngok! yang terperosok dengan dakyah pihak-pihak tertentu yang menyembunyikan tangan balingan batu!
Mereka inilah yang sekarang sedang memperjuangkan fahaman perkauman!
Mereka ini lah yang sekarang sedang berusaha membangkitkan semangat perkauman di antara pelajar sekolah yang selama ini hidup dan belajar bersama-sama tanpa sedikit pun sentimen perkauman!

Naskah Interlok ini terlalu elok rupa parasnya! sempurna tingkah lakunya dalam memperelokkan batasan perkauman di tanah bertuah ini!
Semasa Maniam di belasah dan mungkin di bunuh oleh sesama bangsanya...si Melayu Seman lah yang tanpa mengira bangsa mempertaruhkan nyawa datang menyelamatkan Maniam!
Semasa ibu Seman di tangkap Jepun kerana menyembunyikan anak dara sunti Cina panjang anak maniam yang berpangkat inspektor itulah yang datang menyelamat ibu Seman!
Anak dara sunti Cina panjang yang bersekongkol dengan abangnya yang berjuang di dalam hutanb dengan gerombolan penentang jepun di selamatkan oleh Seman dan ibunya dan bila dia di tangkap ibu Seman sanggup mempertaruhkan nyawanya menyelamatkan anak cina panjang ini!
Bukan kah ini semua satu kehidupan yang indah! bukan satu paparan kehidupan yang sangat ikhlas di antara  3 kaum yang berbeza ini!
Sampai begini ikhlas INTERLOK dalam memperjuangkan penyatuan bangsa!
Interlok melahirkan semangat percintaan yang sangat abadi, kalau boleh aku ingin ubah penceritaan novel ini daripada membiarkan anak dara sunti cina panjang tersebut bersendirian...alangkah lebih indah kalau dia yang berkahwin dengan Seman kerana Seman mempunyai sifat dan sikap seperti Cina panjang itu sendiri...kuat bekerja!

Bacalah wahai NGO...jangan jadi NGOK....bacalah dengan matahati bukan dengan mata dengki!

Aku yakin semua guru-guru sastera di sekolah yang akan mengajar subjek novel ini telah di latih dengan profesional, aku yakin yang guru-guru ini telah bersedia untuk menggarap novel ini dan menginterpretasikanya secara profesional dengan hasrat untuk melahirkan bangsa Malaysia seperti yang di harapkan oleh novelis ini yang ingin melihat penyatuan kaum di tanah bertuah ini!

Janganlah kau NGO yang NGOK cuba terus-terusan mengapi-apikan semangat anak-anak bangsa yang hidup dengan harmoni ini ke arah fikiran dangkal dan negatif kamu!

Wahai NGO yang NGOK, jangan kamu jadikan INTERLOK INI sebagai INTER-LUKA BANGSA!

wallahhualam
nik
30/03/2011
11.30 mlm

No comments:

Post a Comment