Monday, March 7, 2011

ORANG KEMBOJA CHAM ATAU ORANG MELAYU CHAM!

Assalamualaikum w.b.t.
salam sejahtera
salam 1 Malaysia!

Dah banyak hari aku hilang dari bloq sebab aku pening nak muntah sebab hari-hari berbincang dan mengutarakan hal politik di Malaysia. kadang-kadang aku terfikir kenapa aku dan masyarakat 1 Malaysia ini perlu sangat sensitif dengan hal politik yang tak berhenti-henti dari pru 12 sampai nak masuk pru 13 dah. ribut taufan pun ada seriatnya tapi politik Malaysia tak juga seriat-seriat! Pokoknya kenapa kita rakyat 1 Malaysia ni nak layan sangat hal politik tak berenti-renti si anugerah tuhan tu! biar sajalah dia sebab kalau media Malaysia tidak ambil peduli dengan dia ni pasti dia pun tak boleh buat apa-apa pun! baik kita tumpu dan fokus kepada perkara berbangkit yang lain berkenaan ekonomi ke, sosial ke, ada juga fedahnya dari dok terus baca akhbar hari-hari tengok pembohongan si anugerah tuhan ni dan drama yang di arahkan oleh parti anti Islam DAP!

Ni aku la ni dah 3 hari dah dok berkubang di tanah Kemboja! tapi yang sebenarnya dah nak masuk 2 tahun dah aku dok ulang-alik ke tempat yang di gelar sebagai killing field ini! Dalam dok ulang-alik ni aku banyak belajar dan menimba pengalaman di sini tentang macam-macam perkara samada dari segi sosio -ekonomi, budaya atau pembangunannya.

Yang ingin aku perkatakan di sini ialah tentang orang Cham kemboja yang sekarang ni dah ramai sangat dah dok menetap di Malaysia dan ramai juga dah yang mendapat taraf warganegara Malaysia dan menggunakan taraf kaum sebagai Melayu.....mungkin juga taraf bumiputera la kot sebab orang melayu kan?

Kalau di Kemboja ni orang asal Kemboja yang di panggil sebagai bangsa khmer tak pernah menggelarkan orang Cham ini sebagai Melayu Cham tapi semua memanggil mereka sebagai orang Cham sahaja. Anugerah sebagai bangsa Melayu Cham ni sebenarnya di anugerahkan oleh orang-orang melayu Malaysia sendiri kerana maklumlah bila dah ramai sangat orang Melayu Malaysia dan berbagai NGO melayu yang masuk Kemboja memberi bantuan di sini dan tengok orang cham ni di sini boleh cakap melayu merangkak-rangkak macam budak umur 2 tahun dan pakai baju kurung dan tudung  semacam orang melayu Malaysia maka orang Melayu kita pun terus bagi anugerah sebagai orang melayu cham!

Ni lah prihatinnya bangsa Melayu Malaysia! kalau boleh mana-mana manusia di mukabumi ni yang muka nak macam orang melayu dan boleh bercakap bahasa melayu biar pun merangkak-rangkak dan terhegeh-hegeh dan pakai tudung dan baju kurung nak sama sikit saja dengan orang melayu Malaysia semua pakat nak anugerah sebagai bangsa melayu! kalau boleh pakat nak bawa balik pi duduk Malaysia semua!

Sebab tu matapelajaran sejarah ni sebenarnya tersangaaaat lah penting supaya bangsa tak buta sejarah!
Kata orang Khmer di Kemboja bangsa Cham ini adalah berasal dari kerajaan Champa di daerah Vietnam sebelum ini dan ada bukti sejarah juga yang telah di lapurkan bahwa bangsa cham ini dulu datangnya dari indo-china yang bersifat sebagai pejuang yang menjajah sebahagian besar negeri-negeri sekitar sebelah sini dan bertapak di vietnam sehinggalah mereka di kalahkan oleh tentera vietnam dan melarikan diri dan menetap di dalam wilayah cham di Kemboja.

Ini mengikut cerita dari orang-orang khmer di kemboja, selebihnya biar aku selidiki dulu dari fakta-fakta sejarah yang akan aku kemukakan di masa hadapan!

Dari semua cerita-cerita orang khmer di kemboja tidak ada satu pun yang mengaitkan orang cham sebagai orang melayu selain dari mereka boleh berbahasa jawi sedikit sedikit! Orang-orang cham sendiri tak pernah mengatakan bahasa mereka sebagai bahasa melayu tetapi sebagai bahasa jawi! yag menyatakan orang cham itu berbahasa melayu ialah orang melayu Malaysia sendiri dan tidak salah juga kalau kita nak kata bahawa orang cham itu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa sampingan selepas bahasa khmer dan bahasa cham kerana bahasa melayu akan mendapat pengikhtirafan tapi jangan lah kita mengikhtirafkan orang cham tu sebagai orang melayu cham kerana kalau orang melayu perlu mengikhtirafkan semua bangsa di muka bumi yang boleh berbahasa melayu sebagai bangsa melayu maka ramai lah sangat yang perlu di beri pengikhtirafan tersebut kerana orang keturunan bamar dari myanmar ramai yang boleh berbahasa melayu secara fasih malah lebih baik dari orang cham itu sendiri, begitu juga sudah tentu dengan orang indonesia yang pasti amat fasih dengan bahasa melayu indonesianya!

Dewasa ini terlalu banyak kesempatan yang telah orang melayu malaysia ciptakan untuk orang-orang luar mempergunakannya sebagai satu kelemahan orang melayu Malaysia! Begitu juga yang berlaku di Kemboja kerana jiwa orang Melayu Malaysia makin hari makin terhambat dengan belas kasihan terhadap bangsa cham kemboja ini!

Aku terkejut bila satu hari aku bercakap dengan satu keluarga cham yang telah lebih 10 tahun menetap di Malaysia dan sangat berjaya dalam perniagaan di malaysia sehingga terbaharu mereka sekeluarga telah memuka rangkaian perniagaan di negara tumpah darah mereka Kemboja! yang aku terkejut biawaknya sebab kad pengenalan yang depa pegang semua tertera bangsa melayu! dan anak-anak mereka semuanya belajar di UITM yang khusus untuk bumiputera! WOW orang cham ada taraf BUMI rupanya! Tahniah la kepada orang Melayu malaysia yang sanggup beri pengikhtirafan sampai beitu sekali!

Aku bukan irihati atau dengki khianat pada orang cham tapi aku kesal dengan orang Melayu malaysia yang mudah lupa...kata mantan PM Tun Dr. Mahathir...memang betul Tun! tidak salah satu hun pun kata-kata Tun ! malah lagi terkejut sebab bila menonton tv 1 dan tv 3 yang menyiarkan dokumentari tentang bangsa cham di Kemboja sebab pembawa acara yang comel lote tu terus mengikhtirafkan orang cham sebagai bangsa melayu! mana buku sejarah depa baca pun aku tak tahu Tun!

Inilah hakikat yang akan berlaku Tun! aku berdoa semoga Tun panjang umur unuk sama-sama melihat 2020 apa yang akan berlaku, tapi aku cuma nak lihat dari sudut keselamatan dalam negeri saja! kalau dah banyak sangat orang luar yang kita ikhtiraf macam ni besok 2020 anak-anak aku nak duduk di mana?

Sekarang nak berniaga pasar malam pun semua orang kemboja dah monopoli, dari berniaga ais krim dengan basikal hingga lah pemilik gedung-gedung kain besar, Sunday market di Shah alam tak payah cerita lah! penuh dengan orang dia saja! kampong Delek, Telok Pulai, Banting, Port dickson, Bukit Cina, Bulit Tinggi, Muar, Terengganu, Kelantan semua orang dia saja yang berniaga kain!

Apa kita nak buat Tun? Melayu memang mudah lupa!

37 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pedulikan orang gila mcm dia ni...mesti keturunan jawa atau indo..jenis dengki melayu lain nk maju..

      Delete
    2. sampai hati Tuan mengatakan keturunan indonesia macam orang gila

      Delete
  2. Nampak gaya macam racist gila..

    ReplyDelete
  3. stuju dgn CyberXism..
    apa yang kami ada semua adalah dari titik peluh kami sendiri... kami xterbang tetapi merangkak dari 1 anak tgga ke 1 ank tgga untuk mencapai semua tu..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan kamalruddin ali dan CyberXism
    Kami datang sehelai sepinggang ke malaysia...usaha tangga kejayaan .. kami sedar kami tidak mempunyai apa apa dan berusaha sehingga kami berjaya dan berada pada tahap sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. sepatutnya saudara penulis buat artikel berkaitan dengan cara untuk bangkitkan bangsa saudara,,fikirkan masalah yang dihadapi oleh bangsa saudara dan cara mengatasi bukannya dengan menghentam bangsa lain atas ketidakpuasan hati sendiri,,ingat senang nak sampai tahap ini??

      Delete
  5. Bodoh betul penulis blog ni..

    Melayu-Cham adalah suku kaum bangsa Melayu spt Jawa,Bugis,Jakun,Minang dan sebagainya...aku x tahu la kalau penulis blog ini sejarah SPM failed....agak2 sekolah tadika je kot....

    Hubungan Melayu – Cham

    Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

    nama je Islam tp dengki dan hina sesama Islam..

    Mengapa x dengki kepada Cina kaya raya tu?

    Mereka datang ke Malaya bawa cangkul dan sebungkus pakaian,namun kaya raya sebab mereka usaha...

    Jika miskin,salahkan diri sendiri,asyik jadi BOHSIA,BOHJAN,MEREMPIT,SEKS BEBAS,MERAGUT,HISAP DADAH...

    SEBAB TU LA RAMAI POMPUAN MELAYU IKUT JANTAN LOMBOK..SEBAB JANTAN MELAYU BANYAK HISPA DADAH SEBAB NAK MASUK UNIVERSITI SERENTI TIDO MAKAN BERAK MENCANGKONG....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sy setuju dgn sata saalimun . .Sy orang melayu. Tunang orang cham kemboja. . Sy tengok beza anak remaja yg sy kenal, orang melayu keje nye merayau, merempit, remaja kemboja sedang belasan tahun rajin menuntut ilmu, di sekolah pondok. Rajin bekerja. Berdikari. Remaja melayu harap duit mak bapak je. Jangan la dengki dengan diorang. Kalau ramai orang melayu monopoli perniagaan, takde nye orang luar dapat berniaga kat bumi malaysia nie.

      Delete
    2. Saya setuju sata saalimun dan emie miera .Jelas ii depan mata dah nampak dah .

      Delete
  6. Penolong Pegawai MARA Daerah MARA Wilayah Persekutuan menulis. Secara ringkasnya, orang kemboga, walau apa pun bangsanya, dalam IC dia tertera dia bukan warga negara. Therefore, kelayakan dia sebagai melayu tidak ada. Permohonan mendapat bantuan perniagaan MARA terpaksa ditolak. Tapi, kalau nak masuk GIATMARA, MRSM boleh dipertimbangkan sebab ada kouta untuk bumiputra.

    Rafis Suzein b. Ismail, Penolong Pegawai MARA Daerah Kepong/Batu/Segambut. MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  7. maaf, salah taip, bukan ada quota untuk bumiputra, tapi ada quota untuk bukan bumiputra.

    ReplyDelete
  8. maaf, salah taip lagi, sebab kerja di mara ni banyak. Dalam IC dia tertera bukan warga negara, saya ubah kepada, dalam ic dia, yang tengah-tengah tu angka 72. Dia warga negara malaysia, tapi status bumiputra/melayu kita tolak. Ini dah betul punya, saya tak ada nak adjust lagi. Selamat datang ke Majlis Amanah Rakyat, Melayu, bumiputra kami alu-alukan. Kami memegang amanah membantu kalian. Peace.

    ReplyDelete
  9. KALAU NAK BERJAYA, USAHA..KALAU NAK KAYA..USAHA..USAH BERDENDAM DAN BERDENGKI..ORANG CHAM DAN ORANG MELAYU NI SERUMPUN JE SEBENARNYA..JANGAN TERLALU BANGGA DIRI DENGAN STATUS WARGANEGARA ANDA YANG BELUM TENTU MENJAMIN ATAU MENJANJIKAN ANDA SYURGA ALLAH..SO, LEBIH BAIK CARI REDHA ALLAH DARI KITA DOK MENGATA, MENGKEJI ORANG LAIN..

    ReplyDelete
  10. ( javakau ) < kami bangga menjadi wanganegara dan terima kasih atas jasa baik kerajaan malaysia, tapi kenapa lah penulis blog ni, pertikaikan sangat orang2 kami di sini, jangan lah menindas dan memilih kasih sangat, sebab kerajaan kubur tak perlukan kerakyatan, warganegara atau pun penduduk tetap untuk menetap di perut bumi ini

    ReplyDelete
  11. Hidup jangan berdendam . .sama2 usaha bru maju . .allah ada setiap ap yg kita kerjakn . .jgn mnindas dan berdendam . .org cham mmg bersusah dahulu, brsngang2 kmudian dan tiada dengki dan dendam . .percaya pada rezeki msing2 . .bristiqomah lah yerr . .

    ReplyDelete
  12. knapa pnulis blog ni mcm iri hati je...mreka org islam kan..kenapa kita nk kedekut sgt..tk salah kita share kesenangan kita...mreka ssh dtg cri rezeki n berusaha..tk hairan la mreka berjaya...yg cina duk pulun kaut kaya kita tk kata pa pn...lgpn ngara mreka ssh..n pmimpin bkn islam...sya ada kwn org kmboja...dia belajar kt pondok di kelantan...baik..akhlak pn baik...pnulis blog ptt fikir sblm post apa2

    ReplyDelete
  13. mungkin penulis xnampak jasa champa pada malaysia.. ni aku bukak sikit ye.. juara tilawah alquran peringkat kbangsaan n antrabangsa 2014 baru2 ni pun adalah warga cham sebenarnya.. beliau sedikit sebanyak mengangkat malaysia secara x langsung.. dan utk tahun ini 2015 wakil dari JDT dan Terengganu juga adalah warga champa.. xpercaya?? aku berani potong jari..

    ReplyDelete
  14. nak berjaya..usaha.. bukan hentam orang.. xbawak mati pon status tu.. mak saya dulu datang sini junjung kain je.. dari rumah ke rumah.. kene hina lg. Skrg dah minaga.. ade rumah sendiri.. kereta sendiri.. nak ckp bangsa sendiri rosak sbb kedatangan bangsa lain ke? Rempit dadah dan sebagainya kegiatan anak melayu yg xberfaedah tu disebabkan bangsa lain ke? Yg xnk belajar ..xnk berjaya tu disebabkan bangsa lain ke.. xde kaitan ngn bangsa pon.. ini usaha masing2 .. siapa berusaha dye berjaya..

    ReplyDelete
  15. Penulis blog ,,,yang bodoh sejarah ,,,,,

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. hamboii kor.. belajar kemana kerja ke idok tuh kemain hentam orang. Ko yg melayu sangat ni sanggup ke keja pasar berpanas²? Nak riso anak ko dok mana lak kalau dia dapat bapak mcam kau yang mls berkerja. Eh rajin kerja.. kerja apa? Kerjanya menulis menghentam orang sambil goyang kaki dan mengalahkan orang. Weyh ko ingat kami senang dengan goyang kaki mcam kau ke? Kami pagi² dah bangun cari rezeki. Bukan cam kau membuta tak sedo diri.pastuh kau masih mempersoalkan lagi?? Semoga diberi petunjuk hidayah buatmu.

    ReplyDelete
  17. Ulama pun ada ckp Melayu meliputi indonesia,malaysia,Brunei,stngah di singapura,selatan thai,stngh dikemboja,n selatan filipina,bangsa yg brasal dri nusantara ada 1bngsa 1keturunan,maksud sya bangsa yg berasal dri nusantara sblum kdatangan sukhothai,dai viet,burma ,cina,hindu mreka adalah 1bangsa dan serumpun,ikatan prsaudaran tlh trjalin dri zaman sriwijaya n kedah tua lgi,krajaan champa dan krajaan dri utara malaysia adalah saudara dlu 1bangsa dan skrg kita 1agama,ada apa dng 1bangsa klu bkn krana islam kita tdak akn brsatu,kita jahil krana bangsa dan islam la yg myelamatkan kita dri kjahilan itu,klu org cham itu bkn dri bangsa Melayu skli pun kita wajib mnghulur tngan bntu mreka krna kita sama2 islam,Allah s.w.t tlah bri kpada kita malaysia ngara yg aman dan ksenangan untk apa,sbnarnya untk kita bantu org islam lain yg dlm ksusahan dan trtekan,jng kita pcah belah ssama bangsa dan agama,bhasa mlayu akn brubah makna dan maksud krna kita brbagai2 suku,blog ni bkn nk myatu kan bngsa Melayu tpi nk memecah blah bangsa mlayu,igt tiada yg istimewa pda bangsa Melayu klu bkn krna islam,kita trlalu istimewa pda mata org islam yg krana bangsa Melayu menerima islam tnpa melalui peperangan,sekian.

    ReplyDelete
  18. belajar lagi bro..orang champa ni asalnya melayu..mempunyai kerajaan yg kuat satu masa dulu..kau duk dengar cerita dari orang khmer yang merupakan musuh tradisi orang cham memanglah dia akan cerita bukan2..

    ReplyDelete
  19. Kerajaan Kemboja, Champa & Vietnam adalah berbeza. Ketiga-tiga negara ni musuh. Kerajaan Champa terletak di persisir pantai menjadi rebutan kerajaan kemboja & vietnam. Klu kerajaan Champa masih wujud, kerajaan ni boleh jadi kaya macam Brunei. Sejarah keluarga sebelah ibu & ayah saya bangsa champa sangat kaya-raya. Rumah, tanah, ladang, kebun sebelah ibu saje sangat banyak dan dahulu mengamalkan perkahwinan sesama keturunan. Jadi xpayah lah nak pandang rendah pada bangsa pelarian macam ibu ayah saya. Bila2 nikmat Allah boleh tarik dalam sekelip mata klu ade perasaan angkuh, sombong dengan bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  20. Saya tak hirau pa cakap orang mahu ckap pe je..tapi saya ucapkan terima kasih kepda kerajaan Malaysia dah terima bapak saya keje kat malaysia selama 20 Tahun lamanya..saye bangsa bugis makassar..orang melayu banyak baik ma bangsa kami dari kala zaman kerajaan...meski da sebahagian org yg cakap kalau kami bangsa perompak ..tak apalah .

    ReplyDelete
  21. penulis bangang. buat malu org kelantan je ni

    ReplyDelete
  22. Sy sendiri berkahwin dgn wanita cham. Dikurniakan dgn sepasang anak yg comel. Mengikut cerita isteri, nenek moyang dia dulu byk hartanya, tanah, simpanan emas brg kemas.. tp mereka melalui beberapa episod peperangan. Harta kekayaan dirampas, diusir dr tanah sendiri. Nenek nya masih hidup kini. Pegang IC merah. Neneknya dtg ke Malaysia thn 70an semasa kekejaman rejim Khmer rough & pol pot. Lebih kurang macam kes Rohingya skrg. Di Malaysia, nenek moyang kita pernah melalui zaman kekejaman komunis & Jepun. Skrg tuan patut menulis ttg mcm mana cara utk utk melayu Malaysia bangkit dr menulis ttg perasaan dengki iri hati tuan thadap bangsa Cham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Assalamualaikum..abg li pon ade kat sini 😁

      Sedikit info sy nak share utk pengunjung blog ni..mungkin boleh menjawab persoalan tuan2 dn puan2 mengenai bangsa cham or champa..

      https://youtu.be/gmNI03s9fqs

      Sesungguhnya ALLAH S.W.T lah yg maha mengetahui..

      Abd Azim bin Mohd Zain

      Delete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Ew, tlgla org Cam digelarkan Melayu Cam oleh org Malaysia? Nak muntah. Nak masuk dlm mana2 kumpulan bangsa, ada sistem dia. Bahasa Cam dan Bahasa Melayu adalah bahasa Melayo-polynesian, jadi kedua2nya adalah bangsa Melayu. Aduhai, ckp xd fakta bergegar buat sedap.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Apa kata kita baca ni. Tukang blog ni kurang ilmu sejarah sendiri. Kat UM sendiri ada pakar sejarah Champa Prof. Mohd Zain tentang kerajaan Melayu Champa. Katip Sumat yang duduk kat Kelantan berpuluh tahun pernah berjuang bersama orang2 disemenanjung Malaysia untuk tawan balik negara Champa. Malah raja terakhir Champa Che Bong Nga (Encik Bunga) ialah raja terakhir Melayu Champa.

    https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/03/545143/melayu-champa-kini-golongan-minoriti-di-vietnam

    Kat Malaysia ni, orang kurang minat dengan sejarah Champa sebabnya pengkaji sejarah Champa ni golongan asli Cham yang beragama hindu je yang suka buat kajian walaupun majority orang Cham ialah Islam.

    Orang Cham ni ramai kat Kemboja dan digelar bangsa Khmer bukan sebab diarang Khmer tapi disebabkan pemerintahan PolPot yang meletakkan 2 ideologi Marxism–Leninism dan Khmer-Nationalist, bermaksud orang Melayu, orang Cina, orang Vietnam yang lahir kat Kemboja wajib digelar bangsa Khmer kerana ideologi penghapusan etnik ni diaorang tak nak ada bangsa lain selain dari Khmer. Sebab tu la kat Kemboja orang Cina, orang Cham malah Melayu semenanjung tak tau cakap bahasa ibunda sendiri. Alhamdulillah communist ni dah tak wujud lagi tapi effect dia negara Kemboja ni tak macam Malaysia, tak ada perbezaan bangsa di sekolah hanya 1bahasa je digunakan walaupun berlainan bangsa. Orang cina kat Kemboja yang cakap Cina depan orang ... akan berasa malu. Kat Malaysia je orang Cina pung pang pung pang .. siap ada sekolah Cina, India lagi ..

    Apa2 pon orang Cham yang kat Malaysia jugak yang vote kerajaan Melayu memerintah. Bukan vote orang Cina DAP.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. BANGSA CHAM ADA IDENTITINYA TERSENDIRI, BUDAYA DAN BAHASANYA TERSENDIRI, HARUS JUGA KITA KAJI DAN BELAJAR, WALAUPUN BANGSA CHAM BEZA BUDAYA DAN BAHASA DENGAN MELAYU, NAMUN JANGANLAH KITA DISKRIMINASIKAN MEREKA

    ReplyDelete